Meninjau PRU13 Siri 4: Mitos Melayu Johor Hilang Kuasa

Image

Seorang teman berbangsa Tionghua menelefon saya tengahari kelmarin. Dia sedang giat berkempen untuk PRU13 di kampung halamannya. Dia meminta nombor kontak aktivis pekerja daripada saya. Katanya dia ingin mendapatkan pandangan dari aktivis pekerja tersebut tentang tuntutan-tuntutan kaum pekerja. Dia ingin melobi calon sokongannya untuk memasukkan agenda kaum pekerja ke dalam manifesto dan juga janji kempen calon tersebut.

Dari corong telefon saya dapat mendengar bunyi bising seperti di dalam bilik gerakan. Bunyi bising yang bersemangat itu kadang-kala meredam suara teman saya sehingga saya terpaksa memintanya untuk menguatkan suara. Berbanding dengan saya yang hanya meninjau tanpa mengeluarkan setitik peluh pun melalui ruang siber, teman saya ini adalah antara aktivis politik akar umbi yang paling gigih.

Perbualan kami pendek sahaja kerana dia sedang sibuk di dalam kegitan-kegiatan kempen dan memancing undi. Namun dia sempat memberitahu saya ketika saya tanya, “Shifu, macam mana kat sana? Ada peluang?”

“Ada…ada. Boleh menang. Ada harapan. Kalau ini negeri menang, aku rasa Pakatan akan pegang Putrajaya. Undi Cina sudah ok. Kena tambah sikit undi Melayu saja”, jelas teman saya itu dengan nada yang yakin di dalam pelat Cinanya yang tebal.

Saya mengakhiri perbualan itu dengan mengucapkan selamat berjaya kepadanya. Saya tidaklah seyakin teman saya itu tentang peluang Pakatan Rakyat di negeri itu. Bagi saya negeri itu adalah negeri yang paling sukar untuk ditawan oleh Pakatan Rakyat. Malahan strategi Pakatan Rakyat untuk menawan negeri itu saya rasa hanya akan berakhir dengan “menang bertarung, kalah berperang”.

Tapi biarlah saya jelaskan kenapa negeri itu takkan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat di tulisan yang lain. Untuk tulisan ini saya cuma ingin membongkar mitos Melayu akan kehilangan kuasa jika negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Negeri yang dimaksudkan itu adalah negeri Johor.

Ketika saya meninjau-ninjau di beberapa laman web, blog, facebook, youtube dan twitter yang berkaitan dengan PRU13 dan negeri Johor saya dapati terdapat kegelisahan-kegelisahan di kalangan orang Melayu Johor tentang “takut Melayu hilang kuasa”.

Ketakutan ini diperkuatkan lagi bila terdapat posting-posting yang menghasut orang Melayu Johor (dan juga Melayu di negeri-negeri lain) untuk terus menjadi takut, risau dan gusar. Takut, risau dan gusar ini tentulah difokuskan kepada “orang lain” yang dipropagandakan sebagai ancaman. Orang lain ini di dalam konteks politik Malaysia ini biasanya akan ditujukan kepada bangsa Cina.

Sebenarnya sebagai orang Melayu yang datang dari keluarga kurang berada, saya boleh faham kenapa orang Melayu Johor berfikiran begitu. Salah satu sebab penting adalah kerana jurang ekonomi yang luas antara orang Melayu dan orang Cina. Memang saya akui di dalam bangsa Melayu dan Cina ini ada kelas kaya dan kelas miskin masing-masing. Akan tetapi Melayu dan Cina di dalam tulisan ini merujuk kepada kumpulan etnik yang berbeza yang boleh dikategorikan kedudukan ekonomi masing-masing sebagai sebuah kumpulan.

Secara umumnya kedudukan ekonomi orang Melayu relatifnya lebih rendah daripada orang Cina. Bukan sahaja di Johor tetapi juga di Malaysia secara umumnya. Di mana-mana masyarakat pun umumnya etnik pribumi majoriti yang penguasaan ekonominya minoriti akan sentiasa berasa terancam dengan etnik minoriti yang penguasaan ekonominya majoriti. Apatah lagi bila etnik yang minoriti dari segi jumlah tetapi majoriti dari segi penguasaan ekonomi itu pula adalah etnik yang mengikut sejarahnya datang dari luar milieu (persekitaran) budaya sesebuah kawasan geografi tersebut.

Oleh kerana itu jika kita rajin membaca kajian-kajian akademik tentang hubungan etnik, kita akan dapati fenomena rasa keterancaman ini bukan hanya berlaku di Malaysia. Malahan turut berlaku di banyak negara di Asia Tenggara dan juga belahan dunia yang lain khususnya di negara-negara bekas jajahan. Orang Melayu Johor yang jumlahnya majoriti tetapi ekonominya minoriti tidak terkecuali daripada fenomena rasa keterancaman ini.

Rasa keterancaman orang Melayu Johor di dalam dikotomi majoriti jumlah tetapi minoriti ekonomi ini diperkuatkan lagi bila majoriti jumlah yang dimiliki itu tidak pula besar. Secara demografinya orang Melayu Johor memang membentuk majoriti tetapi bukanlah majoriti yang dominan. Mengikut statistisk terkini taburan penduduk negeri Johor (mukasurat 83), etnik Melayu merangkumi 53% daripada keseluruhan penduduk Johor.

Dengan jumlah majoriti yang bukan dominan ditambah pula dengan kedudukan ekonomi yang minoriti, pilihanraya dilihat sebagai salah satu daripada kaedah untuk mereka mempertahankan apa yang mereka persepsikan sebagai kuasa politik.

Justeru itu, di dalam sistem demokrasi berparlimen yang menggunakan kaedah pilihanraya “satu orang satu undi” untuk mendapatkan kuasa politik, etnik majoriti yang minoriti ekonominya, cenderung untuk melihat kemajoritian jumlah mereka itu sebagai suatu kelebihan politik yang boleh mereka gunakan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi mereka.

Kelebihan jumlah mereka itu biasanya mereka gunakan untuk memastikan parti yang mewakili etnik mereka atau yang dipersepsikan sebagai menjaga kepentingan etnik mereka menang di dalam perebutan kuasa politik itu. Mereka percaya dengan kuasa politik yang mereka menangi itu kedudukan ekonomi mereka yang minoriti dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.

Bagi mereka kuasa politik adalah alat yang terpenting untuk memastikan survival bangsa mereka khususnya di dalam persaingan ekonomi dengan bangsa yang minoriti jumlahnya tetapi majoriti penguasaan ekonominya. Kuasa politik yang dimenangi itu pula bagi mereka perlulah dinampakkan melalui pegangan jawatan-jawatan kekuasaan politik dan ekonomi yang strategik dan penting oleh pemimpin-pemimpin dari etnik mereka sendiri.

Pada pandangan saya inilah antara punca utama kepada ketakutan, kerisauan dan kegusaran orang Melayu Johor – takut hilang kuasa politik yang seterusnya akan melemahkan kedudukan ekonomi mereka yang mereka lihat sudah sedia lemah itu. Orang Melayu Perak seperti saya tiada ketakutan seperti itu. Hihihi.

Ketakutan ini sebenarnya tidak punya asas yang kuat. Ketakutan ini bagi saya digembar-gemburkan dan dipropagandakan untuk memastikan kuasa politik terus kekal bersama Barisan Nasional. Kuasa politik orang Melayu tidak mungkin akan hilang hanya kerana Barisan Nasional kalah di Johor. Kuasa politik orang Melayu juga tidak mungkin akan hilang kalau Pakatan Rakyat menang di Johor.

Cakap-cakap yang disebarkan tentang Cina DAP akan mengambil-alih kuasa politik orang Melayu di Johor kalau Pakatan Rakyat menang PRU13 kali ini sebenarnya adalah tidak berasas sama sekali.  Mana mungkin DAP akan mengambil-alih kuasa politik orang Melayu di Johor kalau DAP hanya bertanding di 14 kerusi daripada 56 kerusi DUN kesemuanya.

Faktanya ialah DAP hanya bertanding 25% (14 kerusi) sahaja daripada keseluruhan kerusi DUN di Johor. Sila rujuk jadual di bawah:

 

Parti Politik

 

 

Jumlah Kerusi DUN

UMNO

34

MCA

18

MIC

4

Barisan Nasional

Jumlah Kerusi BN      56

PKR

12

PAS

30

DAP

14

Pakatan Rakyat

Jumlah Kerusi PR      56

Daripada jadual ini jelas kita dapat lihat majoriti daripada kerusi DUN di Johor ditandingi oleh PAS dengan 30 kerusi atau 54%. Manakala PKR pula bertanding di 12 kerusi DUN (21%).

Kalau setiap kerusi itu dibahagikan mengikut etnik pula, kita akan dapati calon berbangsa Melayu dari Pakatan Rakyat bertanding di 39 kerusi atau 70% daripada keseluruhan kerusi DUN. Suatu jumlah yang jauh lebih tinggi daripada calon Melayu Barisan Nasional dari UMNO yang hanya bertanding di 34 kerusi.

Sila rujuk jadual kerusi yang ditandingi oleh parti-parti di bawah Pakatan Rakyat mengikut etnik:

 

Calon PKR Mengikut Etnik Untuk Kerusi DUN

 

 

 

Jumlah Kerusi DUN

Melayu

10

Cina

1

India

1

JUMLAH KERUSI PKR

12

 

Calon PAS Mengikut Etnik Untuk Kerusi DUN

 

 

 

Jumlah Kerusi DUN

Melayu

29

Cina

0

India

1

JUMLAH KERUSI PAS

30

 

Calon DAP Mengikut Etnik Untuk Kerusi DUN

 

 

 

Jumlah Kerusi DUN

Melayu

0

Cina

13

India

1

JUMLAH KERUSI DAP

14

Justeru itu, daripada fakta yang tertera, jelas menunjukkan bahawa cakap-cakap yang mengatakan Cina DAP akan mengambil-alih kuasa politik orang Melayu di Johor kalau Pakatan Rakyat menang PRU13 adalah tidak munasabah langsung.

Begitu juga kalau kita lihat fakta tentang kerusi Parlimen di negeri Johor, ternyata sebahagian besar daripadanya ditandingi oleh calon Melayu. DAP hanya bertanding 6 daripada 26 kerusi Parlimen di negeri Johor atau hanya 23% sahaja.

Sila rujuk jadual di bawah:

 

Parti Politik

 

 

Jumlah Kerusi Parlimen

UMNO

17

MCA

8

MIC

1

Barisan Nasional

Jumlah Kerusi BN      26

PKR

12

PAS

8

DAP

6

Pakatan Rakyat

Jumlah Kerusi PR      26

Dari jadual ini kita dapat melihat dengan jelas bahawa majoriti daripada kerusi Parlimen ditandingi oleh parti PKR dan PAS. Malahan kalau kerusi-kerusi Parlimen yang ditandingi oleh parti-parti di bawah Pakatan Rakyat ini dibahagi mengikut etnik kita akan dapati 18 daripada 26 kerusi Parlimen atau 69% adalah ditandingi oleh calon Melayu. Suatu jumlah kerusi calon Melayu yang lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh Barisan Nasional melalui UMNO yang menyediakan 17 calon Melayu, kurang 1 kerusi daripada calon Melayu Pakatan Rakyat.

Calon Cina dari DAP pula hanya 4 orang sahaja, manakala selebihnya DAP mempertaruhkan seorang calon Melayu dan seorang calon India. Manakala calon Cina Pakatan Rakyat secara keseluruhannya hanyalah 7 orang sahaja (4 dari DAP, 2 dari PKR dan 1 dari PAS) atau sekadar membentuk 27% sahaja daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen di negeri Johor.

Sila rujuk jadual di bawah:

 

Calon PKR Mengikut Etnik Untuk Kerusi Parlimen

 

 

Jumlah Kerusi Parlimen

Melayu

10

Cina

2

India

0

JUMLAH KERUSI PKR

12

 

Calon PAS Mengikut Etnik Untuk Kerusi Parlimen

 

 

Jumlah Kerusi Parlimen

Melayu

7

Cina

1

India

0

JUMLAH KERUSI PAS

8

 

Calon DAP Mengikut Etnik Untuk Kerusi Parlimen

 

 

Jumlah Kerusi Parlimen

Melayu

1

Cina

4

India

1

JUMLAH KERUSI DAP

6

Dari fakta-fakta yang telah dibentangkan ini jelas menunjukkan sebenarnya di negeri Johor ini Pakatan Rakyat menawarkan jumlah calon Melayu yang jauh lebih tinggi daripada Barisan Nasional baik di tingkat DUN mahu pun Parlimen.

Sila rujuk jadual di bawah:

 

Perbandingan Antara

BN dan PR

 

 

Jumlah Calon Melayu Di DUN Johor

Barisan Nasional

34

Pakatan Rakyat

39

 

Perbandingan Antara

BN dan PR

 

 

Jumlah Calon Melayu Di Parlimen Johor

Barisan Nasional

17

Pakatan Rakyat

18

Daripada pembentangan fakta-fakta ini ternyata mitos Melayu hilang kuasa di negeri Johor jika Pakatan Rakyat memerintah adalah mitos semata-mata. Cina DAP yang orang Melayu Johor sering ditakut-takutkan itu, kalau mereka menang semua kerusi yang mereka tandingi di DUN sekali pun, jumlah mereka hanya membentuk 25% daripada keseluruhan kerusi DUN Johor. Manakala di Parlimen pula Cina DAP hanya membentuk 23% daripada keseluruhan kerusi Parlimen Johor.

Apakah logik hanya dengan 25% kerusi DUN yang ditandingi oleh DAP itu mampu membuatkan Melayu hilang kuasa di negeri Johor jika Pakatan Rakyat memerintah? Fikirkanlah dengan rasional bukan emosional.

Saya percaya mitos-mitos tentang Melayu akan hilang kuasa politik jika Pakatan Rakyat menang pada PRU13 kali ini bukan sahaja tersebar di negeri Johor tetapi juga di negeri-negeri lain. Mitos-mitos ini terbentuk hasil daripada keinginan pihak yang sedang berkuasa untuk terus mengekalkan kuasanya. Di dalam masyarakat Malaysia yang secara strukturnya terpisah mengikut garis etnik, bahasa dan agama, sentimen-sentimen primordial seperti kehilangan kuasa etnik pribumi memang mudah digembeling untuk memancing undi.

Walau pun saya sedar sebahagian daripada sentimen politik ini bersifat emosional serta sosio-psikologikal dan ada dari kalangan kita yang membuat pilihan di atas sebab “takpinism” tetapi gunakanlah akal yang diberi oleh Allah swt untuk membuat pilihan berdasarkan fakta bukannya auta.

Apakah benar kuasa politik Melayu akan hilang kalau Pakatan Rakyat memerintah? Jawapannya bukanlah hanya dengan mendengar apa yang orang lain kata (atau apa yang saya kata dan tulis di laman diskopi ini) tetapi kita sendiri sebagai insan haruslah mencarinya dan menyelidikinya dengan akal-fikiran yang diberikan oleh Allah swt. Kebenaran tidak akan datang bergolek dengan sendiri. Ia harus dicari, digali, diselidiki dan diuji.

Fakta-fakta yang telah saya kutip dan ringkaskan di dalam bentuk jadual itu boleh diperolehi di sini.

6 Responses

  1. Reblogged this on NonnaPEDIA.

  2. Shit…even this analysis is broken down by race and their racist partys!!

    • you can’t escape race in msia la bro. just look at all the constituents that DAP compete. almost all of them are chinese majority area. none in malay majority area.

      so do PKR and PAS. none of the Malay candidates from PAS and PKR compete in chinese majority area.

      so, when people in Pakatan said that they are beyond race, its all political rhetoric. in actual political practice, race still matters. if not, DAP will field their candidate in malay majority area and malay candidate from PAS and PKR will be fielded in chinese majority area.

      its not racist. its just racial because malaysian society itself is racial. how can it not be racial when even from kindergarten lagi sudah got segregated according to race, religion and language.

      many of us only meet the other races when we masuk secondary schools. some of us only jumpa other races after secondary school when we go to uni. 18 years of our life, we only mix with our own kind.

      so, how not to get racial bro?

  3. Awak masih mentah dalam politik, belajar lagi rajin-rajin baru boleh bercakap pasal politik

  4. It is also important to check any item you are buying to
    see if it is in good condition. Gift baskets are
    now being made for just about every occasion imaginable
    and for just about anyone. The next thing you need to do is to customize
    these t-shirts with your company logo.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: