Surat kepada Pemimpin Politik Malaysia

Pemimpin yang menghabiskan masa untuk perkara sepele
tidak boleh dipercaya menjadi pemimpin rakyat !

Beliau dikenal sebagai seorang yang lantang dalam menyampaikan pidatonya. Seorang anti-penjajah yang berjuang demi bangsanya dan mereka yang tertindas di Asia dan Afrika. Mempunyai kesedaran politik dari usia yang sangat muda, beliau mengenali pemimpin seperti Tjokroaminoto, Tan Malaka, Alimin, Musa, Semau dan lain-lain. Beliau tidak memilih dalam bergaul dengan tokoh sarekat Islam, tokoh pergerakan rakyat maupun tokoh Marxis.

Volkstribuun (pemimpin rakyat) yang jarang didapati di mana-mana. Itulah Soekarno. Continue reading

Advertisements

Buana mana yang ditujui?

Banyak yang telah dibicarakan tentang soal hudud. Saya tidak berkeinginan untuk terlibat dalam perbahasan sama ada hudud harus dibenarkan atau tidak, atau ianya wajib dan mesti dipatuhi atau tidak. Kiranya ramai sudah memberi pandangan mereka untuk sama ada menyokong atau mengkritik pendirian masing-masing.

Sekadar ringkasnya di sini saya hanya ingin menimbulkan satu perkara, yakni adakah pertanyaan atau perbalahan sama ada undang-undang hudud wajar atau wajib dilaksanakan atau tidak adalah suatu persoalan yang bermakna dan tepat?

Dalam erti kata lain yang lain, adakah kita membahaskan suatu persoalan yang relevan?

Bagi Syed Hussein Alatas pengajuan permasalahan itu sendiri adalah satu masalah intelektual – ‘the posing of problems is itself an intellectual problem’.

Soalan wajarkah atau sama ada undang-undang hudud wajib dilaksanakan itu sendirinya datang daripada persoalan yang lebih asas dan besar. Namun disembunyikan dan tenggelam di tengah-tengah lautan pertengkaran. Ini termasuk sekali persoalan lebih besar dan asas lainnya yang walaupun berbeza setanding dan bersaing dengannya.

Persoalan-persoalan yang lebih besar dan mendasar inilah yang harus ditonjolkan kepada khalayak ramai. Bukan aksi terjun ke dalam api bahang gelanggang untuk melihat siapa lebih terserlah kepahlawanannya dan kesuciannya dan terkedepan.

Continue reading

HUDUD: Satu Tinjauan Sejarah dan Kemahuan Demokratik Masyarakat Muslim Kelantan

“Unsur-unsur yang membentuk nasionalisme Melayu sama ada

rajanya, bangsanya, bahasanya atau pun agamanya 

umpama bara yang tak pernah padam. Ia mungkin malap

buat seketika tetapi bisa menyala semula jika dikipas-kipas.

Islam adalah sebahagian daripada aspirasi 

nasionalisme Melayu jalur Islamis yang terpendam 

tetapi tak pernah padam. Perlahan-lahan ia menjalar, 

mengakar dan mencengkam sehingga tak bisa lagi dibungkam”

(Tuju Malbaru ketika sedang bersuluk)

 

Apakah perlaksanaan hudud itu bisa adil di dalam masyarakat yang majmuk dan rencam seperti Malaysia ini? Bagaimana pula dengan kemahuan masyarakat Muslim itu sendiri yang menuntut perlaksanaan hudud? Apakah kemahuan mereka adil untuk ditolak atas nama ketidaksesuaian hudud di dalam mencapai keadilan sosial di dalam masyarakat majmuk? Atau diterima atas nama Tuhan yang diinterpretasikan oleh mereka yang punya klaim autoriti agama sebagai suatu kewajipan untuk setiap Muslim menerima hudud?

Ini adalah antara perkara yang berlegar-legar di dalam fikiran saya selepas usai diskusi anjuran MIG (Malaysian Interest Group, Australian National University) tentang “Islam in Malaysia” yang dibicarakan oleh Dr. Harith Roslizar, Presiden IKRAM Australia. Di dalam masa yang agak singkat (kurang lebih 2 jam sesi diskusi tersebut) Dr. Harith sebagai nara sumbernya telah menyampaikan topik diskusi yang besar dan rumit itu dengan cukup baik sekali. Pembicaraan Dr. Harith ini kemudiannya diikuti dengan sesi soal-jawab dan diskusi terbuka.

Kesinambungan daripada diskusi bersama Dr. Harith ini dan juga soalan-soalan kritis daripada salah seorang anggota aktif MIG, saudara Sum Dek Joe, telah mencetuskan pertanyaan, persoalan dan bahasan fikiran di dalam diri saya. Jadi saya fikir elok juga untuk saya menuangkan buah fikiran saya di dalam tulisan ini khususnya dari sisi sejarah dan wacana kemahuan demokratik masyarakat untuk sama-sama kita fikir dan bahaskan.

Continue reading