Karipap-Karipap Cinta Kita

Apabila kita merasakan sesuatu itu hak kita kerana berasal daripada kita, maka fikirkan semula, termasuklah dalam hal seremeh hidangan minum petang. Berkenaan hidangan minum petang, setidaknya, ada dua jenis kuih yang sebelum ini, semasa kecil, penulis fikirkan memang berasal daripada negara ini – karipap dan juga donut. Bagi penulis, jika karipap dan donut bukan sesuatu yang ‘sangat Melayu’ setidaknya pasti kedua makanan kegemaran rakyat Malaysia ini sangat ‘sangat Malaysia’. Namun, apabila penulis menonton filem Terminator lakonan Arnold Schwarzenegger (kurang pasti sequal yang keberapa) penulis mula menyedari bahawa donut juga ‘sangat Amerika’. Lebih daripada itu,  donut atau doughnut (di Amerika donut merujuk kepada variasi doughnut, manakala di UK donut merujuk kepada doughnut versi Amerika!) merupakan antara confectionery yang sangat popular di seluruh dunia – dan tiada apa-apa yang sangat Malaysia pun dengan donut, melainkan kuih keria; bentuk seakan donut yang diperbuat daripada keledek dan disira dengan gula. Sebaik menyedari hakikat ini, penulis menerima donut bukan lagi (semata-mata) hak orang Melayu atau Malaysia.

karipap

Namun, untuk sekian lama selepas itu, penulis masih merasakan karipap atau epok-epok memang berasal daripada negara ini atau paling tidakpun daripada rantau ini – Malaysia, Indonesia, Singapura atau paling jauh pun India (kerana perkataan kari itu). Penulis sangat yakin kerana nama epok-epok itu hanya digunakan di belah selatan semenanjung, di Johor khasnya. Maka, mudahnya pastilah karipap atau epok-epok ini berasal daripada belah sini. Tak akan boleh silap lagi kali ini! Continue reading

Realisme dan Humanisme dalam Penulisan

Truly great literature loosens the tongue of the dumb and opens the eyes of the blind. It makes man conscious of himself and of his destinies.”

-George Lukacs, Gorki’s Human Comedy

Menggambarkan sesuatu yang nyata dalam sajak-sajak dan cerita-cerita pendek mahupun novel belum bererti satu ciptaan yang mengandung realisme…Kekejaman daripada masyarakat yang tidak adil menjadi perhatian. Perbezaan kelas dan keburukan rakyat murba menjadi bahan cerita.”

-Asraf, Esei Sastera ASAS 50’

Sesungguhnya manusia selalu menjadi mangsa tebusan kepada kehidupan, atau ‘realiti’. Pengurungan ini semakin mencengkam dan melemaskan apabila kita melintasi ke alam kedewasaan dan selanjutnya.

Fitrah manusia seperti satu proses perjalanan logik, yang pada akhirnya hanya sama ada akan menjadi mesin atau binatang, atau kedua-duanya. Manusia sebagai mesin di mana fungsinya sebagai tenaga buruh yang keterasingan dalam struktur ekonomi kapitalis dan consumeris. Ataupun kondisi seorang wanita yang mendiamkan diri dan bertahan dengan tingkah laku pasangannya yang bebas membahagikan perasaan cintanya dalam masyarakat yang patriaki.

Tetapi kondisi manusia yang sebegini ternyata jauh sekali daripada apa yang benar. Ia tidak boleh dengan senangnya dijadikan realiti. Sebaliknya apabila sesuatu tulisan ingin menceritakan dan menjelaskan realiti maka unsur-unsur sebegini yang digambarkan, yakni manusia yang mempunyai kewajipan dan fitrah yang asasi sedemikian.

Penulisan, jika berdasarkan garis ini, menjadi dangkal dan tumpul.

Continue reading

Opera

Oleh Jack Frost

Di mana sekalipun, manusia tentu saja terbelenggu dan dibelenggu. Bahkan, belenggu-belenggu yang menghambat manusia ini merupakan suatu hal yang tidak terelakkan baik dari sudut yang dampak atau yang tersembunyi. Mungkin sekali benar, mati yang seringkali dimomokkan sebagai sebuah kesunyian yang dahsyat itu sebenarnya merupakan jalan akhir bagi manusia untuk bebas daripada kehidupan – yang dipenuhi dengan tuntutan-tuntutan serta kepatuhan – yang sama sekali membebankan.

Menurut Shariati, penjara paling besar bagi manusia itu terbahagi kepada empat; alam, sejarah, masyarakat dan diri. Manakala untuk mengatasi setiap satu daripadanya, manusia itu sendiri harus menyedari hakikat keberadaannya dalam penjara-penjara tersebut. Justeru, dengan menanggapi jalur hakikat tersebut, manusia lantas mampu menemukan ilham serta jalan untuk keluar daripadanya sekaligus mengubah serta menentukan sendiri perjalanan hidupnya. Continue reading

Sastra untuk Masyarakat

“We must not stand with folded arms admiring it, but do all we can to make it possible for others to live better in the future, since we could not possibly live.”

-V.G. Belinsky, Selected Philosophical Works

“Ditinjau dari sudut pandang ini, pemberontakan seni berarti seni menjadi media bagi terciptanya kebebasan. Dalam struktur masyarakat yang menindas, seni diciptakan sebagai media penyadaran bagi rakyat menindas, dan seni semacam ini jelas sekali keberpihakannya terhadap rakyat”, demikian ujar Eka Kurniawan dalam tulisannya tentang Pramoedya. Mungkin ada antara mereka yang tidak setuju sisi pandang seni sebegini, bahkan boleh dikatakan sebagai mendesak dan melampau.

Tetapi ia mengingatkan kita kembali kepada suatu tradisi yang pada satu ketika dahulu telah berakar di tempat ini sebelum dicabut dan ditelan masa. Perkembangan ekonomi dan fizikal yang dikecapi oleh negara seperti satu sumpah yang melanda tanah air tercinta ini. Di bawah kelipan cahaya kota dan kesibukan masyarakat bergiat berlaku keruntuhan – satu kecelaruan dalam makna dan hala tuju hidup sebagai sebuah masyarakat.

Bahawa ini terjadi tidak lain tidak bukan lahir daripada pegangan kita terhadap budaya secara keseluruhannya, dan seni dan sastera atau penulisan secara khususnya. Continue reading

88 Tahun Pramoedya: Panjang Umur Perjuangan!

Image

kretek

Membaca Pram atau Pramoedya Ananta [Mas]toer, kita tahu tentang nilai kemanusiaan ketika berhadapan kekuasaan dan tentang penindasan oleh orang-orang yang hidup senang atas penderitaan orang lain — jika tahu itu semua, maka tahu pulalah kita di mana harus berdiri dan ke mana harus berpihak — inilah kata-kata yang disebut antara penerbit karya Pram.

Sasterawan Indonesia yang lahir pada tarikh ini, 88 tahun yang lepas sudah menghabiskan separuh hidupnya dalam penjara. Sebagai tahanan, itu tidak menahannya daripada terus menulis sehingga menghasilkan lebih 50 karya dan diterjemah ke dalam lebih 42 bahasa asing. Tercalon sebagai penerima Nobel Sastera, sosok ini menulis Continue reading

Kaum dan budaya (Cina) yang terhina dan durjana

“…The Russian people is right. It sees in writers of Russia its only leaders, defenders, and saviours from the darkness of Russian autocracy, orthodoxy, and nationalism. It can forgive a bad book, but not a harmful one.”

-Vissarion Belinsky, Letter to Nikolai Gogol, 1847-

Dalam karyanya Black Skin White Masks, Frantz Fanon menceritakan sejarah dan proses bagaimana golongan yang berkulit hitam diperhambakan dan ditindas untuk sekian lama oleh kaum kolonialis Eropah. Tahap pemikiran dan kepercayaan yang dipegang sebegitu merendahkan mereka sehingga – hanya kerana mempunyai warna kulit yang berwarna hitam – tidak dilihat sebagai manusia yang mempunyai hati nurani moral dan perasaan bahkan dipandang sebagai binatang. Kumpulan haiwan yang paling dekat dengan saudara-maranya: kera, gorilla dan monyet.

Bagi Fanon, tindakan ini berpunca daripada pelbagai faktor, dan antaranya adalah akibat daripada cara pandang golongan ini yang memandang hina dan serong terhadap sejarah dan kebudayaan mereka sendiri.

Oleh itu apabila kita terbaca tentang undangan Barisan Nasional Pulau Pinang kepada Psy untuk datang ke Pulau Mutiara bagi mempertontonkan rakyatnya sempena sambutan tahun baru Cina, kita bertanya adakah kita semua disumpahi untuk menghadapi kitaran abadi memperlekehkan perkongsian kebudayaan kita bersama? Bukan cara hidup orang lain, tetapi budaya nasional rakyat tanah air kita sendiri. Continue reading