Surat kepada Pemimpin Politik Malaysia

Pemimpin yang menghabiskan masa untuk perkara sepele
tidak boleh dipercaya menjadi pemimpin rakyat !

Beliau dikenal sebagai seorang yang lantang dalam menyampaikan pidatonya. Seorang anti-penjajah yang berjuang demi bangsanya dan mereka yang tertindas di Asia dan Afrika. Mempunyai kesedaran politik dari usia yang sangat muda, beliau mengenali pemimpin seperti Tjokroaminoto, Tan Malaka, Alimin, Musa, Semau dan lain-lain. Beliau tidak memilih dalam bergaul dengan tokoh sarekat Islam, tokoh pergerakan rakyat maupun tokoh Marxis.

Volkstribuun (pemimpin rakyat) yang jarang didapati di mana-mana. Itulah Soekarno. Continue reading

Hidup Mati Barisan Nasional atau Bangsa?

Apa yang dilakukan oleh manusia untuk hidup? Seperti biasa yang ditemukan tentulah makan dan minum. Tapi soalan itu menanyakan dan memerlukan sesuatu yang lebih mendasar – manusia akan berbuat apa-apa sahaja demi memastikan kelangsungan hidupnya (survival). Apa-apa sahaja. Perkara inilah yang ditunjukkan oleh parti Barisan Nasional – sejak Tun Dr. Mahathir lagi – mencantas lawannya sebelum mereka ini dapat menggugat di peti undi dalam Pilihan raya umum yang bakal menjengah tidak lama lagi. Dan mereka ini pastinya bukan penganut Darwinisme kerana bagi mereka sosialis dan komunis itu kafir.

Melanjutkan keinginan untuk hidup atau keinginan berkuasa, di bawah pemerintahan DS Najib – yang satu waktu dulu memenangkan kubu Tun Dr Mahathir dengan berpaling dari kubu Tengku Razaleigh – BN menggunakan aparatus kerajaan, mengadu domba rakyatnya dan mengenakan fitnah pada parti yang melawannya. Politik ini ialah cara berpolitik yang diwarisi zaman kesultanan Melayu Melaka – Hang Tuah pernah difitnah bermukah dan Hang Nadim dibunuh kerana cemburu. Dan ia berlanjutan sehingga zaman ‘moden’ ini dengan fitnah yang melibatkan antaranya Burhanuddin Helmy-Ibu Zain Continue reading

88 Tahun Pramoedya: Panjang Umur Perjuangan!

Image

kretek

Membaca Pram atau Pramoedya Ananta [Mas]toer, kita tahu tentang nilai kemanusiaan ketika berhadapan kekuasaan dan tentang penindasan oleh orang-orang yang hidup senang atas penderitaan orang lain — jika tahu itu semua, maka tahu pulalah kita di mana harus berdiri dan ke mana harus berpihak — inilah kata-kata yang disebut antara penerbit karya Pram.

Sasterawan Indonesia yang lahir pada tarikh ini, 88 tahun yang lepas sudah menghabiskan separuh hidupnya dalam penjara. Sebagai tahanan, itu tidak menahannya daripada terus menulis sehingga menghasilkan lebih 50 karya dan diterjemah ke dalam lebih 42 bahasa asing. Tercalon sebagai penerima Nobel Sastera, sosok ini menulis Continue reading

OMBAK RINDU (Hak Cipta Terpelihara)

“Hmm…” ini sahajalah reaksi yang memadai bila penulis membaca judul yang diberi Juana Jaafar (boleh rujuk di pautan ini). Tidak perlu disertai ejekan atau makian berat-berat yang membingitkan telinga dan membutakan hati.

Ulasan ini tidaklah menarik perhatian penulis melainkan ramai sungguh yang mengesyorkan pandangan yang tunggal ini.Dah jadi milik orang Jadi, penulis berasa terpanggil untuk turut berkongsi sebarang dua komentar terhadap ‘OMBAK RINDU DAN MINDA SONGSANG MASYARAKAT MELAYU’ (disengetkan oleh penulis) kerana mau menghindar dari melakukan pengitlakan dengan hanya bersandar pada satu filem atau novel — novel cinta kasih, rindu dendam, rahsia kelambu yang amat dicari PENERBIT BANGUNLAH HOI.

“..Falsafah hidupnya dalam konteks hubungannya dengan Hariz boleh dikatakan seperti berikut: Oh, kau rogol aku. Disebabkan kau lelaki pertama aku dan kerana aku tak sanggup dirogol di luar nikah, jadi aku mintak tolong kau kawin dengan aku […]Aku cuma nak hubungan kita sah supaya aku boleh free-hair dan berkemban depan kau tanpa rasa bersalah. Malah, bila kau datang kat rumah ni untuk nak rogol aku, aku buatkan hidangan air dulu dan bukakkan stokin kau, siap dengan urut-urut sekali. Aku duduk kat lantai dan baring atas dada kau sebab aku Muslimah yang baik. Dan bila kau panik ingatkan aku hamil, lalu kau datang buru dan campak aku sampai terkena mangkok tandas, aku sekadar nangis je. Aku lari pun sampai batu besar kat luar tu, tak jauh. Ya, demi kebahagiaan hidup kau, kita sembunyikan saja pernikahan kita daripada diketahui sesiapa. Sebab aku isteri mithali.” (Juana 2012)

Pertama sekali, atas asas apa Juana meletakkan kata ‘beriman’ itu, adakah kerana Izzah tidak pernah melepaskan tudungnya pada pandangan awam, selalu solat dan tuntutan-tuntutan tipikal yang lain? Kemudian, saudari Juana meneruskan lagi dengan kesimpulannya sendiri, bahwa Izzah sebagai ‘muslimah yang baik’, menerima sahaja layanan Hariz dan sanggup menyembunyikan pernikahan kerana ‘isteri mithali’.

“Seterusnya kisah Ombak Rindu membawa masuk watak Mila (Lisa Surihani) Continue reading

Antara Kita dan Mereka

Satu bangsa itu tak akan sempurna majunya andaikata kesenian dan kebudayaannya masih jauh tertinggal di belakang- Usman Awang

“moral judgement & moral theory certainly apply to public question, but they are notably ineffective. When powerful interests are involved it is very difficult to change anything by arguments, however cogent, which appeal to decency, humanity, compassion & fairness. These considerations also have to compete with the more primitive moral sentiments of honor & retribution & respect for strength. The conditions under which moral argument can have an influence are rather special, and not very well understood by me. They need to be investigated thru the history & psychology of morals, importants BUT underdeveloped subjects much neglected by philosophers since Nietzsche. It certainly is not enough that the injustice of a practice of the wrongness policy should be made glaringly evident. People have to be ready to listen, and that is not determined by argument”

Kenyataan ini disepakati Spivak, sebagai seorang filsuf dekonstruksi dan sekaligus dianggap pascakolonialis. Ia juga cukup untuk menggambarkan kebingungan yang dihadapi rata-rata masyarakat Malaysia. Baru-baru ini, isu yang menyakiti perasaan dan menghantui pikiran ialah isu homoseksualiti – LGBTX. Hal yang diangkat oleh kelas menengah atas nama membela ‘yang-lain’. ‘Yang-lain’ dalam erti kata yang tertindas atau sengaja ditindas. Continue reading

‘Feminisme’ di Alam Melayu Abad 16-19

Dari segi perjuangan ‘feminis’, nyahbinaisme[1] menawarkan feminisme alat untuk menganalisis, cara baru mentafsirkan dunia, iaitu mencabar pemikiran binar dan proses ini membolehkan wujudnya masa depan yang mengandungi bentuk feminin dan maskulin/ rijal[2] . Oleh itu, pendekatan nyahbinaisme memainkan peranan penting untuk menunjukkan bahawa tidak boleh ada makna sejagat dalam tradisi sastera. Derrida ingin melampaui batasan binar. Beliau tidak bermaksud menjungkirbalikkan hierarki untuk memihak pada feminin. Sebaliknya, nyahbinaisme mahu memadamkan sempadan antara kedua-duanya dan menunjukkan nilai-nilai pihak kedua tidak tegar. Salah satu teks penting pertama yang menyuntik kehidupan baru dalam teori sastera ialah Some Notes on Defining a Feminist Literary Criticism (1975) oleh Annette Kolodny. Menurutnya, terdapat beberapa prasangka atau salah sangka tentang perempuan Continue reading

Sayr wa suluk

Dengan nama Tuhan yang menciptakan…

Dalam Atheis, ada mengatakan in de nood leert men bidden, kerosakan hidup mendorong kita sembahyang. Ingat Tuhan. Begitulah agaknya dalam Buah Rindu karangan Amir Hamzah. Ketika manusia memutuskan ikatan yang tidak sempat dicipta, Tuhan masih setia menghulur tali-nya. Ia bermula dengan kasih yang sarat pada manusia. Dia yang akhirnya dikecewakan kembali mempersoalkan arti kehidupan.

Djunjunganku apatah kekal
Apatah tetap
Apatah ta’ bersalin rupa
Apatah baka sepanjang masa

Pandangannya seperti Hamzah al Fansuri dalam Syarab al-asyikin Continue reading