Pendidikan Percuma!

Untuk mereka yang berminat, dialu-alukan memohon di sini >>> http://www.bgsmcs.fu-berlin.de/en. Baca juga di sini >>> http://www.bgsmcs.fu-berlin.de/application/Guidelines_for_Application/Guidelines_Application_BGSMCS_2012.pdf?1349099259.  Tarikh tutup permohonan pada 30 November 2013. Semoga berjaya!

Advertisements

Tanda Putera dan Kebebasan Media

Tanda putera

Saya mungkin tidak bersetuju dengan percakapan kamu, tapi saya akan pertahankan dengan nyawa saya akan hak kamu untuk menzahirkannya – I do not agree with what you have to say, but I’ll defend to the death your right to say it – ini adalah intipati idea Voltaire mengenai kebebasan bersuara yang menjadi asas kepada tegak tumbangnya demokrasi.

Apakah itu kebebasan bersuara? Kebebasan bersuara bererti kebebasan untuk menyatakan dan menzahirkan pandangan, buah fikiran dan idea. Fikiran ini dimanifestasikan dalam bentuk kata-kata, penulisan, lukisan, ukiran, foto, filem dan lain-lain. Mengapa kebebasan untuk menerbitkan buku ini penting dan apa hubungannya filem dengan demokrasi?

Pertamanya, premis kepada demokrasi adalah setiap warga yang sihat akalnya mampu berfikir secara rasional apa yang terbaik untuk mereka dan komuniti mereka. Bagi memastikan setiap orang dapat mencernakan keputusan terbaik, maka mereka mesti didedahkan dengan semua maklumat. Maklumat ini hadir dalam segala bentuk buku, akhbar, majalah, TV, radio dan pastinya filem! Continue reading

Akta Hasutan 1948: Hanya Retorik Politik

1948 – pada waktu itu pengaruh golongan kiri amat kuat, malah beberapa bulan sebelum itu – tepatnya 20 Oktober 1947 – rakyat di Semenanjung Tanah Melayu, tanpa mengira warna kulit, telah menunjukkan setiakawan yang tinggi untuk Merdeka bersama PUTERA-AMCAJA dengan melancarkan Hartal, salah satu bentuk keingkaran awam (civil disobedient) kerana membantah Perlembagaan Persekutuan yang disediakan oleh penjajah British. Tidak lama kemudian, pada Jun 1948, apabila bantahan terhadap pemerintahan British di Tanah Melayu semakin kuat, Darurat diisyitharkan; parti yang dilihat radikal ditahan, sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri dan hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.

Pada tahun yang sama, British memperkenalkan Akta Hasutan bagi membolehkan sesiapa sahaja yang dianggap menyebarkan elemen subversif ditahan – pada waktu itu, seruan Merdeka dianggap radikal, malah UMNO sendiri menggunakan slogan Hidup Melayu, bukan Merdeka pada ketika itu. Malangnya, setelah Darurat 1948 tamat pada tahun 1960 (ya, kita Merdeka pada tahun 1957, pada tempoh Darurat) Akta Hasutan ini tidak dihapuskan sama dan kekal hingga kini.zahid-hamidi- Continue reading

Harta Negara bukan Harta Bapak Kita

Bagi sebuah negara membangun yang mencapai kemerdekaan kira-kira 55 tahun dahulu, kejayaan Malaysia menjalankan pilihan raya tanpa gagal setiap 4 atau 5 tahun sekali boleh dibanggakan. Jiran kita Thailand, yang tidak pernah dijajah, mengalami beberapa siri kudeta (rampasan kuasa oleh pihak tentera). Malah, Korea Selatan juga pernah mengalami tempoh sukar mereka. Meskipun ketika Pilihan Raya Umum ke-3 berlaku sedikit ketegangan sehingga Parlimen terpaksa digantung dan kuasa diserahkan kepada Majlis Gerakan Negara (Mageran), namun setelah situasi kian pulih pada tahun 1971, kuasa diserahkan semula kepada Parlimen – ini antara kejayaan besar negara, memulangkan kembali kuasa kepada rakyat.

PRU13

Di sebalik kejayaan ini, perjalanan pilihan raya di Malaysia menerima sejumlah kritikan yang besar. Demokrasi adalah hak rakyat untuk menaik dan menurunkan sesebuah kerajaan dan jelas di Malaysia – diperingkat kerajaan pusat, kita hanya berjaya menaikkan kerajaan yang sama, namun belum lagi berjaya menggantikannya, apatah lagi menggilirkannya. Bagi sebuah parti yang memerintah selama lebih 50 tahun, UMNO-Barisan Nasional sebenarnya layak memegang rekod dunia – antara parti paling lama memerintah melalui jalan ‘demokrasi’ di dunia. Sebagai rekod, Parti Indian National Congress di India yang memerintah semenjak India merdeka pada tahun 1947, hanya berjaya bertahan selama 48 tahun manakala Liberal Democratic Party (LDP) di Jepun, yang memerintah (hampir secara berterusan) semenjak 1955 telah diturunkan oleh rakyatnya pada tahun 2009. Dunia telah menyaksikan perubahan, tetapi tidak di Malaysia. Kerajaan yang lebih lama memerintah daripada UMNO adalah kerajaan komunis di Korea Utara dan China.

Continue reading

Karipap-Karipap Cinta Kita

Apabila kita merasakan sesuatu itu hak kita kerana berasal daripada kita, maka fikirkan semula, termasuklah dalam hal seremeh hidangan minum petang. Berkenaan hidangan minum petang, setidaknya, ada dua jenis kuih yang sebelum ini, semasa kecil, penulis fikirkan memang berasal daripada negara ini – karipap dan juga donut. Bagi penulis, jika karipap dan donut bukan sesuatu yang ‘sangat Melayu’ setidaknya pasti kedua makanan kegemaran rakyat Malaysia ini sangat ‘sangat Malaysia’. Namun, apabila penulis menonton filem Terminator lakonan Arnold Schwarzenegger (kurang pasti sequal yang keberapa) penulis mula menyedari bahawa donut juga ‘sangat Amerika’. Lebih daripada itu,  donut atau doughnut (di Amerika donut merujuk kepada variasi doughnut, manakala di UK donut merujuk kepada doughnut versi Amerika!) merupakan antara confectionery yang sangat popular di seluruh dunia – dan tiada apa-apa yang sangat Malaysia pun dengan donut, melainkan kuih keria; bentuk seakan donut yang diperbuat daripada keledek dan disira dengan gula. Sebaik menyedari hakikat ini, penulis menerima donut bukan lagi (semata-mata) hak orang Melayu atau Malaysia.

karipap

Namun, untuk sekian lama selepas itu, penulis masih merasakan karipap atau epok-epok memang berasal daripada negara ini atau paling tidakpun daripada rantau ini – Malaysia, Indonesia, Singapura atau paling jauh pun India (kerana perkataan kari itu). Penulis sangat yakin kerana nama epok-epok itu hanya digunakan di belah selatan semenanjung, di Johor khasnya. Maka, mudahnya pastilah karipap atau epok-epok ini berasal daripada belah sini. Tak akan boleh silap lagi kali ini! Continue reading

Negara Bukan ibu bapa kita

……universiti umpama ibu bapa, bayangkan jika ibu bapa memberikan seluas-luas kebebasan kepada anaknya? Adakah ini baik? Universiti mengawal dan mengehadkan kebebasan kerana sayangkan (maha)siswa, bukan sebaliknya sebagaimana ibu bapa menyayangi anak-anak mereka…

Pengenalan

Kita sering ditemukan dengan hujah songsang (atau cuba menyongsangkan?) jalan fikir seperti pernyataan di atas. Dalam taxonomi falasi, kesesatan berfikir ini disebut sebagai argumentum ad populum – pernyataan yang kelihatan benar kerana disebut ramai dan sering pula diulang-ulang. Hujah begini juga boleh jadi  argumentum ad ignorantiam, dua premis yang tidak pernah diuji sebagai silap maka diterima sebagai benar. Oleh itu, mari kita selidiki kenyataan ini agar, kesesatan ini menemukan pedomannya.

Baiklah, pertamanya universiti dan ibu bapa adalah analogi yang tidak simetri – tak sepadan. Universiti (awam) merupakan sebahagian daripada negara dan ibu bapa merupakan sebahagian daripada keluarga, ruang peribadi. Maka, peranan universiti tidak akan boleh sama dengan peranan ibu bapa kerana negara tidak berhak untuk masuk ke ranah peribadi seseorang. Contohnya, negara melalui mekanisma manapun tidak berhak untuk menentukan jam berapa seseorang itu boleh keluar bermain bola sepak bersama rakan-rakannya. Tapi ibu bapa punya tanggungjawab untuk menasihati tingkahlaku si anak jika lewat azan maghrib pun masih di padang, contohnya. Apakah mungkin, negara menggunakan aparatusnya untuk memastikan anak-anak pulang ke rumah sebelum jam 6 petang, mandi dan makan malam bersama keluarga. Gila! Begitu juga negara tidak berhak menentukan hidangan meja makan. Jika si anak pulang lewat, keluar dengan kawan-kawan yang tidak disenangi oleh ibu bapa, maka itu tangungjawab ibu bapa untuk menegur anaknya, bukan negara. Continue reading

Let’s undo the idea!

Oleh Aishah

“Interpreter: Who’s there?
Book: Nay, answer me; stand, and unfold yourself.”
– Geoffrey Hartman

‘Menulis’ tentang Derrida, tentu saja kita tak dapat lepas daripada membicarakan “what is…..literature” dan “who decides”. Kedua-dua persoalan ini menyentuh sejumlah perbahasan menarik dan melahirkan gagasan seperti ‘undecidability’, ‘arche-writing’, ‘differance’, ‘other/ness’, ‘binary opposites’, ‘re-mark’ selain ‘deconstruction’. Continue reading