Pasca PRU13 Siri 1: Memang Tsunami Cina La Bodoh!

Image

Memang pola pengundian kali ini jelas menunjukkan bahawa majoriti daripada orang Cina mengundi Pakatan Rakyat khususnya menerusi DAP. Pengundi Cina memang turut mengundi PKR dan PAS tetapi lebih ramai yang mengundi DAP tentunya kerana pembahagian kerusi di dalam pilihanraya di negara kita ini cenderung mengikut komposisi etnik di sesuatu kawasan.

Ini memang tak dapat dielakkan kerana banyak kawasan-kawasan penempatan di negara kita ini walau pun di dalam bandar, relatifnya masih terpecah mengikut garis etnik contohnya Gombak kawasan majoriti Melayu manakala Cheras pula kawasan majoriti Cina dan banyak lagi kawasan-kawasan penempatan lainnya yang seperti itu.

Maka tidak hairanlah jika sekiranya kebanyakan daripada calon-calon DAP khususnya di Semenanjung Malaysia memang ditempatkan di kawasan-kawasan penempatan yang jumlah pengundi Cinanya adalah majoriti.

Jumlah kerusi parlimen yang ditandingi oleh DAP adalah 51. Daripada 51 kerusi itu, 37 daripadanya adalah di kawasan majoriti pengundi Cina dan hanya 14 kawasan sahaja yang bukan majoriti Cina. Daripada 14 kawasan bukan majoriti Cina itu, 8 daripadanya adalah di Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah senarai kawasan-kawasan parlimen yang ditandingi oleh DAP:

Kawasan Parlimen Dengan

Pengundi Majoriti Cina

Kawasan Parlimen Dengan Pengundi Bukan Majoriti Cina

Bagan, Bukit Mertajam, Batu Kawan, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong, Bukit Gelugor, Taiping, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Batu Gajah, Beruas, Kampar, Teluk Intan, Serdang, Puchong, Petaling Jaya Utara, Klang, Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Seputeh, Cheras, Rasah, Kota Melaka, Labis, Bakri, Kluang, Gelang Patah, Kulai, Kota Kinabalu, Sandakan, Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang, Sibu. Cameron Highlands, Raub, Bentong, Seremban, Alor Gajah, Tanjung Piai, Putatan, Sepanggar, Mas Gading, Serian, Mukah, Kapit, Bintulu, Lawas

Jumlah: 37 Kerusi

Jumlah: 14 kerusi

Sumber: Malaysian Election Data by Malaysiakini (http://undi.info)

DAP menang di semua kawasan majoriti Cina kecuali satu iaitu di Labis. Calon MCA Chua Tee Yong menang di parlimen Labis hanya dengan majoriti tipis 353 undi. Kalau tidak kerana undi Melayu dan India di Labis yang saya yakin sebahagian besarnya diberikan kepada calon MCA itu, DAP pasti akan menyapu bersih semua kawasan majoriti Cina yang ditandinginya. Kalau ini bukan tsunami Cina apa lagi yang perlu kita namakan?

DAP hampir menyapu bersih di semua kawasan majoriti Cina yang ditandinginya. Namun begitu keputusan tidak begitu menyebelahi DAP di kawasan-kawasan bukan majoriti Cina yang ditandinginya.

Daripada 14 kawasan parlimen yang bukan majoriti Cina yang ditandingi oleh DAP itu, DAP hanya menang di 2 kawasan sahaja dan 12 kawasan lagi tewas. Dua kawasan parlimen yang bukan majoriti Cina yang dimenangi oleh DAP ialah di kawasan parlimen Raub melalui calon Melayunya Mohd Ariff Sabri Bin Abdul Aziz yang lebih popular dengan nama Sakmongkol AK47 dan juga di parlimen Seremban menerusi Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke.

Kalau bukti ini masih belum cukup untuk melabelkan PRU13 kali ini adalah sebuah tsunami Cina, mari kita lihat pula jumlah majoriti undi yang dimenangi oleh DAP di kawasan-kawasan majoriti Cina yang dimenanginya pada PRU13 berbanding PRU12:

 

Kawasan

Menang Dengan Majoriti PRU13

Menang Dengan Majoriti PRU12

Bagan

34,159

22,070

Bukit Mertajam

43,063

15,832

Batu Kawan

25,962

9,485

Bukit Bendera

32,778

16,112

Tanjong

28,645

18,489

Jelutong

25,750

16,246

Bukit Gelugor

41,778

21,015

Taiping

11,745

11,298

Ipoh Timur

34,000

21,942

Ipoh Barat

29,038

15,534

Batu Gajah

38,596

24,627

Beruas

5,057

1,828

Kampar

5,400

MCA

Teluk Intan

7,313

1,470

Serdang

42,206

21,025

Puchong

32,802

12,593

Petaling Jaya Utara

44,672

19,972

Klang

24,685

17,701

Kepong

40,307

23,848

Segambut

19,199

7,732

Bukit Bintang

19,399

14,277

Seputeh

51,552

36,492

Cheras

37,409

28,300

Rasah

23,485

13,151

Kota Melaka

20,746

11,390

Bakri

5,067

722

Kluang

7,359

MCA

Gelang Patah

14,762

MCA

Kulai

13, 450

MCA

Kota Kinabalu

18,959

106

Sandakan

1,088

LDP

Bandar Kuching

19,642

9,952

Stampin

18,670

SUPP

Sarikei

505

SUPP

Lanang

8,630

SUPP

Sibu

2,841

SUPP

Lihat penambahan undi majoriti yang dimenangi oleh DAP di dalam jadual di atas. Kebanyakan kawasan dimenangi dengan jumlah undi majoriti yang besar. Kawasan-kawasan yang undi majoritinya lebih kecil adalah kawasan-kawasan yang majoriti pengundi cinanya juga kecil.

Jumlah undi majoriti yang diterima oleh DAP punya korelasi atau kaitan dengan jumlah pengundi Cina yang berdaftar di sesuatu kawasan tersebut. Kalau besar jumlah pengundi Cina, maka majoriti yang dimenangi oleh DAP juga cenderung besar dan begitulah sebaliknya.

Berikut adalah kutipan rambang data daripada 5 kawasan parlimen yang menang dengan undi majoriti yang besar dan kaitannya dengan jumlah pengundi Cina yang berdaftar di kawasan tersebut:

Jumlah Pengundi Cina

Undi Majoriti Yang Dimenangi

Seputeh, Wilayah P (88% pengundi Cina)

51,552

Kota Kinabalu, Sabah (70% pengundi Cina)

18,959

Tanjong, P. Pinang (86% pengundi Cina)

28,645

PJ Utara, Selangor (77% pengundi Cina)

44,672

Ipoh Timur, Perak (80% pengundi Cina)

34,000

Berikut adalah kutipan rambang data daripada 5 kawasan parlimen yang menang dengan undi majoriti yang kecil dan kaitannya dengan jumlah pengundi Cina yang berdaftar di kawasan tersebut:

Jumlah Pengundi Cina

Undi Majoriti Yang Dimenangi

Beruas, Perak (52% pengundi Cina)

5,057

Bakri, Johor (53% pengundi Cina)

5,067

Telok Intan, Perak (42% pengundi Cina)

7,313

Sandakan, Sabah (53% pengundi Cina)

1,088

Kluang, Johor (49% pengundi Cina)

7,359

Kesemua maklumat dan fakta ini boleh dikutip daripada laman Malaysian Election Data.

Sebenarnya daripada fakta yang dikutip agak sukar untuk menafikan hakikat bahawa terdapat gelombang tsunami yang cukup hebat di kalangan masyarakat Cina untuk mengubah kerajaan. Tsunami Cina ini dimanifestasikan melalui pemberian undi yang tinggi kepada Pakatan Rakyat khususnya DAP. Malahan kalau kita bandingkan pencapaian PRU13 kali ini antara DAP, PAS dan PKR kita akan dapati bahawa pencapaian DAP yang paling cemerlang.

DAP berjaya menambah 10 lagi kerusi parlimen pada PRU 13 ini manakala PAS dan PKR bukan sahaja gagal untuk menambah kerusi, malah hilang pula kerusi yang sedia ada.

PAS daripada 23 kerusi parlimen pada PRU12 kini hilang 2 kerusi menjadi 21 kerusi sahaja. Manakala PKR pula daripada 31 kerusi parlimen kini menjadi 30 kerusi setelah hilang 1 kerusi pada PRU13 ini.

Bagi saya apa yang berlaku sememangnya tsunami Cina. Majoriti daripada masyarakat Cina jelas memberi undi mereka kepada Pakatan Rakyat khususnya menerusi DAP. Malangnya tsunami Cina ini tidak didukung sepenuhnya oleh masyarakat Melayu. Hanya sebahagian daripada masyarakat Melayu yang bersama-sama di dalam mengolah tsunami ini tetapi jumlah mereka tidak cukup untuk menjadikannya sebuah tsunami Malaysia.

Undi yang diberikan oleh sebahagian daripada masyarakat Melayu kepada Pakatan Rakyat masih belum mencukupi untuk menambah kerusi parlimen khususnya buat PKR dan PAS bagi menumbangkan Barisan Nasional.

Kemungkinan sebahagian besar daripada undi Melayu ini sudah kembali ke pangkuan UMNO. Ini boleh dilihat daripada pertambahan kerusi parlimen UMNO daripada 79 kerusi di PRU 12 kepada 88 kerusi di PRU 13 ini. Malahan kalau kerusi parlimen kepunyaan PAS dan PKR dicampur sekali pun (51 kerusi) masih belum mencukupi untuk menyaingi 88 kerusi yang dimiliki oleh UMNO. Persoalan yang paling penting untuk diselidiki daripada pernyataan ini ialah kenapa undi Melayu di PRU13 ini lebih banyak pergi ke Barisan Nasional daripada Pakatan Rakyat?

Kalau di era Gerakan Reformasi 1998 sebahagian besar daripada orang Melayu meninggalkan UMNO dan pada PRU 1999 Barisan Nasional telah diselamatkan daripada ditumbangkan menerusi undi Cina, nampaknya pada PRU 2013 ini undi Melayu pula yang telah menyelamatkan Barisan Nasional.

Dua arus yang sudah bertemu tetapi masih belum terpadu untuk disatukan menjadi suatu tenaga tsunami Malaysia yang ampuh bagi menumbangkan Barisan Nasional.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: