Surat kepada Pemimpin Politik Malaysia

Pemimpin yang menghabiskan masa untuk perkara sepele
tidak boleh dipercaya menjadi pemimpin rakyat !

Beliau dikenal sebagai seorang yang lantang dalam menyampaikan pidatonya. Seorang anti-penjajah yang berjuang demi bangsanya dan mereka yang tertindas di Asia dan Afrika. Mempunyai kesedaran politik dari usia yang sangat muda, beliau mengenali pemimpin seperti Tjokroaminoto, Tan Malaka, Alimin, Musa, Semau dan lain-lain. Beliau tidak memilih dalam bergaul dengan tokoh sarekat Islam, tokoh pergerakan rakyat maupun tokoh Marxis.

Volkstribuun (pemimpin rakyat) yang jarang didapati di mana-mana. Itulah Soekarno.

Salah satu hal yang dapat kita ambil pengajaran daripada Soekarno ialah beliau tidak pernah mengemis-ngemis pada kaum penjajah, sebaliknya pidatonya secara konsisten menegaskan sikap penentangan terhadap Belanda. Malah, sikap terus-terangnya juga dapat dikesan daripada kata-katanya kepada Amerika, “Go to hell with your aid!”. Ini bagaimanapun tidak terjadi pada pemimpin politik Malaysia yang masih mengharapkan pengiktirafan daripada negara yang membunuh banyak jiwa, malah kita meminta pula agar anak muda mencontohi negara ini dengan pemimpinnya Obama yang lebih teruk daripada pentadbiran Bush. Inikah contoh pemimpin yang berprinsip?

Seorang pemimpin yang pernah dipenjarakan, Bung Karno diangkat sebagai pemimpin PUTERA memanfaatkan kesempatan yang ada menanam kesedaran nasional bangsa Indonesia. Walaupun diawasi dengan ketat oleh Belanda dan Jepun, dalam setiap pidatonya, beliau mahir memilah kata dan kiasan, menekuni dan menyebarkan sejarah bangsanya buat meningkatkan semangat nasionalisme. Menariknya, rakyat jelata mampu memahami kisah-kisah sejarah yang dibawakannya tanpa mampu dikesan oleh pihak Jepun maupun Belanda yang mampu memahami bahasa Indonesia. Justeru, mari kita semak keadaan pemimpin politik kita kini yang hanya mengutip kisah yang didengarnya daripada orang lain, yang mungkin tidak diberi perhatian selama mereka mengaku menjadi anak bangsa ini.

Bung Karno juga menulis sendiri pidatonya dan menjiwai apa yang diucapkannya kepada khalayak. Selain menguasai pelbagai bahasa, tema yang dipilihnya juga bertujuan menaikkan harga diri suatu bangsa, tidak bersikap terhegeh-hegeh terhadap penjajah dan tidak berkompromi dengan para pemodal.
Beliau merupakan contoh terbaik yang menggunakan bahasa bukan sekadar bahasa perantaraan tetapi mempersatukan dan membangunkan rakyat – senario yang tidak terdapat pada ISMA, PERKASA, ILMU yang menggunakan bahasa sebagai alat permusuhan – dan alat propaganda bagi sebahagian ahli politik lainnya.

Menjadi pemimpin rakyat bukanlah dengan bergambar dengan rakyat susah, menjadi budayawan bukanlah dengan bergambar dengan seniman, menjadi wakil rakyat bukanlah bergambar dengan longkang atau menayang muka di sidang akhbar. Lebih dari itu, seorang pemimpin itu dikenal kerana rapatnya dengan rakyat atas kerjanya bukan kerjayanya, dikenal bukan di pentas peragaan tetapi berpencak dengan lawan kerana kepentingan terbanyak bukan sendiri-sendiri. Mungkin inilah yang membezakan sosok yang pernah dipenjara di penjara Banceuy dan Sukamiskin dan dibuang di Ende, Pulau Flores.

Selari dengan pesan Tjokroaminoto, beliau mewujudkan cita-citanya sebagai pemimpin besar melalui kegiatan menulis, walaupun dipenjara. Sementara, kebanyakan pemimpin politik masakini selain jarang, tidak pernah menulis, jika ada sekalipun ia hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga – mungkin standard yang diletakkan terhadap pemimpin politik Malaysia masih di tahap rendah. Apakah ideologi yang dipegang pemimpin politik Malaysia yang berdiri di parti manapun – selain mengulang skrip yang sama sejak negara ini ‘merdeka’ ?

2 Responses

  1. I loved as much as you’ll receive carried out right here.
    The sketch is attractive, your authored subject
    matter stylish. nonetheless, you command get got an nervousness over that you wish be delivering the following.
    unwell unquestionably come more formerly again since exactly the same nearly very often inside case you shield this increase.

  2. Thats funny! But thanks again for this particular post

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: