Anderson di Reman Negara Berdaulat. 

John Anderson tiba di Kota Baru, Kerajaan Rehman pada 7 Julai 1840 menaiki gajah dari Province Wellesley, Penang. Perjalanan dua minggu merentas hutan belantara bersama 14 orang sipahi Kampeni British Hindia Timur untuk berjumpa dengan Tuan Tok Nik Tok Leh, Raja Kerajaan Rehman. 

Anderson fasih berbahasa Melayu dan bekerja sebagai Majistret di Georgetown, Penang. Anderson diutus Keratuan Empayar British untuk melegakan pertelingkahan diantara negeri Perak dan Rehman, atas kerahan Sultan Abdullah Muazzam Shah, Raja Perak.  

Anderson ini bukan setakat fasih berbahasa Melayu, malah Perancis, Arab, Farsi, Hindi, Tamil, Cantonis, hasta Siam pun dia buat main takraw. Jejaka tampan, seusia 35 tahun dari Bedford, England itu pernah bertugas sebagai ketua unit perisikan Thuggee and Dacoity Department di Rajastan India memerangi geng Thugee sekitar tahun 1835. 

Dia kemudian dipinjamkan sebentar ke Pejabat Perang dan Tanah Jajahan di London pada tahun 1837 dan kemudianya dilantik menjadi Majistret Kampeni di Georgetown, Penang. 

Tidak seperti pegawai-pegawai kampeni yang lain, Anderson punyai minat yang mendalam dalam bidang perdukunan dan persihiran. Sewaktu di Rajastan, Anderson tekun mengamati pennyembahan Dewi Kali, siang malam dia membaca apa sahaja tentang Dewi yang mengerunkan itu. 

Malam bulan mengambang, 13 Mac 1835, Anderson menumpaskan sekumpulan geng Thugee yang nyaris menyembelih seorang pegawai tinggi British sebagai persembahan kepada Dewi Kali. 

Anderson bingung setelah menumpaskan 13 ahli geng Thugee dengan tembakan dari Brunswick Rifle.. dia ingat sebab kali pertama pakai… bukan dia seorang… dengan dia ada 4 orang Sipahi Singh yang mahir menembak dan bermain pedang. 

Dia bingung, sebab malam itu 13 nyawa dikorban sebalik nyawa seorang pegawai tinggi British… Sewaktu menembak dalam kuil Kali disebalik Air Terjun Dhrudhiya, dia merasakan seolah dia paderi Katolik yang memulakan upacara memuja Bima Sakti dengan das tembakan pertama dan selesai dengan ucapan lā ʾilāha ʾillā -llāhu. 

Malam itu sebelum tidur, dia minum Toddi bersama sipahi-sipahi yang bersama. 

Anderson: Bhagat… you know there was something rather strange back at the temple just now. It bothers me that I spilled more blood than the 13 of them would have. 

Bhagat : Ah but Sir, you saved  Major William Sleeman… worth every drip. 

Anderson: Yeah… but She just didn’t want his blood… She wanted the blood… of her glorious Childrens…served by yours truly… Gives substances to you to become what you seek ei… I mean if you think about it, we spill more blood than the thuggees… The Empire drinks blood like wine! Hence who are we fighting?

Bhagat : Sir, they were Muslim outcast!… occultist…abusing the love of Mother Kali… we… we serve our dharma… so happens that we also serve the Empire! God Save the Queen!.

Anderson: You know Bhagat, when the last thug recited La Ilaha Illa Allah, I felt… like I emerged from a baptism of blood… into bliss.

Bhagat : Are you sure it was not red wine? Singh menyakat.

Anderson: No Bhagat!… I saw her! As I stood there looking at the thug reciting his last shadaa, and the strangest thing, I was also at another Kali temple… but in Langkasuka… and She was a Malay woman… with black brace plate and gold belts and keris!. 

Bhagat : Who? Mother? Well… what did she say?

Anderson: She said… Go to the East Indies. 

Bhagat :  What?

Anderson: Batavia, Mother said “John Anderson go to Batavia Dutch East Indies…”

Bhagat :  Like… in English?

Anderson: The Queen’s English Bhagat!

Bhagat :  That is insane…

Anderson: I know right…

Sejak malam berdarah itu Anderson menyimpan cita-cita untuk bersara di Batavia, Dutch East Indies dan sehubungan dengan itu dia sedang bersurat dengan Kerajaan Belanda untuk peluang berkhidmat di Batavia. 

Setiba di Kota Baru melewati waktu maghrib, Anderson disambut oleh Tuan Tok Nik Tok Leh dan Ketua Angkatan Tentera Kerajaan Reman Mengkong Deleha. Menkong Deleha ada file berkenaan di Pejabat Perang dan Tanah Jajahan di London. Anderson terasa sedikit bangga bersalam dengan Deleha… panglima tentera yang disegani kerana mampu menundukkan gajah liar yang mengamuk dengan hanya renungan tajamnya. Deleha lebih sasa daripada Sipahi kanan Anderson, Bhagat Singh yang tingginya 7 kaki 11 inch.

Bulu roma Anderson berdiri apabila bersekang mata dengan Deleha, tajam seperti haus darah. Pada pandangan Anderson, Daleha jauh lebih istimewa daripada Tuan Tok Nik, perilakunya seolah ia Raja Merong Mahawangsa… auranya lain macam… Misal dia sahaja macam Haji Basuki Sang Raja Naga. 

Apa pun selepas bersalaman mereka pun dijemput untuk santapan di Istana Reman, ketika mana Anderson kali pertama melihat Putri Raja Andak bekas Isteri Panglima Perang Negeri Perak yang kini telah disunting Tuan Tok Nik.  

Raja Andak cantiknya taraf-taraf primadona, handal bersilat dan lincah memandikan kerisnya dengan darah. Rambutnya ikal mayang, kulitnya cerah, jari halus, sudah mencabut 13 nyawa panglima tentera Reman seusia 23 tahun tatkala perang Perak-Reman 1826. Beraninya kalah jantan, sanggup berkahwin dengan Tuan Tok Nik semata kerana cinta.

Raja Andak sedang berbicara dengan anak lelakinya Tuan Nik Ulu di Balairong Istana … Kedengaran suaranya yang berisi dan pedas belaka,

Raja Andak : Sudah berkurun rantau ini aman dalam menjunjung perempuan… dan pergi mampos kalau kau terhina dengan kata perempuan!. Nilai keamanan rantau ini tiada tandingan… bangsa mana yang aman macam kita dan jiran-jiran kita? Kau ingat itu sebab jantan-jantan yang bacul seperti raja-raja di selatan? Kau mahu bagaimana? Jadi macam Ratu Inggeris?, makan darah haram! Tamaknya… Ya ampun…

Anak! Rantau kita aman kerana kita menghormati kaum Ibu… mereka adalah tunjang keberadaban kita!. Itu yang kita sebut-sebutkan sebagai Ibu Pertiwi… Semangat berkurun lama yang menjaga rantau ini daripada pertumpahan darah… aman damai… Ingat kita bangsa yang halus, kita tak guna senapang kita guna keris… untuk tikam! Apa kurafat sangatkah untuk menikam bangsat-bangsat dari kayangan?

Tuan Nik Ulu : Baik mak…

Lutut Anderson menjadi lemah mengingat kembali malam  13 Mac 1835. Wajah Raja Andak seakan dewi Kali yang Anderson lihat sewaktu di Rajastan. 

Anderson : Bhagat! It’s her… It’s mother!.

Bhagat : Yes sir… I agree… holy mother of god. Singh menyakat lagi. 

Daleha pun memperkenalkan Anderson dan Bhagat kepada Raja Andak. Raja Andak berdiri dan bersalam dengan Anderson, 

Raja Andak : A pleasure to meet you Sir John Anderson, Dutchman of Batavia? 

Anderson : Uh… Yes Mak… I mean no Puan… John Anderson of Province Wellesley, Penang.

Raja Andak : Ah an English gentleman of the Malay Straits!

Raja Andak kemudian menyusun lima jari menghala ke Bhagat Singh sambil berkata…  

Raja Andak : Sat Sri Akal Sargeant Singh!, how do you find the weather? dengan satu senyuman yang cukup menawan.  We have Rusa masak merah for dinner… deer venison cooked in blood… I hunted it myself this morning. I hope you are not vegetarian Mr Singh.

Bhagat : No Puan… Not vegetarian… and the weather reminds me of Rajastan Puan.

Raja Andak : Rajastan sounds fascinating. 

Bhagat :  Ouh Yes Puan. You must visit.

Raja Andak : Please gentlemen help yourself. We can’t talk diplomatics with an empty stomach. Kita makan dulu… beradab sikit. Tuanku sila… Panglima Sila

Anderson : penuh sedar dianjing-anjingkan… menjawab “Baik.. Puan…“. 

Raja Andak : Ah you speak Malay! Bagus… boleh kita berbahasa. Jarang sekali Sir boleh bertutur.

Melihat serangan demi serangan yang diutarakan… Tuan Tok Nik Tok Leh merasa sedikit pening kerana tiada berapa mengerti bahasa Inggeris. Lalu ia pun menitahkan untuk dirinya berehat dan berangkat ke kediaman bini mudanya. Daleha pulak penuh sedar Anderson sudah ditawan sejak menjejak kaki di Reman. Ratu Reman bukan calang-calang. Dia pun apa lagi… beredar sahaja menemani Tuan Tok Nik.

Sesudah Bhagat melahap rusa mask merah dengan nasi berani… dan sesudah mereka bersantap Kopi o kosong tanpa gula, Raja Andak pun terus menyembelih.

Raja Andak : Anderson, with all due respect I think you are serving the wrong Queen… If you get what I mean.

Anderson : I beg your pardon Puan?

Raja Andak : William the First will abdicate in favor of his son, Willem Frederik George Lodewijk somewhere in August this year. The Prince and I have a good relationship. Dia perlukan Governor-General of the Dutch East Indies untuk ganti Pieter Both. Pergi mampos dengan Empayar… Rehman tidak akan tunduk samada dengan Siam, Inggeris mahupun Perak. East Indies menanti…Awak minat?

Anderson terus melipat lutut mengangkat sembah… 

Anderson : Baik Puan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.