MALAYSIA VS INDONESIA: ANALISIS PENUH PERLAWANAN

oleh Thierry Helmy

Sebentar tadi berlangsung perlawanan yang paling ditunggu-tunggu oleh 2 negara bekas jajahan eropah, Malaysia menentang Indonesia.Konfederasi Bola Sepak Asia seolah-olah sengaja mempertemukan 2 pasukan ini..Barangkali ini adalah agenda Freemason untuk melihat 2 negara ini bertelagah antara 1 sama lain. Tidak kedengaran teriakkan “Indonesia itu Anjing”, mahupun “Malingsia”, yang ada cumalah teriakan kedua dua penyokong member sokongan padu untuk pasukan masing-masing. Buat pertama kali aku memuji sikap penyokong kedua-dua pasukan baik Malaysia mahupun Indonesia.

Ok,intro review game aku kali ini macam celaka. Tak menarik langsung.Harap yang membaca jangan jadi bosan sebab aku cuma mengulas berdasarkan fakta,dan pengalaman aku dalam melihat perlawanan dan sebagai pemain,bukan macam Hasbullah Awang yang tak reti main bola tapi cuba ulas pasal bola,sampai nama orang pun main sedap mulut jek..Kadang aku terfikir,perlunya kursus pengulasan sukan bola sepak di setiap university agar bila mereka mengulas,tak la berterabur macam abang Hasbullah..(maaf bang,ini kenyataan.Aku selalu perati jek abang ne mengulas)

Okay,selama 94 minit masa bermain,aku cuma terhibur selama 50 minit sahaja. 44 minit lebihnya tu aku banyak habiskan masa hisap rokok dan makan aiskrim Wafer  Walls yang super-sedap,perisa coklat. Indonesia dan Malaysia membuang masa aku selama 44 minit dengan corak permainan yang membosankan. Malaysia turun dengan skuad terkuat(rasanya) terdiri daripada Farizal Marlias selaku penjaga gol, Back 4 yang diketuai oleh Fadhli Shas,Aidil,Zubir Azmi,dan Mahali Jasuli,manakala midfield Malaysia pula diketuai oleh Safiq Rahim(captain),Shakir Shaari,Azamuddin Akil dan Wan Zack Wan Haikal,dan jentera serangan Malaysia diketuai oleh Safee Sali aka Budak Motor(sebab muka dia aku tengok terpampang di bahu jalan sebagai model motorsikal) dan Striker Gaji 80k,Norsharul Idlan Tahala. Manakala barisan Timnas pula,selaku penjaga gawang, Mas Wahyu Tri Nugroho,pertahanan, Raphael(pemain naturalisasi), Novan, Nopendi, dan Fachruddin,pemain tengah diterajui oleh,  Taufiq, Elie Aiboy(captain), Irfan Bachim Oktovianus Maniani dan Vendry Mofu, dan menggunakan seorang bomber utama iaitu Samsul Arif. 4-4-2 vs 4-5-1. Dalam kertas,kelihatan pasukan Indonesia lebih berpeluang cerah untuk layak secara power ke gelanggan separuh akhir kerana mereka hanya memerlukan keputusan seri sahaja manakala Malaysia perlu mencatat kemenangan dalam perlawanan ini.

Pada periode awal perlawanan, Indonesia kelihatan menguasai perlagaan dengan penguasaan bola sebanyak 57% berbanding Malaysia 43%. Indonesia mendapat peluang terbaik melalui Irfan Bachim yang mendapat umpanan sempurna dari Vendry Mofu tetapi digagalkan oleh Farizal Marlias. Okay,gerakan ini sangat menarik. Safiq membuat kesilapan kerana mengawal bola terlalu lama dan kemudiannya dirampas dan dilorongkan kepada Irfan Bachim. Dalam gerakan ini, aku member pujian kepada  Samsul Arif kerana membuat teknik ‘creating space for teammate’. Gerakan seperti inilah yang selalu digunakan oleh Barcelona dan Arsenal untuk memecahkan benteng pasukan lawan. Sebagai contoh,  Xavi membawa bola, kemudiannya Pedro  berlari untuk memancing ‘nafsu’ pertahanan untuk mengejarnya dan pertahanan tadi terpancing dan mencipta ruang untuk membolehkan Iniesta mahupun Messi masuk mengambil alih tempat Pedro dan membuahkan jaringan. Ini adalah kombinasi bola sepak yang sempurna. Mungkin ramai yang akan berkata aku tidak patut buat comparison dengan Barcelona, tapi hal ini berkaitan dengan kognitif seseorang,cara berfikir dalam bola sepak. SepakanIrfan Bachim sedikit terbias kaki Mahali Jasuli dan kemudiannya diselamatkan oleh Farizal Marlias. Kedudukan masih 0-0. Indonesia masih mengawal perlawanan dengan baik. Anchor  Indonesia, Taufiq merancang pergerakan dengan baik dan teratur. Begitu juga dengan Shakir Shaari yang mengawal ‘arus’ Malaysia agar tidak main macam monyet. Goal pertama terhasil pada minit ke 23,dijaringkan oleh Azamuddin Akil, budak Kuala Lipis,Pahang. Goal ini bagi aku sangat power. Power dan terer. Ketika itu, throw in, Mahali Jasuli mengambilnya dan memberikan bola kepada Wan Zack dan kemudiannya dikembalikan semula kepada Mahali Jasuli, dengan 1 touch, Mahali melakukan crossing ke kotak 10 yards Indonesia dan disambut baik oleh Azamuddin Akil kemudian,GOAL!!!!…28 juta rakyat Malaysia happy kemain. 235 juta rakyat Indonesia garu kepala melihat goal tersebut. Dalam gerakan ini, aku sangat memuji kebijaksanaan Mahali Jasuli. Dia melakukan ‘crossing between goalkeeper and defender’(istilah bola sepak) dan menyebabkan Wahyu curious untuk keluar menumbuk bola tersebut. Dalam perlawanan BPL,La Liga mahupun Eredivise, crossing seperti inilah yang paling berbahaya kerana ianya menyebabkan goalkeeper ragu-ragu samada ingin keluar menumbuk bola tersebut ataupun membiarkan defender clear bola. Malaysia leading 1-0. Selepas itu, Safiq Rahim mula datang penyakit lamanya. Owh,sebelum cerita penyakit Safiq, kita cerita dahulu tentang pertukaran pemain Indonesia. Indonesia memasukkan Andik Vermansyah yang disebut-sebut sebagai Messi Asia Tenggara yang namanya semakin ‘panas’ di liga Itali(dengar cerita mamat ne telah dipancing oleh Inter Milan) menggantikan Elie Aboy yang tercedera. Kemasukan Andik Vermansyah member sedikit kegerunan kepada benteng Malaysia kerana kelincahannya mengawal bola.

Ok,kembali kepada cerita penyakit Safiq Rahim. Sebenarnya, aku sudah lama perati mamat Safiq ne. Dia tak reti-reti nak bagi ground ball ke??Asyik long ball jek. Ini masalah yang perlu dibendung oleh beliau. Safiq terlalu mengharapkan kepantasan Wan Zack Haikal untuk mengejar bola walhal dia boleh sahaja bermain secara bijak dengan member hantaran pendek kepada rakan sepasukannya. Mujur partner Safiq Rahim, Shakir Shaari bijak mengawal corak serangan Malaysia dengan sekali sekala melambatkan tempo perlawanan. Pada minit ke 25 rasanya,  berlaku pergelutan antara Oktavianus Maniani dan Wan Zack Haikal kerana Maniani menyepak paha Wan Zack di tepi garisan padang. Pemain Malaysia menyerbu Maniani tetapi ditenangkan oleh Captain pasukan, Safiq Rahim dan Maniani dilayangkan kad kuning. Waktu itu, aku merasakan penyokong Malaysia akan mengutuk sikap Maniani tetapi tidak. Aku terkejut seketika,dan kemudiannya aku tersenyum. Dalam hati aku,’Mula pakai otak dah penyokong kita ne’. Maniani memohon maaf dan memeluk Safiq Rahim sebagai tanda persahabatan 2 negara. Ini sikap yang patut dipuji. Bola sepak tak perlu ada sentiment, yang perlu ada ialah taktikal dan kemahiran,sentiment boleh pergi mampus.

Pada minit ke 27, Malaysia mula agresif melancarkan serangan. Azamuddin Akil mencuri bola dari Andik Vermansyah, kemudian dilorongkan kepada Safee, dan Safee aka Budak Motor menunggu Fachruddin membuka kangkangnya dan kemudian melorongkan bola kepada Wan Zack(kawan aku teriak OLEE!),dan Wan Zack melarikan bola,kelihatan Wan Zack seperti mahu melakukan percubaan tetapi tidak ada step,jadi dia mengawal bola, Mahali Jasuli melakukan larian overlapping,Wan Zack menguis sedikit,kawalan baik dari Mahali dan GOALLL!!!!! Mahali mencium bendera Malaysia yang terlekat didadanya. 28 juta rakyat  Malaysia bersorak seperti menang 1 juta setiap seorang. 235 juta rakyat Indonesia semakin laju menggaru kepala mereka. Malaysia mendahului 2-0.

Bercerita tentang goal ini, sekali lagi aku puji Mahali Jasuli. Terus terang aku katakan,sebenarnya inilah yang patut dilakukan oleh pertahanan belah kanan dan kiri,iaitu larian overlapping. Overlapping bertujuan untuk menambah kuota menyerang agar pertahanan pihak lawan kelam kabut mempertahankan kubu mereka. Sebagai contoh,4 lawan 8,siapa menang??Mesti la 8 kan??Nah, begitulah perumpamaannya tuan tuan dan puan puan.Larian overlapping Mahali Jasuli menambah kekeliruan defender Indonesia yang sibuk mengawal striker gaji 80k  dan Budak Motor sehingga terlupa bahawa Mahali  sedang berlari macam  kuda disebelah kanan. Ini kesilapan midfield Indonesia kerana mereka tidak turun membantu pertahanan dan peluang ini digunakan oleh Mahali Jasuli  untuk menghasilkan goal kedua Malaysia.  Raja Gopal berdiri dari tempat duduknya. Barangkali sudah berangan-angan pangkat Tan Sri pulak.
Setelah mendahului 2-0, Malaysia mula main macam setan sedikit. Melambat-lambatkan tempo perlawanan, injured sana sini, sepak sesuka hati,passing tak berapa nak terer, dan macam-macam lagi. Hal ini menjadikan aku mencarut dalam hati melihat mereka bermain seperti itu. Ya, aku faham Malaysia tengah selesa, tetapi perlawanan masih panjang dan apa-apa boleh berlaku. Dalam psikologi bola sepak, pasukan yang mendahului perlu menghabiskan sisa-sisa semangat lawannya agar lawan tidak berupaya melawan balik. Takut-takut nanti Indonesia dapat comeback macam Man Utd macam mana??Mengamok lagi penyokong kita. Selepas minit ke 35 barulah permainan mula stabil,berbalas-balas serangan, passing dah boleh terer, tak sepak sesuka hati, dan inilah perkara yang aku tunggu-tunggu dalam bola sepak Asia Tenggara,main guna otak. Pengadil omputeh meniup wisel penamat untuk separuh masa pertama. Malaysia mendahului Indonesia 2-0.

Ramai penyokong mula pergi beli goring pisang, cekedis, air minum dan macam-macam lagi.Yela,dah penat berteriak sakan kan??Mestilah pekena sedikit air. Yang kaki rokok,pegi hisap sebatang dua sementara menunggu separuh masa kedua dimulakan.

Separuh masa kedua dimulakan. Kelihatan Indonesia bersungguh-sungguh nak buat comeback macam Man Utd. 5 minit pertama kelihatan kedua dua pasukan agak agresif,tetapi selepas itu, main dah mula berterabur. Kecuali Mahali Jasuli dan Andik Vermansyah. 2 pemain ini mendapat pujian daripada aku selaku penulis cerita ini.(kah kah kah). Andik Vermansyah, ketinggian 163cm, bermain untuk Persebaya FC dalam Djarum Liga berbangsa Bugis(tapi tak taw Bugis apa,Pinrang kali), antara orang yang disebut-sebut akan menghancurkan benteng Malaysia. Aku tidak pernah melihat Andik Vermansyah bermain, tetapi ternyata dia duri dalam daging buat Malaysia. Ball control yang baik, larian-larian yang mengelirukan,passing tak berterabur, dan sekali sekala membuat percubaan dari luar kotak penalty Malaysia. Benar, pemain ini berbahaya. Sesekali kelihatan sampai 2 orang yang menjaga pemain ini, Zubir Azmi dan Fadhli Shas disebabkan kelincahannya.  Aku rasa, masa depan Andik Vermansyah cerah sekiranya pergi ke eropah. Jangan hairan brader, Messi juga bertubuh kecil,tapi terer nak mampus. Cazorla juga begitu, terer tak patut jugak. So tidak mustahil Andik Vermansyah boleh jadi ikon Asia Tenggara di mata eropah.

Selepas minit ke 50, perlawanan mula membosankan. Aku kembali mencarut dalam hati. Tidak kira Malaysia atau Indonesia. Mereka bermain play save. Tidak mahu menyerang. Aku pun hairan kenapa,terutamanya Indonesia. Serangan Indonesia mudah dipatahkan oleh Aidil dan Fadhli Shas yang mengemudi pertahanan dengan baik sekali ditambah  ketenangan Mahali Jasuli walaupun Zubir Azmi kekadang sedikit leka menjaga kawasannya. Irfan Bachim dan Samsul Arif seperti tidak punya idea untuk memecahkan benteng pertahanan Malaysia. Begitu juga Budak Motor dan Striker gaji 80k. Tidak ada idea. Bola banyak berlegar di tengah padang. Malaysia membuat pertukaran dengan mengeluarkan Striker gaji 80k dan memasukkan Amar Rohidan dengan tujuan bermain secara defensive. Ini taktikal yang bagus dari Raja Gopal. Malaysia tengah selesa, so tidak perlu kelam kabut cari goal lagi. Tapi tolonglah Malaysia, passing tu jangan lah berterabur macam orang tak reti sepak bola. Sharp la sikit. Baru orang tengok macam Brazil. Indonesia juga melakukan pertukaran dengan membawa masuk 2 orang pemain naturalisasi iaitu Rusell dan van Boaengkrim yang macam dinosaur tu. Badan van Boaengkrim tu kemain sasa,idaman setiap wanita, tapi main macam bangang. Lari berat bontot. Control bola tak reti. Harap badan jek sasa. Ceh. Indonesia mengubah formasi menjadi 4-3-3 dengan kemasukan 2 pemain naturalisasi itu tadi. Tetapi, apa yang aku perhatikan, permainan Indonesia tidak banyak berubah.  Andik Vermansyah sahaja yang masih menjadi ancaman bahaya pada kubu Malaysia, yang lain-lain tu macam pelengkap sahaja. Aku tidak faham kenapa. Adakah sebab Malaysia main terlalu bagus??Padahal aku tengok Malaysia asyik main clear bola jek sebab dah leading 2-0.

Perlawanan menjadi bosan sehinggalah striker harapan 28 juta ummat Malaysia dimasukkan,iaitu Fakri Saarani yang menggantikan Azamuddin Akil. Inilah yang ditunggu-tunggu oleh 28 juta rakyat Malaysia. Kemasukan Fakri ini memberikan aku semangat untuk menonton. Fakri idola rakyat Malaysia.  Ramai yang bersorak untuk Fakri. Setelah aku perati Fakri, aku tidak faham apa  yang dia buat di atas padang. Main bola atau jadi model jersey bola. Langsung tidak mendatangkan bahaya kepada Indonesia. Pemain Indonesia dengan steady mengawal pergerakannya. Ada sesuatu yang bermain dibenakku, apakah Raja Gopal tersalah pilih??Atau barangkali ini adalah Fakri Saarani yang palsu??Fakri langsung tidak ada fungsi. Sama seperti pemain naturalisasi Indonesia,tidak berfungsi. Perlawanan semakin bosan,penyokong Malaysia semakin bersorak kegirangan kerana sebentar lagi Malaysia akan layak secara automatic ke separuh akhir.

Game jadi bosan sehinggalah wisel penamat ditiupkan dan Malaysia layak ke separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012. Naturalisasi Indonesia yang digembar gemburkan langsung tidak berbahaya.Begitu juga Fakri Saarani.Terer lagi Mail. Aku bukan bencikan Fakri, tapi aku tak faham corak dia bermain. Langsung tidak mendatangkan bahaya kepada kubu Indonesia. Sehinggakan aku berfikir, apakah Raja Gopal memasukkan Fakri ini sebagai hiburan untuk penyokong??  Yang pasti adalah, tidak ada ayat-ayat maki hamun pasukan lawan kedengaran di SNBJ tadi dan itu adalah perkara yang aku puji. Permainan Malaysia ada improve sedikit berbanding perlawanan menentang Singapura.Cuma ada sedikit kelemahan terutamanya kepada Safiq Rahim yang asyik hantar long ball sahaja. Pujian patut diberikan pada 2 orang pemain, Andik Vermansyah dan Mahali Jasuli kerana  berjaya mempamerkan permainan kelas dunia pada aku dan pada pemerhati bola. Aku ne jarang puji orang, kalau aku puji,maka kau betul-betul bagus la tu. Aku tidak mengharap tinggi pada Malaysia, menang Cup atau tidak itu belakang cerita, yang penting adalah hapuskan sentiment perkauman dan main pakai otak. Itu adalah plan jangka panjang yang patut FAM terapkan kepada pemain kita. Sekian..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: