Pendidikan Percuma!

Untuk mereka yang berminat, dialu-alukan memohon di sini >>> http://www.bgsmcs.fu-berlin.de/en. Baca juga di sini >>> http://www.bgsmcs.fu-berlin.de/application/Guidelines_for_Application/Guidelines_Application_BGSMCS_2012.pdf?1349099259.  Tarikh tutup permohonan pada 30 November 2013. Semoga berjaya!

Advertisements

MESIR PASCA REVOLUSI: TERBELIT DALAM INDUSTRI KETENTERAAN YANG RUMIT

“The Military-Intelligence, two words combined that can’t make sense”

                                                                                (Megadeth:1990)

Image

 

Revolusi yang melanda rantau Timur Tengah memberikan kejutan kepada seluruh dunia.  Bermula di Negara Tunisia pada penghujung tahun 2010,kemudiannya merebak ke Negara Libya dan Mesir.  Bahang revolusi turut melanda Negara kapitalis Arab seperti Kuwait dan Arab Saudi, namun pemerintah di kedua-dua Negara tersebut berjaya ‘meredamkan’ tuntutan rakyat dengan beberapa janji perubahan yang sehingga kini tidak terlaksana.

Mengapa ‘renjatan’ revolusi tidak berlaku dengan gencar di Negara-negara kapitalis Arab yang lain misalnya Arab Saudi,United Arab Emirates (UAE) dan Kuwait? Penulis berpendapat disinilah terlihatnya peranan Central Intelligence Agency (CIA) dalam memetakan geo-politik di rantau Timur Tengah.

Umum mengetahui bahawa Negara-negara tersebut merupakan ‘negara satelit’ kepada Amerika Syarikat yang paling taat sekali.  Namun, persoalan sekali lagi timbul mengapakah pemerintah Mesir dan Tunisia yang turut setia, namun turut tenggelam dalam arus revolusi ‘Arab Spring’? Jawapannya ialah, berlaku proses pemetaan baru oleh CIA seiring dengan perubahan kepentingan regim (regime’s interest) di Amerika Syarikat.  Proses pemetaan yang memerlukan elit politik ‘klasik’ digantikan dengan elit politik ‘baru’.  Namun, perubahan ini turut mengheret sama perubahan sistem politik dalam setiap Negara di rantau bergolak tersebut.

Image

Dinasti As-Saud di Arab Saudi dan dinasti As-Sabah di Kuwait mungkin sukar untuk digantikan dengan sebuah dinasti yang baharu.  Jika berlaku perubahan dinasti, bermakna Amerika Syarikat akan kehilangan boneka ciptaan mereka yang paling taat dalam sejarah Arab moden.  Jikalau perubahan dilakukan sekalipun, ia harus dilakukan dalam bentuk menukar aktor politik.  Sebagai contoh, Raja Faisal yang memerintah Arab Saudi pada tahun 1964-1975 sememangnya pro-kapitalisme, namun polisi luar beliau yang pro-Palestin dan Pan-Islamisme menyukarkan percaturan Amerika Syarikat di rantau tersebut.  Berikutan itu beliau telah ‘dihapuskan’ daripada pentas politik bagi memberi laluan kepada aktor politik yang lebih setia dan taat.

Image

Kesimpulannya, sistem monarki sebenarnya telah menyelamatkan Negara-negara ini daripada percaturan semula politik oleh Amerika Syarikat di Timur Tengah.  Justeru, hanya Negara bersistem republik sahaja yang terkena bahang ‘Arab spring’.  Di antara Negara yang menjadi tumpuan utama impak revolusi ini ialah Mesir.  Negara yang mempunyai latar belakang sejarah yang progresif, namun akhirnya berjaya dineutralkan oleh pihak imperialis ketika pertengahan era perang dingin.  Persoalan utama ialah, mengapakah Mesir kembali kepada trend ‘regim autokratik’ walaupun tercetusnya revolusi rakyat pada tahun 2011?

Continue reading