Ihya Ramadan 1435

diskopi

Advertisements

Siri Wacana Diskopi

Negara, Masharakat Warga Dan Moral – Sejauh Mana Tugas Negara Dalam Soal Moral

Tajuk Wacana: Negara, Masharakat Warga dan Moral — Sejauh mana tugas negara dalam soal moral
Panelis: Ahmad Fuad Rahmat dan Wan Ahmad Fayhsal
Tarikh: 28 Disember 2011 (Rabu)
Waktu: 08:30malam – 10:30malam
Tempat: Distro Buku, UKM

Malaysia, realitinya, memiliki berbilang etnik, bahasa, ugama, gaya-hidup, dll. Ini, mahu atau tidak, sebuah realiti kompleks yang harus kita akui. Dengan beragam latar belakang ini, tentu mudah mengundang perbezaan dalam masharakat. Walau bagaimanapun, semua yang berbeza ini tetap saja memerlukan pentas untuk hidup bersama. Kerana itu, negara diperlukan, sebagai wadah buat semua. Namun, bagaimana pula negara ini harus bersikap dalam soal keragaman latar belakang (juga keragaman pandangan-alam) ini? Apakah negara harus dibiar untuk menguasai moral warga, seluruhnya, tanpa tersisa untuk ruang peribadi sekalipun? Atau, ada batas antara ruang peribadi dengan ruang awam? Selain itu, bagaimana pula peranan masharakat warga (civil society) dalam mengimbangi antara wilayah negara dengan wilayah masharakat tersebut?

Justeru, melihat ke hadapan, maka adalah penting untuk mewacanakan kembali persoalan antara fungsi negara, masharakat warga dan moral ini. Tanpa ada usaha untuk menjernihkan persoalan ini, maka diyakini masharakat-kompleks kita ini akan terus berada dalam kekaburan sistem-bersama. Diam-diam, dalam kekaburan inilah totalitarianisme akan mengambil-alih, sekaligus menenggelamkan batas intersubjektiviti antara masharakat dan negara. Kesannya, psikologi massa yang bersifat totalitarian ini bukan semata mengubah seluruh aktiviti hidup individu; tapi, seperti tegas Hannah Arendt, turut mengubah secara sekata apa yang masharakat fikirkan (malah, rasakan!) dalam benak mereka. Akhirnya, lahirlah apa yang disebut sebagai “the banality of evil”; hingga memunculkan manusia-manusia Eichmann yang baru.

Sehubungan dengan itu, Diskopi sebagai perkumpulan yang cintakan negara, cintakan masharakat, cintakan apa yang dinamakan sebagai wacana sehat, menganjurkan sebuah perbincangan “santai tapi serius” berkenaan persoalan menarik ini.

Dengan itu, Diskopi menjemput semua warga yang “santai tapi serius” untuk turut sama menyumbang fikiran dalam wacana ini. Mungkin saja, sumbangan fikiran dari para audien, itu lebih penting dari panelis. Santai bermakna, hadhirin harus duduk bersila. Tapi wacana tetap dijamin serius.

BERSIH 2.0: Melawan Atas Jalan Bukan Hanya Atas Talian !

GUA TURUN. LU TURUN ?

Melawan Atas Jalan Bukan Hanya Atas Talian!

Atas Jalan: Bandaraya Kuala Lumpur

Tarikh: 9hb Julai 2011

Atas Talian: https://diskopi.wordpress.com

Tarikh: Setiap Hari

Tidak ada sebarang kata yang perlu diucapkan lagi. Tidak ada sebarang tulisan yang perlu dinukilkan lagi. Kejahatan, kezaliman, ketidakadilan sudah jelas terpampang di depan mata. Titah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sudah jelas disampaikan kepada kita rakyat jelata.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun”.

Namun begitu titah berdaulat simbol tertinggi pemerintahan bumi bertuah Malaysia tercinta nampaknya tidak diendahkan oleh pemerintah Barisan Nasional yang buta, pekak dan gila!

Continue reading

Fahmi Reza akan bagi Lecture FREE…

AUKU Public Lecture Series (1):
AUKU & SEJARAH KEBANGKITAN MAHASISWA ’60AN

Tarikh: Khamis, 1 Julai 2010
Masa: 8:30 malam
Tempat: Auditorium KLSCAH, Jalan Maharajalela, KL (berdekatan Stesen Monorel Maharajalela)
Speaker: Fahmi Reza (pengarah dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka & penyelidik sejarah gerakan mahasiswa)

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sekali lagi menjadi perhatian umum bila empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM bakal dikenakan tindakan disiplin di bawah AUKU kerana didakwa melibatkan diri dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Continue reading

ANAK MUDA TANPA SUARA ???

ANAK MUDA TANPA SUARA ???

BUKAN HARI INI !!!

HARI INI ANAK MUDA BEBAS BERSUARA DI FIESTA ANAK MUDA !!!

NAK TAHU APA YANG ADA DI FIESTA ANAK MUDA ? KLIK DI SINI: Continue reading

FORUM ORANG MUDA: JOM TURUN RAMAI-RAMAI

Etnik, Agama Dan Raja

Pendapat orang muda jarang mendapat tempat. Pandangan orang muda sukar mendapat ruang. Suara orang muda kurang pula diberi peluang. Menyedari hal ini, Penerbitan Gerakbudaya telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan suatu forum perbincangan dengan membariskan beberapa orang tokoh muda dari pelbagai latarbelakang sebagai panelis untuk berbincang dan menyuarakan fikiran mereka tentang persoalan-persoalan “panas” yang telah dan sedang melanda tanah air kita dewasa ini.

Apa pandangan orang muda tentang soal etnik? Apa pendapat orang muda tentang soal agama? Apa pula fikiran orang muda tentang soal Raja? Apakah pula pemahaman orang muda tentang demokrasi? Adakah etnik, agama dan Raja memberi kesan terhadap perkembangan demokrasi di negara kita ini? Adakah kesannya negatif atau positif? Adakah ianya menghalang atau membantu di dalam proses pendemokrasian negara kita? Apa kata orang muda? Apa analisa orang muda? Apa suara orang muda?

Untuk mengetahui suara orang muda di dalam membincangkan persoalan-persoalan “panas” ini, jom kita ramai-ramai datang, hadir dan sertai forum orang muda ini. Walau pun panelisnya orang muda tetapi forum ini terbuka untuk semua, muda dan tua, baru dan lama.

Berikut adalah maklumat tentang forum orang muda ini:

Tarikh      : 24 Oktober 2009 (Hari SABTU)

Masa        : 2.30 Petang – 5.00 Petang

Tempat   : KL & Selangor Chinese Assembly Hall, No. 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur (Bangunan sebuah berwarna putih di hadapan Stesyen Monorail Maharajalela).

Berikut ialah biodata ringkas para panelis muda di Forum Orang Muda: Continue reading

Youth Speak Out: Engaging in Democracy and Grasping Opportunity

Youth Speak Out:  Engaging in Democracy and Grasping Opportunity

RAISE YOUR VOICE, SHARE YOUR IDEAS, and GET INVOLVED IN DEMOCRACY! Submit your essay on democracy, and get your free ticket to the world’s largest gathering of democracy and human rights activists in Jakarta, Indonesia, in 2010!

The World Youth Movement for Democracy (www.wymd.org), a youth network of the World Movement for Democracy (www.wmd.org), is pleased to announce the launch of its Global Essay Contest.  Fifteen  winners (3 in each region: Asia, Central/Eastern Europe & Eurasia, Middle East & North Africa, Latin America & Caribbean, and Sub-Saharan Africa) will be invited to participate in the upcoming 6th Assembly of the World Movement for Democracy in Jakarta, Indonesia, in April 2010.

Questions: Democracy has been practiced in different ways and in different contexts.  We believe there are core universal democratic values and aspirations that we all share, which transcend our differences, even though we live in different cultures, speak different languages, and eat different food.  The purpose of this essay contest is to highlight personal engagement in democracy by promoting critical thinking about the role of young people in democracy and to connect youth with broader democracy movements.  The questions posed below for this essay contest aim to challenge youth to write about their perspectives on democracy and their understanding of democracy activism, particularly  their own.

Essays are required to address one or more of the following questions:

Continue reading