Anwar vs Najib: Siapa Akan Menang?

2670330306_0d84d6585d_o

Najib mendahului tetapi belum menang. Anwar terpukul tetapi belum tewas. Di dalam pertarungan politik, stamina adalah penting. Tidak semua orang punya stamina untuk berjuang panjang. Di dalam pertarungan antara Anwar-Najib ini salah satu faktor yang akan mempengaruhi menang-kalah ialah stamina yang panjang. Siapa yang punya stamina yang lebih panjang Najib atau Anwar?

Bagaimana untuk menguji stamina di dalam politik? Stamina teruji berdasarkan kepada kemampuan untuk mengharungi krisis atau konflik. Tidak semua orang mampu untuk mengharung situasi konflik dalam jangkamasa yang panjang. Lepas satu dan satu dan satu konflik yang harus ditangani di dalam pertarungan politik tanpa adanya titik noktah. Di dalam politik, konflik adalah kepastian yang berterusan. Lelah, letih, penat dan memerah tenaga fizikal, mental serta emosi. Kerana itu mereka yang bertarung politik khususnya di tingkat nasional adalah manusia-manusia yang luar biasa staminanya.

Anwar memang sudah teruji staminanya. Pernah dipenjarakan di bawah ISA di masa mudanya. Melawan establishment waktu di zaman mahasiswa dan pemuda selama lebih dari dua dekad. Dipecat dari UMNO dan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Dipukul, dibelasah, dihina, dimalukan dan dipenjarakan selama 6 tahun. Tetapi bangun kembali untuk menerajui gerakan rakyat menentang establishment melalui Pakatan Rakyat sehingga berjaya menang di 5 negeri. Pernah bertarung sengit dengan Machiavialli Malaysia, Mahathir Mohamad dan tidak tewas. Musa Hitam dan Ku Li tewas ditangan Mahathir tetapi tidak Anwar. Pendidikan politik yang dilalui oleh Anwar memang lasak dan getir. Anwar memang figur yang sudah teruji.

Najib belum teruji sepenuhnya. Ini adalah kerana Najib bermula dari dalam establisment sendiri. Dia lahir dari keluarga elit politik pemerintah. Ayahnya Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Najib menjadi anggota Parlimen di dalam usia yang cukup muda iaitu 21 tahun. Najib adalah anggota Parlimen yang termuda yang pernah dilahirkan oleh Malaysia. Di waktu kita semua masih lagi “ënjoy-enjoy” dan bermain politik kecil-kecilan di kampus, Najib sudah memikul tanggungjawab yang berat di tingkat nasional. Jadi, pengalamannya di dalam politik dan politiking juga cukup hebat.

Cumanya Najib tidak pernah berada di luar establishment. Kerana itu kelasakannya di dalam politik belum benar-benar teruji secara maksima. Tetapi ini bukan semestinya kekurangan. Memandangkan Najib berada cukup lama di dalam establishment, maknanya dia cukup masak dengan selok-belok bagaimana sistem kekuasaan di dalam establisment beroperasi. Najib juga cukup faham bagaimana politik di dalam establishment berfungsi. Najib juga cukup tahu bagaimana untuk mengeksploitasi dan memanipulasi sumber-sumber kekuasaan yang ada di dalam establishment.

Kekuasaan punya sumbernya. Sumber utama kekuasaan di dalam masyarakat yang mengamalkan sistem kapitalisme seperti Malaysia ini ialah ekonomi. Inilah kelebihan Najib yang paling besar. Najib punya akses terhadap sumber kuasa yang paling utama, ekonomi. Perbendaharaan negara adalah di tangan Najib selaku Menteri Kewangan Malaysia. Pemberian kontrak dan projek yang bernilai ratusan jutan ringgit adalah juga di tangan Najib. Di dalam masyarakat kapitalis seperti Malaysia ini, dengan duit semua boleh dibeli termasuklah maruah dan harga diri. Dengan duit juga, akses terhadap alat-alat kekuasaan akan lebih mudah diperolehi. Alat-alat kekuasaan seperti polis, tentera, kehakiman, undang-undang, mahkamah dan media adalah alat-alat penting untuk dikuasai jika mahu menang dalam pertarungan politik ini.

Anwar memang sudah teruji. Staminanya juga cukup hebat. Tetapi Anwar kurang dua perkara ini – sumber ekonomi dan alat-alat kekuasaan. Inilah kelebihan Najib ke atas Anwar. Najib mempunyai kedua-duanya. Tetapi Najib tidak punya satu lagi perkara yang amat penting di dalam pertarungan politik seperti ini – Rakyat! Inilah yang sebenarnya kunci kepada menang-kalah di dalam pertarungan politik seperti ini. Inilah sumber legitimasi politik yang sebenar. Inilah sumber kekuasaan yang sebenar – Rakyat!

Anwar memang punya rakyat. Malahan Anwar punya rakyat yang hardcore menyokongnya. Penyokong hardcore Anwar ini tidak perlu dibeli, tidak perlu dibayar. Mereka ini mati-mati (walaupun Anwar buat salah) akan tetap menyokong Anwar. Jumlah mereka pula bukan sedikit. Jumlah mereka adalah dalam bilangan jutaan. Ini boleh kita nilai melalui siri-siri ceramah yang disertai oleh Anwar di seluruh Malaysia. Dari Sabah hingga ke Perlis, setiap kali Anwar berpidato ribuan orang akan datang semata-mata untuk mendengar pidato Anwar. Ini adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh Najib. Anwar memang punya pengaruh yang kuat ke atas rakyat. Walaupun Anwar tidak punya akses terhadap sumber ekonomi dan alat-alat kekuasaan tetapi Anwar memang mempunyai rakyat.

Inilah sebenarnya sumber kekuatan Anwar – Rakyat. Inilah yang perlu digembeling dan dimobilisasi oleh Anwar dengan sepenuh-penuhnya jika dia mahu menang dalam pertarungan ini. Najib memang mempunyai sumber ekonomi dan alat-alat kekuasaan di belakangnya. Akan tetapi jika rakyat sudah digembeling dan dimobilisasi sepenuh-penuhnya, tiada tembok yang tidak boleh diruntuhkan. Walaupun tembok itu dibarisi oleh kereta kebal sekali pun, ianya akan tetap runtuh jika kuasa rakyat betul-betul digembeleng dan dimobilisasikan. Sejarah telah pun membuktikannya di Filipina, Thailand, Indonesia, Iran dan juga di Malaysia sendiri ketika bubarnya Malayan Union dan tumpasnya BN di lima negeri pada pilihanraya umum 8 March 2008 yang baru lalu.

Jadi, antara Anwar dan Najib, siapa yang akan menang, adalah bergantung sepenuhnya kepada bagaimana setiap seorang dari mereka ini berjaya menggunakan sumber-sumber kuasa yang berada di tangan mereka seoptima yang mungkin, semaksima yang mungkin. Pertarungan ini memang akan berlangsung panjang.

5 Responses

  1. ada satu lagi faktor yang penulis lupa nak letak. faktor umor. anwar dah tua. umor anwar tahun ini dah masuk 62 tahun.

    najib pulak masih muda. baru nak masuk 55 tahun.

    so, dalam hal ni najib menang. sebab orang muda, jangkahayatnya lebih panjang dan tenaganya juga lebih kuat. lagi pon dalam tempoh 8 tahun jer lagi anwar dah pon umor 70 tahun. tua tu beb!

    najib pulak, lapan tahun lagi, baru umor 63 tahun. so kalo nak kira stamina politik yang panjang, umor najib yang muda dan umor anwar yang lebih tua, memberi kelebihan kepada najib.

  2. Soal j/hayat boleh dpertikaikan krn age is just a number.
    Umur muda pn boleh mati awal & ada byk penyakit.
    Kdg2 umur nampak tua, tp jiwa muda beb..

  3. yeah…setuju org mude…
    ade jugak nampak tue..sekali tenye….baru 20 umor die..dadidadidu….

    tapi antara Najib dengan Anuar aku suke lagi Tuan Guru Nik Aziz …. rasenye tak de kot orang yang tak suke die…

  4. sape cakap xde..
    aku benci anwar.. xsmua rakyat di pihak anwar..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: