PALESTIN,PBB & PAMPASAN PEPERANGAN

 latuff_mahlzeitPada 29 November 2012, Palestin telah diterima di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai ‘Non Member Observer State’, melalui United Nations General Assembly Resolution67/19.  Sebanyak 138 menyokong, 9 menentang dan 41 berkecuali.  Banyak pihak yang menyambut berita ini dengan penuh kegembiraan, atas alasan, akhinya Palestin sebagai sebuah ‘entiti politik’ diterima oleh PBB selaku regim antarabangsa yang bertanggungjawab menyelaras hubungan antarabangsa kontemporari.

Walaubagaimanapun, berita ini tidak harus dipandang daripada aspek ‘penerimaan regim antarabangsa’ bahawa Palestin merupakan sebuah ‘entiti politik’, bahkan kita harus memperhalusi keputusan ini dengan lebih terperinci.  PBB mungkin ‘mengakui’ kewujudan Palestin, namun belum tentu mahu ‘menerima & mengiktirafnya’ sebagai sebuah Negara yang berdaulat dalam erti kata mempunyai 4 elemen utama iaitu: Rakyat (People), Kawasan (Territory), Kerajaan (Government) dan Kedaulatan (Sovereignty).  Berdasarkan pemerhatian penulis, PBB hanya mengakui Palestin dalam erti kata 3 elemen sahaja iaitu Rakyat, Kerajaan dan Kawasan.  Mereka tidak pernah mengakui elemen keempat yang perlu ada pada Palestin iaitu Kedaulatan.  Berdasarkan hal ini, Palestin diberikan status ‘Non Member Observer State’ yang membolehkan mereka mengambil bahagian dalam perbahasan, menandatangani resolusi namun tanpa mempunyai hak untuk mengundi.  Hal ini samalah seperti anda diberikan hak untuk mengakui sesuatu dokumen (sama ada memberikan manfaat atau kerosakan kepada anda) tanpa mempunyai hak untuk membantah-menolak kandungannya.  Pada hemat penulis,hal ini terjadi kerana PBB hanya mengakui Palestin sebagai sebuah ‘entiti politik’ tanpa ada kedaulatan yang sepatutnya dipunyai oleh sesebuah negara.

Namun, perkara pokok yang ingin penulis bahaskan disini bukanlah mengenai kewajaran Palestin diterima sebagai ‘observer’, namun lebih kepada membawa penulis melihat bahawa pengiktirafan ini sekadar untuk menguatkan hegemoni Negara imperialis-kapitalis seperti USA & Israel keatas penduduk Palestin melalui ‘pembantu mereka yang setia’ iaitu FATAH.  Perlu kita sedari, penerimaan Palestin di PBB hanyalah salah satu pelan strategik USA & Israel untuk membantu menaikkan kembali ‘keyakinan’ rakyat Palestin terhadap FATAH dan seterusnya menunjukkan kepada mereka bahawa pilihan dan sokongan mereka terhadap HAMAS adalah silap.

Continue reading

Advertisements

MALAYSIA VS INDONESIA: ANALISIS PENUH PERLAWANAN

oleh Thierry Helmy

Sebentar tadi berlangsung perlawanan yang paling ditunggu-tunggu oleh 2 negara bekas jajahan eropah, Malaysia menentang Indonesia.Konfederasi Bola Sepak Asia seolah-olah sengaja mempertemukan 2 pasukan ini..Barangkali ini adalah agenda Freemason untuk melihat 2 negara ini bertelagah antara 1 sama lain. Tidak kedengaran teriakkan “Indonesia itu Anjing”, mahupun “Malingsia”, yang ada cumalah teriakan kedua dua penyokong member sokongan padu untuk pasukan masing-masing. Buat pertama kali aku memuji sikap penyokong kedua-dua pasukan baik Malaysia mahupun Indonesia.

Ok,intro review game aku kali ini macam celaka. Tak menarik langsung.Harap yang membaca jangan jadi bosan sebab aku cuma mengulas berdasarkan fakta,dan pengalaman aku dalam melihat perlawanan dan sebagai pemain,bukan macam Hasbullah Awang yang tak reti main bola tapi cuba ulas pasal bola,sampai nama orang pun main sedap mulut jek..Kadang aku terfikir,perlunya kursus pengulasan sukan bola sepak di setiap university agar bila mereka mengulas,tak la berterabur macam abang Hasbullah..(maaf bang,ini kenyataan.Aku selalu perati jek abang ne mengulas) Continue reading