Ihya Ramadan 1435

diskopi

Advertisements

Book Review : The Story of Malaya

Image

The Story of Malaya by W.S. Morgan
Published 1956 by Malaya Publishing House Limited

By Lim Yi Leen

I decided to do a little research on the history of Malaysia given the ongoing debate of the Malays and their claim on land rights and privileges. I was not disappointed with this book, to say the least. Continue reading

Gosip Politik dan Anti Mahathir di Aidilfitri

Oleh : Tukang Tenyeh

Image

Tun Dr Mahathir Mohammed — Photo -AFP

Selepas Pilihan Raya Umum ke 13, politik di Malaysia kian suram dan tidak begitu menjadi perhatian rakyat. Maksud politik yang kian suram itu adalah pertandingan politik untuk merebut kekuasaan di Putrajaya.

Namun, gosip-gosip politik terus menjadi ‘buah mulut’ khususnya menjelang pemilihan parti-parti politik khususnya dalam Syawal yang pastinya menjadi ‘bulan kempen’ dikalangan ahli parti yang sudah hampir tarikh pemilihannya.

Gosip paling menarik beberapa hari ini adalah kisah Nurul Izzah yang bakal melancarkan Biografi Pak Lah di Singapura. Pelbagai teori dikisarkan sebagai ramalan sebab musabab Izzah bersetuju untuk melancarkan biografi Pak Lah. Continue reading

Grand Finale

Grand Finale

Opera

Oleh Jack Frost

Di mana sekalipun, manusia tentu saja terbelenggu dan dibelenggu. Bahkan, belenggu-belenggu yang menghambat manusia ini merupakan suatu hal yang tidak terelakkan baik dari sudut yang dampak atau yang tersembunyi. Mungkin sekali benar, mati yang seringkali dimomokkan sebagai sebuah kesunyian yang dahsyat itu sebenarnya merupakan jalan akhir bagi manusia untuk bebas daripada kehidupan – yang dipenuhi dengan tuntutan-tuntutan serta kepatuhan – yang sama sekali membebankan.

Menurut Shariati, penjara paling besar bagi manusia itu terbahagi kepada empat; alam, sejarah, masyarakat dan diri. Manakala untuk mengatasi setiap satu daripadanya, manusia itu sendiri harus menyedari hakikat keberadaannya dalam penjara-penjara tersebut. Justeru, dengan menanggapi jalur hakikat tersebut, manusia lantas mampu menemukan ilham serta jalan untuk keluar daripadanya sekaligus mengubah serta menentukan sendiri perjalanan hidupnya. Continue reading

MALAYSIA VS INDONESIA: ANALISIS PENUH PERLAWANAN

oleh Thierry Helmy

Sebentar tadi berlangsung perlawanan yang paling ditunggu-tunggu oleh 2 negara bekas jajahan eropah, Malaysia menentang Indonesia.Konfederasi Bola Sepak Asia seolah-olah sengaja mempertemukan 2 pasukan ini..Barangkali ini adalah agenda Freemason untuk melihat 2 negara ini bertelagah antara 1 sama lain. Tidak kedengaran teriakkan “Indonesia itu Anjing”, mahupun “Malingsia”, yang ada cumalah teriakan kedua dua penyokong member sokongan padu untuk pasukan masing-masing. Buat pertama kali aku memuji sikap penyokong kedua-dua pasukan baik Malaysia mahupun Indonesia.

Ok,intro review game aku kali ini macam celaka. Tak menarik langsung.Harap yang membaca jangan jadi bosan sebab aku cuma mengulas berdasarkan fakta,dan pengalaman aku dalam melihat perlawanan dan sebagai pemain,bukan macam Hasbullah Awang yang tak reti main bola tapi cuba ulas pasal bola,sampai nama orang pun main sedap mulut jek..Kadang aku terfikir,perlunya kursus pengulasan sukan bola sepak di setiap university agar bila mereka mengulas,tak la berterabur macam abang Hasbullah..(maaf bang,ini kenyataan.Aku selalu perati jek abang ne mengulas) Continue reading

Konon Hooligan,Konon Terer dan Power..

oleh Thierry Helmy

28 juta rakyat Malaysia menjadi saksi kepada kekalahan Malaysia kepada jiran seberang tambak,Singapura dengan jaringan 3-0..10 juta rakyat terkejut akan kekalahan tersebut,10 juta lagi buat tak tahu,4 juta kecewa,manakala 4 juta lagi sibuk berpegangan tangan sambil makan cekedis bersama makwe/pakwe masing-masing. Barangkali yang 4 juta yang sibuk dengan ‘in relationship’ tu akan berkata,”apa barang tengok AFF,kami tengok UCL je bro”..Paling tidak pun,”Eh,maaf bro..saya tidak minat bola,saya minat kriket”..10 juta yang kononnya terkejut tu tidak dapat menerima kekalahan Malaysia dan mula melakukan provokasi kepada pihak lawan..4 juta yang kecewa tu sebenarnya telah lama kecewa dengan bola negara. Dan mungkin dalam hati mereka,”Pergi mampus lah bola Malaysia,baik aku tengok Nicol main skuasy”. Ya,inilah rencah bola sepak negara..Tolong jangan buat-buat tidak percaya.. Continue reading