Gosip Politik dan Anti Mahathir di Aidilfitri

Oleh : Tukang Tenyeh

Image

Tun Dr Mahathir Mohammed — Photo -AFP

Selepas Pilihan Raya Umum ke 13, politik di Malaysia kian suram dan tidak begitu menjadi perhatian rakyat. Maksud politik yang kian suram itu adalah pertandingan politik untuk merebut kekuasaan di Putrajaya.

Namun, gosip-gosip politik terus menjadi ‘buah mulut’ khususnya menjelang pemilihan parti-parti politik khususnya dalam Syawal yang pastinya menjadi ‘bulan kempen’ dikalangan ahli parti yang sudah hampir tarikh pemilihannya.

Gosip paling menarik beberapa hari ini adalah kisah Nurul Izzah yang bakal melancarkan Biografi Pak Lah di Singapura. Pelbagai teori dikisarkan sebagai ramalan sebab musabab Izzah bersetuju untuk melancarkan biografi Pak Lah.

Paling lekeh tentang cerita Izzah mahu memenuhi jemputan yang disampaikan oleh Khairy Jamaluddin. Apakah pula hasrat keduanya untuk mengundang dan menerima undangan yang sebegitu? Tidak mungkin dua tokoh politik popular, anak dan menantu politikus besar mahu membina empayar pengaruh politik inter-parti secara bersama.

Ada juga ramalan bahawa persetujuan Nurul Izzah adalah atas arahan Anwar Ibrahim, sebagai tanda terima kasih kepada Pak Lah yang telah membebaskannya dari sangkar besi di Sungai Buloh. Maka, Nurul berjiwa besar lah menerima undangan melancarkan sekaligus bakal tersenyum duduk disebelah mantan Presiden UMNO di majlis pelancaran di Singapura nanti.

Tulisan di Malaysian Insider pagi ini, memberi putaran baru kisah gosip Hari Raya Puasa tahun ini. Tulisan ini cuba membentuk pesepsi publik bahawa Nurul Izzah adalah wira yang membawa gagasan politik baru anti mahathirisme. Ini berdasarkan kritik – kritik Pak Lah terhadap Tun Mahathir dalam biografi tersebut. Kritik Pak Lah pastinya menegaskan sikapnya yang anti Mahathirisme khususnya dalam aspek politik yang seringkali tidak sehaluan. Malah biografinya Pak Lah juga mungkin adalah medium untuknya menjawab semula lekehan-lekehan Tun Mahathir kepada dirinya.

Namun tulisan Shahbudin Husin tersebut adalah tidak wajar jika sekadar mahu membentuk pesepsi publik supaya menobatkan Nurul Izzah sebagai wira anti-Mahathirisme. Tidak adil kepada wira-wira rakyat yang lebih dahulu berjuang sebelumnya melawan hegemoni Mahathirisme. Laungan reformasi pada tahun 1998 itu sendiri bergema atas semangat penentangan kepada Mahathirisme yang dijana oleh reformis rakyat, budayawan, seniman jalanan serta wartawan yang sudah mulai mengkiritik biarpun di zaman kuku besi Mahathir.

Anti Mahathirisme adalah kisah perlawanan rakyat kepada hegemoni yang sudah terpasak kukuh dalam segenap ruang masyarakat di Malaysia. Bukan sahaja Nurul Izzah, malah wartawan, budayawan, seniman dan reformis juga harus dinobatkan sebagai pejuang rakyat sebelumnya.

Sebagai pemerhati politik di laman twitter pula, akaun @Kamelia_Tulip cukup terkenal sejak kebelakangan ini. Tambah sensasi bila akaun ini seolah diadakan khas untuk mengkritik atau mendedahkan politik Azmin Ali. Tanpa lelah akaun ini terus menyerang Azmin termasuk staffnya seperti bekas aktivis mahasiswa, Hilman Idham dan juga staff Pejabat Anwar Ibrahim.

Beberapa jam selepas artikel Shahbudin Husin mengukir nama Izzah sebagai pejuang anti Mahathirisme, akaun @Kamelia_Tulip lantas pula menyamakan sikap politik Azmin dengan politik Mahathir. Ini sama sekali mengubah pesepsi penulis terhadap latar keseluruhan gosip politik yang muncul beberapa hari ini.

Apakah tulisan Shahbudin Husin dan akaun @Kamelia_Tulip ini gerakan politik terancang? Apakah motif dan matlamatnya?

Disedari bahawa menjelang pemilihan PKR, diura-urakan bahawa Azmin akan dicalonkan untuk bertanding jawatan Presiden. Namun jika kedua medium tadi adalah gerakan politik yang terancang, apakah ini bermakna Nurul Izzah turut berminat untuk jawatan yang sama? Atau Nurul Izzah hanya digunakan sebagai perisai untuk berdepan kekuatan politik Azmin?

Sementara Izzah adalah diva politik laman sosial, maka serangan dijana melalui populariti beliau sedang Azmin sering dilihat negatif diatas serangan-serangan tersebut. Penulis jangka, tidak lama lagi akan keluar pula hujah dangkal bahawa Azmin Ali mempunyai sikap politik yang sama dengan Mahathir hanya kerana beliau pernah menjadi anak angkat Tun Mahathir. Seperti lagu popular kumpulan nasyid Raihan, ‘Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa’!

Politisi muda dalam PKR semuanya harus belajar dari kesilapan PRU13, kempen politik di media sosial ini cuma terbatas jangkauan politiknya. ‘Real politik’ berkehendakkan supaya mereka turun ke bawah untuk memperkukuh organisasi. Bukannya sekadar membuat pendaftaran online, kempen di page facebook dan berinteraksi dengan rakyat melalui twitter dengan begitu kerap.

Kebimbangan penulis, politisi muda dalam PKR termasuk Nurul Izzah akan hilang sentuhan dengan politik dibawah sedang Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang terkenal bermain dengan politik dilapangan walau tidak popular di laman sosial. Azmin juga dilihat sebagai politisi yang pro kepada politik struktur dan sering mendahulukan kepimpinan dan organisasi parti.

Maka jika benar sebagaimana yang menjadi telahan penulis, ini bermakna PKR mempelopori kehangatan menjelang pemilihan parti berbanding UMNO dan PAS. Politik ‘tinggi’ yang dicaturkan untuk melawan hegemoni anti mahathirisme akan juga memberi kesan kepada politik dalam pemilihan UMNO. Rakyat pasti bersama untuk melawan mahathirisme dan merekalah harus diangkat sebagai ‘Wira Reformasi’ !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: