Seks Melayu: Represi Seksual Masyarakat Melayu

tindik23rw6

Seks Melayu. Melayu Seks. Melayu Bogel. Awek Melayu Bogel. Gangbang Melayu. Melayu Blowjob. Awek Melayu Tudung. Awek Melayu Tudung Seks. Awek Melayu Melancap. Melayu Romen. Melayu Telanjang. Melayu Main. Melayu Fuck. Melayu Bohsia. Melayu Naked. Dan lain-lain. Dan lain-lain. Dan lain-lain yang seumpamanya.

Pergi sahaja ke youtube atau carian google atau carian yahoo di mana-mana cyber café dan taip perkataan yang bermula dengan “melayu” atau “awek”. Pasti secara automatik carian yang bermula dengan perkataan “melayu” atau “awek” itu akan disusuli oleh perkataan-perkataan lain yang berunsur seks. Carian “seks melayu” di Google yang telah dibuat menghasilkan sebanyak 1,130,00 link untuk ke laman-laman yang berkaitan dengan “seks melayu”. Manakala carian yang sama yang dibuat di Yahoo pula menghasilkan 2,270,000 link!!!

Ini bermakna bahawa seks Melayu adalah antara carian yang paling laris. Carian yang paling digilai. Carian yang paling dicari-cari. Seks Melayu di internet adalah suatu fenomena yang tumbuh dengan pesat sekali. Kenapa?

Tulisan ini bukan bertujuan untuk mempromosi perkataan-perkataan yang boleh digunakan untuk membuat carian klip-klip video atau 3gp seks Melayu. Tulisan ini hanya sekadar ingin memahami kenapa fenomena seks Melayu di internet ini berlaku.

Banyak faktor-faktor yang boleh dianalisa untuk memahami fenomena ini. Tetapi tulisan ini hanya akan membincangkan satu faktor sahaja iaitu faktor represi seksual di dalam masyarakat Melayu. Atau dengan kata lain faktor seksualiti yang dikongkong secara ketat. Masyarakat Melayu Malaysia umumnya boleh kita katakan sebagai “a sexually repressive society” atau masyarakat yang seksualitinya direpres atau dikekang atau dikongkong dengan ketat.

Kongkongan seksual ini boleh kita kaitkan dengan nilai, norma dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh masyarakat Melayu di dalam usahanya untuk mengawal tingkahlaku seksual individu-individu di dalam masyarakat. Nilai, norma dan peraturan atau kod tatalaku seksual ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur agama dan juga budaya. Agama dan juga budaya menetapkan batas-batas tertentu di dalam mengawal tingkahlaku seksual individu-individu di dalam masyarakat. Batas-batas inilah yang boleh dijadikan ukuran untuk melihat samada seksualiti sesuatu masyarakat itu berbentuk represif atau tidak.

Semua masyarakat cenderung untuk mengawal seksualiti individu. Tidak kira samada ianya masyarakat Melayu, Cina, India, Arab, Mat Salleh, Islam, Kristian, Buddha, Hindu atau apa sahaja etnik atau agama – masing-masing masyarakat cenderung untuk mengawal tingkahlaku seksual individu di dalam masyarakat masing-masing. Walaubagaimana pun darjah atau tingkat kawalan itu agak berbeza-beza antara satu agama atau satu etnik dengan agama atau etnik yang lain.

Secara praktiknya, kawalan atau kongkongan seksual dalam masyarakat Melayu umumnya adalah sangat ketat. Sebarang tingkahlaku seksual walau seringan mana sekali pun hanya diizinkan di dalam institusi perkahwinan. Walau hanya berpegangan tangan, ianya hanya diizinkan di dalam institusi perkahwinan.

Sebarang tingkahlaku seksual, walaupun ringan, tidak sekali-kali boleh dilakukan di luar daripada institusi perkahwinan. Tidak hanya sekadar itu, malahan alat-alat kawalan dari negara seperti jabatan-jabatan agama turut didirikan bukan sahaja untuk mencegah tingkahlaku seksual dari dilakukan, malahan menangkap dan menghukum individu-individu Melayu yang didapati melanggar batasan-batasan kod tatalaku seksual yang telah ditetapkan.

Walaubagaimana pun kawalan, kongkongan dan kekangan seksual yang dikenakan oleh masyarakat dan alat-alat negara terhadap individu-individu Melayu ini tidak selari dengan perkembangan seksualiti golongan muda Melayu pada hari ini. Perkembangan seksualiti Melayu ini adalah sesuatu yang tidak terelakkan bila sistem masyarakat menjadi lebih kompleks, kawalan sosial semakin luntur, nilai dan norma kolektif semakin melemah, materialisme, individualisme serta konsumerisme semakin berkembang, teknologi maklumat semakin canggih, pantas serta cepat dan lambakan maklumat serta imej-imej seksual di ruang awam dan ruang peribadi semakin mudah diperolehi.

Ini semua adalah kesan-kesan yang tak terelakkan di dalam negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalisme seperti Malaysia ini. Sistem ekonomi kapitalisme cenderung untuk memecahkan unit-unit kolektif di dalam masyarakat dan pada masa yang sama memperkukuhkan individualisme. Pecahnya unit-unit kolektif dan meningkatnya nilai-nilai individualisme di dalam masyarakat turut mempengaruhi perkembangan seksualiti Melayu.

Namun perkembangan seksualiti Melayu ini tidak selari dengan perkembangan untuk berekspresi. Walaupun seks bukan lagi menjadi subjek yang tabu dan misteri tetapi ruang untuk mengekspresikan seksualiti itu masih tetap dikawal, dikongkong dan dikekang oleh masyarakat dan juga negara. Ketidakselarian antara perkembangan seksualiti dengan ketiadaan ruang yang bebas untuk ekspressi seksual ini mewujudkan semacam tension atau ketegangan di dalam fikiran dan jiwa individu-individu Melayu. Walaupun seksualiti Melayu berkembang tetapi ruang-ruang untuk mengekspresikan seksualiti diri itu dikawal, dikongkong dan dikekang dengan ketat.

Kawalan, kongkongan dan kekangan seksualiti yang ketat sebegini mewujudkan ruang seksualiti yang represif. Ruang seksualiti yang represif cenderung untuk tidak membenarkan ekspresi seksual dilakukan di luar kod tatalaku seksual yang telah ditetapkan. Apabila ekspresi seksual ini tidak dibenarkan, maka kegelisahan-kegelisahan seksual akan muncul. Kegelisahan seksual ini jika tidak disalurkan berkemungkinan akan mewujudkan tekanan seksual ke atas diri individu.

Memandangkan institusi perkahwinan yang merupakan satu-satunya medium yang dibenarkan untuk penyaluran tingkahlaku seksual secara sah itu, tidak mudah untuk didirikan di zaman sekarang ini di mana wang adalah kriteria utama untuk mendirikannya, maka saluran-saluran lain yang lebih mudah diakses dan praktikal menjadi medium untuk melepaskan kegelisahan-kegelisahan seksual yang diakibatkan oleh ruang seksualiti yang represif.

Umumnya di dalam mana-mana ruang yang represif, individu-individu yang hidup di dalam ruang represif tersebut akan sentiasa cuba untuk mencari saluran-saluran lain yang boleh dia loloskan dirinya untuk lepas bebas dari represi yang dikenakan itu. Jika saluran yang sah sukar untuk dicari, maka pencariannya akan dilakukan di saluran-saluran “gelap” atau “underground” seperti di ruang internet. Begitu jugalah dengan ekspresi seksualiti diri. Jika ruang awam dan ruang peribadi dilihat tidak selamat untuk ekspresi seksualiti diri, maka ruang internet adalah ruang ekspresi seksualiti diri yang tiada siapa boleh mengawal, mencegah atau menyekatnya.

Justeru itu, memandangkan ruang seksualiti di dalam masyarakat Melayu umumnya represif, maka pencarian-pencarian di ruang yang lebih terbuka dan tidak dikawal menjadi alternatif di dalam menyalurkan kegelisahan-kegelisahan seksual. Dan memandangkan juga ekspresi seksual individu di dalam masyarakat Melayu baik di ruang awam, mahu pun di ruang peribadi dikekang ketat (kecuali ekspresi seksual di dalam institusi perkahwinan), maka individu-individu ini khususnya golongan muda akan mencari ruang yang lebih terbuka untuk mereka mengekspresi seksualiti diri mereka tanpa sebarang kekangan, kawalan dan kongkongan. Dan tentunya tidak ada ruang yang lebih terbuka dan bebas daripada sebarang kawalan, kongkongan dan kekangan selain daripada internet.

Kerana itu tidak menghairankan jika sekiranya seks Melayu menjadi suatu fenomena dan carian tentang seks Melayu, imej dan juga klip video seks Melayu menjadi antara bahan buruan yang paling hangat, panas dan dicari-cari di ruang internet di Malaysia ini. Tetapi malangnya tulisan ini tidak akan membekalkan anda dengan sebarang imej, klip video atau 3gp seks Melayu! Tulisan ini hanya sekadar untuk memahami kenapa seks Melayu menjadi suatu fenomena di ruang internet di Malaysia ini. Dan salah satu daripada sebab utamanya ialah kerana masyarakat Melayu adalah masyarakat yang seksualitinya direpres, dikongkong dan dikekang dengan ketat.

10 thoughts on “Seks Melayu: Represi Seksual Masyarakat Melayu

  1. saya secra dasar agak bersetuju dgn idea yg dibawa ini..

    ttp saya merujuk “Carian “seks melayu” di Google yang telah dibuat menghasilkan sebanyak 1,130,00 link untuk ke laman-laman yang berkaitan dengan “seks melayu”. Manakala carian yang sama yang dibuat di Yahoo pula menghasilkan 2,270,000 link!!!””

    sebenarnya ini bukanlah ukuran yang teapt mengenai seksualiti org mealyu.. bilangan link yg begitu bnyk ini terjadi keran aterdapat segolongan manusia di alam maya ini menadikan perkataan sex + melayu sbgai tag-tag yg diguna pakai untuk menarik pelayar ke laman web mereka..yg kdngkala laman web perniagaaan, atau mere ingin mengenalkan sst atau memasarkan sesuatu..

    ini kerna tag2 ini ssl ditaip, dan mereka mengambil kesempatan ini dgn menggunakan ntk tujuna perniagaan mereka..jadi angka yg dinyatakan bukanlah ukuran yg tepat untuk mengambarkan sekualiti emosi org melayu..

    sekadar pandangan..

  2. ini adalah masalah bahasa. kita lebih selesa dengan bahasa yang sama. kalau bahasa yang sama, tapi bangsa yang sama, mereka mungkin lebih ghairah.

  3. pendapat aku..org melayu kita ni dilarang utk buat mcm2 benda..mmg itu perintah agama dan mereka pun cuba utk laksanakannya.tp bile ada yg melanggar perintah tu,mula dtg idea2 mcm ni..nak dibuat terang2, melanggar terang2 x boleh..nnt kene cekup la ape la..sbb tu mereka buat dlm diam…dulu bile kita google perkataan tu, mungkin tak ade..tapi lepas tu mungkin ade sumber2 ni sume..siapa tahu atas sebab apa diorg cipta sumber tuh..dan ditag dgn name yg mcm tu..mungkin mase tu alasan mereka sekdar suke2,balas dendam,wutsoever la..jadi bile benda tu digoogle kemudian hari,makin byk sumber,tu yg menjadi2..yg x patot ditag dgn name camtu pon akan saje2 ditag mcm tu..sbb nk dpt hit yg tinggi..kesimpulan, ada byk reason jadi mcm tu..lg2 bile benda tu bkn satu benda yg biasa utk masyarakat kita, maka impaknya mmg akan jd luar biasa..

  4. depres, terkongkong ni bukan saja pada peringkat untuk melakukan seks namun lebih malang pada peringkat untuk memperbincangkan dengan lebih teliti.. aku bukan nak cakap hal dalam kain orang tapi ruang-ruang perbincangan perkara seks ini tidak ada, seks itu terlalu taboo.. seks ini diperbincangkan hanya dalam ruang lingkup nafsu, serakah, zina dan halal dan haram. kita tidak melihat bagaimana seksualiti ini dalam pelbagai sudut yang lebih mendasar..apa itu seks? kenapa manusia memerlukan seks? apa undang2 dalam seksualiti? bagaimana seksualiti membentuk sosial masyarakat.? seks itu milik siapa, perempuan atau lelaki? adakah seks ini milik personal atau publik?

    selagi tiada keterbukaan selagi itu perkara itu sensasi.. melayu memang suka akan sensasi..hehe

  5. aku setuju dengan aper yg deniel cakap. memang terdapat agak banyak laman-laman yang menggunakan tag seks melayu untuk memancing pelayar internet. tapi pada masa yang sama tidak dapat dinafikan akan kewujudan agak banyak laman-laman yang mengumpulkan videoklip-videoklip dan juga 3gp melayu yang semuanya mempertontonkan aksi seks individu-individu melayu.

    ini adalah fakta yang tak ternafikan kepada sesiapa yang kaki kumpul videoklip dan 3gp seks melayu. jumlah videoklip dan 3gp yang boleh ditemui memang berlambak-lambak. siap ada kategori lagi daripada tudung labuh, tudung sempoi sampailah kepada atas motor dan gangbang ramai-ramai.

    jadi, soalnya sekarang kenapa fenomena ini berlaku? salah satu jawapan yang telah aku huraikan ialah masyarakat melayu adalah sebuah masyarakat yang mana seksualitinya direpres, dikongkong dan dikekang dengan ketat.

    masyarakat yang direpres dan dikekang seksualitinya cenderung mencari alternatif-alternatif lain untuk menyalurkan kegelisahan seksualnya dan untuk mengekspresi seksualiti dirinya.

    masyarakat arab sendiri adalah contoh yang paling jelas. kat negara arab seksualiti direpres habis-habisan. so, tak dapat di negara sendiri, mereka ini pergi ke thailand. kalau tidak percaya pergi sahaja ke pat-pong, kawasan industri seks di thailand. akan kelihatan bersepah tok-tok arab berkepit dengan minah-minah thai yang cun dan bergetah.

    tak payah pergi ke thailand. pergi sahaja ke area bukit bintang. lihat dengan siapa tok-tok arab ni berkepit. kalau nak tengok dengan lebih jelas lagi seksualiti tok arab yang direpress, boleh sahaja menjenguk masuk ke bar dan pub the beach kat jalan sultan ismail.

    jadi point aku ialah lagi direpress dan dikekang seksualiti individu itu, lagi bermacam-macam cara yang akan digunakan untuk melepaskan diri daripada kekangan tersebut. kalau tak boleh diekspresikan di dalam negara sendiri, mereka akan mencarinya di luar negara. begitu juga di dalam negara, akan muncul saluran-saluran alternatif untuk seksualiti diekspresikan, contohnya diinternet.

  6. aku setuju benar dengan mamat mesincetak. kawalan, kongkongan dan kekangan yang paling sial sekali tentang seksualiti melayu ni ialah tiadanya perbincangan yang bersifat ilmiah, intelektual dan tidak menghakimi.

    perbincangan seksualiti melayu kat msia ni hanya berkisar soal puki, burit, kote, kelentit, zina, dosa, halal, haram. macam mana nak main lama. macam mana nak keraskan kote. macam mana nak besarkan batang. macam mana nak ketatkan puki. macam mana nak puas main. macam mana nak bagi pompuan pancut banyak kali.

    kemudian yang lainnya semuanya berkisar tentang memberi penghakiman moral – berdosalah, jahatlah, tak baiklah, haramlah tapi pada maser yang samer jualan tongkat ali, gambir srawak dan kacip patimah serta kopi janda semakin laris. tak habis-habis nak memoralkan seks tanpa adanya usaha untuk memahami secara mendalam. tak ada usaha langsung untuk membincangkannya dengan lebih teliti dan serius.

    kalo orang cakap sikit jer pasal seks jer…mulalah senyum sipu, malu-malu atau ketawa terbahak-bahak atau mula buat muka rasa jijik, tak pon buat muka horny!

    selagi kawalan, kongkongan dan kekangan di dalam kepala otak melayu ni tak dibebaskan untuk membincangkan seks secara lebih mendalam, ilmiah dan intelektual, selagi itulah seksualiti melayu akan terus dimoral-moralkan dan dihakimi secara cetek.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.