BERSIH 2.0: Melawan Atas Jalan Bukan Hanya Atas Talian !

GUA TURUN. LU TURUN ?

Melawan Atas Jalan Bukan Hanya Atas Talian!

Atas Jalan: Bandaraya Kuala Lumpur

Tarikh: 9hb Julai 2011

Atas Talian: https://diskopi.wordpress.com

Tarikh: Setiap Hari

Tidak ada sebarang kata yang perlu diucapkan lagi. Tidak ada sebarang tulisan yang perlu dinukilkan lagi. Kejahatan, kezaliman, ketidakadilan sudah jelas terpampang di depan mata. Titah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sudah jelas disampaikan kepada kita rakyat jelata.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun”.

Namun begitu titah berdaulat simbol tertinggi pemerintahan bumi bertuah Malaysia tercinta nampaknya tidak diendahkan oleh pemerintah Barisan Nasional yang buta, pekak dan gila!

Stadium yang dijanjikan telah dimungkiri oleh mereka. Tangkapan terus dijalankan. Pemenjaraan aktivis-aktivis pejuang demokrasi dan keadilan maseh diteruskan. Ugutan terus dilakukan. Kerahan alat-alat negara terus digembeling dan diperkuatkan. Sekatan, halangan dan ancaman terus berkumandang hampir setiap masa di corong-corong media milik penguasa. Sehinggakan warna kuning, warna kudus simbol diraja tanah air kita telah dijadikan warna terlarang!

Berbaju kuning atau tidak ayuh kita semua rakyat Malaysia, anak semua bangsa yang bernaung di bumi Malaysia tercinta, turun ke jalan untuk merebut kembali hak kita untuk keadilan dan kebersihan pilihanraya yang bebas dari sebarang penipuan dan kekotoran. Hujan atau panas, susah atau senang, jatuh atau bangun, Malaysia adalah tanah air milik bersama kita semua !

Tiada kata yang diperlukan. Tiada tulisan yang perlu dinukilkan lagi. Hanya ada satu tindakan: TURUN JALAN !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: