The Malaysian Vendetta

Selamat Petang Kuala Lumpur,

Saya, seperti juga anda menghargai keselesaan dalam rutin, keselamatan benda-benda biasa dan keamanan dalam pengulangan. Saya suka lepak di mamak dan tonton tv di rumah seperti mana manusia normal yang lain. Dan dalam semangat menyambut tahun baru ini saya fikir kita patut buat suatu yang istimewa dan meletakkan makna baru kepada tarikh 31 desember. Continue reading

Advertisements

Asalkan Bukan UMNO

Aku duduk menatap laman Youtube menonton ucapan-ucapan bodoh pemimpin United Malays National Organisation di Perhimpunan Agong UMNO 2011. Aku berasa hampa dan sedih memikirkan nasib negaraku, yang suatu ketika dahulu gelora Melayunya begitu agung sekali, jauh daripada rasisme dan kebebalan. Sesungguhnya UMNO ini celaka, suatu musibat yang telah menjahanamkan negara ini sejak Barisan Nasional. Pertubuhan ini telah banyak menipu rakyat Malaya dan telah bersekutu dengan anasir jahat di Borneo merembat kekayaan mereka. Continue reading

Pakatan Rakyat Harus Ingat

Tidak sampai setahun, tetapi Pakatan Rakyat sudah mula menunjukkan sifat-sifat yang korup , macam kata orang 2×5. Tuk pasti ramai di negeri Darul Ehsan sudah mendengar pelbagai khabar angin tentang salahlaku ahli PKR. Mungkin ini adalah lumrah dunia politik, maka terlintaslah dalam benak fikiran kata-kata Lord John Emerich Edward Dalberg Acton bahawa ¬®power corrupts ; and absolute power corrupts absolutely¬®. Pada pendapat saya korupsi rasuah adalah kesalahan terhadap rakyat, yang tidak boleh dimaafkan. Khianat, itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan kesalahan rasuah oleh mereka yang memegang mandat rakyat. Continue reading

Bahagian 1: Pak Lah Belum Kalah

Apa itu politik? Politik ialah seni merebut kuasa. Mereka yang gelojoh, mereka yang terburu-buru, mereka yang tak berseni pasti akan tersungkur sebelum sampai di pintu kuasa. Dan Pak Lah bukanlah orang yang gelojoh dan terburu-buru. Pak Lah orang yang berseni. Mungkin Pak Lah sering dipotretkan sebagai Perdana Menteri yang lembab dan kerap tidur. Tetapi di sebalik wajah-wajah negatif yang sering dipotretkan oleh blogger-blogger, Pak Lah sebenarnya sangat licik. Langkahnya berseni. Susun aturnya halus tak terjangka. Continue reading

Bahagian 2: Pak Lah Gempur Najib Tersungkur

Tidakkah kita tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba Pak Lah mengambil-alih jawatan Menteri Pertahanan dan menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib? Apa rasionalnya? Apa muslihatnya? Pak Lah sudah menduga akan ada desakan untuk dia melepaskan kuasa selepas kekalahan BN di lima negeri dan merosotnya kerusi BN di Parlimen. Desakan ini semakin lama semakin kuat. Suatu krisis keyakinan terhadap kepimpinan Pak Lah telah direkayasa oleh musuh-musuh politiknya untuk mendesak Pak Lah melepaskan Continue reading