Konon Hooligan,Konon Terer dan Power..

oleh Thierry Helmy

28 juta rakyat Malaysia menjadi saksi kepada kekalahan Malaysia kepada jiran seberang tambak,Singapura dengan jaringan 3-0..10 juta rakyat terkejut akan kekalahan tersebut,10 juta lagi buat tak tahu,4 juta kecewa,manakala 4 juta lagi sibuk berpegangan tangan sambil makan cekedis bersama makwe/pakwe masing-masing. Barangkali yang 4 juta yang sibuk dengan ‘in relationship’ tu akan berkata,”apa barang tengok AFF,kami tengok UCL je bro”..Paling tidak pun,”Eh,maaf bro..saya tidak minat bola,saya minat kriket”..10 juta yang kononnya terkejut tu tidak dapat menerima kekalahan Malaysia dan mula melakukan provokasi kepada pihak lawan..4 juta yang kecewa tu sebenarnya telah lama kecewa dengan bola negara. Dan mungkin dalam hati mereka,”Pergi mampus lah bola Malaysia,baik aku tengok Nicol main skuasy”. Ya,inilah rencah bola sepak negara..Tolong jangan buat-buat tidak percaya..

Kekalahan Malaysia bukan perkara baru dan menghairankan. Kekalahan Malaysia juga bukan la kejutan sebenarnya. Kekalahan itu perkara biasa buat masa sekarang. Jangan meletakkan harapan tinggi pada bola sepak negara. Nescaya kalian akan kecewa.

Berkaitan dengan game semalam, aku sebenarnya tidak faham apa sebenarnya yang diterapkan oleh Raja Gopal. 4-4-2??Diamond Shape??Attacking??Balancing??atau apa??Apa sebenarnya rencana Raja Gopal untuk menghancurkan benteng Singapura??Apa??Apa??Apa??Dari semalam aku fikir apa sebenarnya rancangan Raja Gopal..Barangkali inilah yang digembar-gemburkan oleh media yang mengatakan Raja Gopal sedang menjalankan ‘eksperimen’.Oklah,kita review dari awal. Raja Gopal menyenaraikan Apek,Fadli Shas,Azmi Muslim,Aidil,Bunyamin,Sapiq selaku ketua pasukan,S.Kunalan,Amar Rohidan,Kyrill,striker gaji 80k dan Safee Sali. Barisan ini kelihatan sangat padu untuk menggempur barisan Singapura. Malah,kemungkinan besar Paris St Germain juga turut gentar melihat kesebelasan Raja Gopal ini. Perlawanan dimulakan dengan keriuhan penyokong Malaysia yang menggelarkan diri mereka Ultras Malaya. Tidak kurang juga di rumah, barangkali ada yang siap-siap pakai baju Malaysia,mafla Malaysia, apa-apa sahaja. Cuma di 403 sahaja tidak. Bendera Malaysia jadi langsir pada pintu.(kah kah kah) ..

10 minit perlawanan bermula, aku tengok dengan mata mengantuk sebab game terlalu lembab,tidak kira Malaysia atau Singapura. Kedua-duanya play save. Barangkali perlawanan ‘rival’ ini jadi lembab disebabkan kondisi padang semacam ladang lembu. Tentang kondisi padang,kita cerita kemudian. Kita cerita tentang game dahulu. 30 minit perlawanan, aku tengok Safiq seolah-olah nak membunuh Kunalan. Asyik hantar bola jauh sahaja. Ntah mana kreativiti ketua pasukan kita ini. Kunalan pula serupa Ryan Giggs umur 20 tahun, dapat bola saja, semua orang dia nak gelecek. Kalau ada 300 orang,maka 300 lah akan digeleceknya. Disini aku berfikir, apakah Safiq ini buta??Pemain pertahanan Singapura,ketinggian mereka 180cm keatas manakala Kunalan,Safee dan Striker Gaji 80k cuma 170cm sahaja. Bagaimana agaknya mereka boleh mendapatkan bola??Asal dapat bola,hantar ke corner flag,kemudian mengharapkan kawan kejar,bila tak dapat,kawan penat. Apa taktikal Raja Gopal sebenarnya??Singapura pula dengan tenang mengawal keadaan dan sekali sekala juga mengawal permainan. Tho,ini lah perbezaan antara Malaysia dan Singapura. Singapura tidak gopoh untuk menyerang. Mereka menumpukan penguasaan bola terlebih dahulu sebelum melancarkan serangan. Qiu Li, pemain naturalisasi dari China bertindak power dalam merancang setiap gerakan Singapura. Hasil 1 hantaran 30 meter dari Fahrudin,betul betul tepat sampai ke kaki Sharil Isyak, dan 1 kawalan yang baik dari Sharil dan BOOMM..Goal pertama untuk Singapura…Rakyat Singapura di Woodland bersorak kegirangan..Rakyat kita pula sibuk booo booo pasukan Singapura..

Nah, pertanyaanku disini, pertahanan kita buat apa??? Back 4 straight line,perkara yang paling ditegah oleh  Arigoo Sacchi dalm teori pertahanan. Fadli Shas,Aidil,Bunyamin,Azmi,keempat-empat pertahanan ini berdiri selari dan hal ini memudahkan Sharil Isyak melakukan penetration dan cuma 1 sentuhan sahaja,bola menemui jaring.  Selain daripada kesilapan pertahanan, ianya juga kesilapan Apek juga. Gape antara Apek dan pertahanan terlalu jauh. Lebih kuran 10 meter rasanya dan ianya menyukarkan untuk dia mengecilkan ruang untuk Sharil Isyak. Pujian perlu diberikan kepada Sharil Isyak kerana bijak memperdayakan Apek. Aku tidak faham siapa yang mengajar mereka Back 4 straight line..Sebagai pertahanan, mereka seharusnya tahu ini adalah perkara yang paling berbahaya… Malaysia kononnya mahu memperkemaskan permainan mereka tapi aku perhatikan semakin tak kemas,passing berterabur,ball control ke laut,kombinasi macam celaka,yang mereka tahu,dapat bola,hantar ke striker gaji 80k mahupun Safee Sali. Dalam senyap-senyap,Singapura mula menguasai perlawanan dan memperolehi sepakkan percuma di penjuru kanan Apek. Terus terang aku katakan, sepakan itu tidak berbahaya. Sedikit pun tidak berbahaya. Barangkali ramai yang menyalahkan Apek dalam perkara ini. Ya, betul..Apek perlu dipersalahkan,tapi tidak bermakna orang yang ada disitu tidak patut dipersalahkan??tidak,semua pemain yang berbaju biru harus dipersalahkan. Kenapa??sebab mereka tidak memberitahu kepada Apek yang bola itu tidak berbahaya langsung. Bagaimana cara nak bagitahu??okay,bak sini aku ekspelen.. Peter Shimeicel,Oliver Kahn,Lehmann setiap bola datang seperti itu, mereka akan memekik,”away”,atau ‘clear’..Aku yakin Apek ada cakap macam tu.. Dan pertahanan perlu juga memekik samada ‘My Ball’,atau kalau keadaan tidak berbahaya,dorang akan sebut ‘your ball’ agar penjaga gawang tahu keadaan itu tidak berbahaya. Tetapi,apa yang berlaku, pertahanan cuma melihat bertapanya machonya Apek menumbuk bola dan tumbukannya kebelakang,cuba diselamatkan oleh Bunyamin tetapi dimatikan oleh Sharil Isyak sekali lagi. Sekali lagi orang Singapura berdekah dan orang kita kian rasuk memaki Singapura anjing, Bookie, babi, dan macam-macam jenis carutan. Singapura dengan rilek dan steady masuk ke bilik persalinan dengan bekal yang selesa.

Terus terang aku katakan, aku start meluat dengan bola sepak negara sejak adanya Ultras Malaya. 1 kumpulan yang ditubuhkan kononnya untuk menyokong pasukan bola sepak negara ini. Kelihatannya 1 tindakan murni dan mungkin pahalanya beratus kali ganda,dan kalau mati boleh dikira syahid sebab berjuang untuk negara. Tetapi malangnya, kumpulan ini kelihatan bukan menyokong bola sepak, tapi menyokong sentimen. Singapura itu Anjing, Singapura Bookie, Singapura Itu dan Ini, bla bla bla..Di manakah letaknya otak mereka ini tuan tuan dan puan puan???Apakah mereka ini tidak tahu Singapura ini salah sebuah negara maju???Begini kah cara penyokong kita menyokong Harimau Malaya??Ultras boleh pergi mati..

Separuh masa kedua bermula. Aku dengan rilek makan cekedis dan minum air coke. Kawan aku cakap aku support Yahudi. Pergi mampus Yahudi. Malaysia melakukan beberapa rombakan, memasukkan Wan Zack Haikal, Alex, dan Mahali Jasuli dengan harapan nak buat comeback macam Manchester United. Aku lihat ada perubahan sedikit. Permainan Malaysia ada kemas sedikit dari sebelumnya. Pujian patut diberikan pada Mahali Jasuli kerana berjaya mengekang Syaril Ishak. Buat seketika, kubu Malaysia sukar dibolosi. Cumanya, bahagian attacking kelihatan macam celaka. Safiq seperti biasa menguji tendangan semacam Pirlo, Kunalan juga ingin jadi Cristiano Ronaldo India, Striker Gaji 80k ingin jadi seperti Rademel Falcao Garcia, manakala Safee Sali pula nak jadi macam Fernando Torres yang overrated. Aku hairan, Malaysia sedang ketinggalan 2-0, tetapi bermain rilek seolah-olah leading 28-4. Bola banyak berlegar di kawasan sendiri. Cuba bermain seperti Barcelona iaitu mengekalkan penguasaan bola, tetapi, bukan di kawasan lawan,tapi di kawasan sendiri. Perkara ini menjadi masalah kepada Malaysia. Singapura yang mendahului 2-0 dengan steady bertahan dan cuma memerhatikan Malaysia main kucing-kucing dikawasan sendiri. Terkadang kamera memfokuskan ke muka Qiu Li, mimik mukanya kehairanan melihat Malaysia main seolah-olah tak reti untuk menyerang. Permainan sebegitu berlarutan sehingga minit ke 70 dan ramai penyokong Malaysia berteriak sekuat-kuat hati mengutuk pemain Singapura.Penjaring gol Singapura, Sharil Isyak dikeluarkan dan Aleksandre Duric dimasukkan untuk mengambil alih tugas  Sharil Isyak. 2 minit sahaja diperlukan oleh Duric untuk meledak goal ketiga Singapura dengan melakukan tandukan dan menewaskan Apek. Disini aku ingin bertanya kepada Mahali Jasuli yang sebentar tadi aku puji, “wahai mahali,kenapakah saudara membiarkan pemain itu melakukan crosses??Tidakkah saudara merasakan bahawa crosses adalah senjata paling berbahaya dalam bola sepak?? 1 soalan lagi aku ingin tujukan pada Bunyamin,”Saudara Bunyamin,kenapakah saudara tidak push up dan membiarkan Duric dalam keadaan off side??Goal ketiga dihasilkan melalui tandukan mudah Duric pada minit ke 74..Malaysia ketinggalan 3-0..

Berbaki 15 minit, Singapura dengan steady mengawal tempoh perlawanan dan sekali sekala melancarkan serangan. Malaysia dengan harapan ingin menjadi Manchester United Asia Tenggara bertungkus lumus menyerang bertubi-tubi tetapi dengan tenang dipatahkan oleh pertahanan Singapura. Laungan Singapura itu Anjing semakin menjadi-jadi. Semakin hangat. 1 percubaan yang dilakukan oleh Striker Gaji 80k terkena tiang dan itulah salah 1 cubaan terbaik Malaysia selain cubaan Aidil yang tepat ke dakapan penjaga gol Singapura. Kelihatan Raja Gopal menggeleng-geleng kepala di luar. Barangkali risau akan pangkat Datuknya ditarik balik. Tiupan wisel penamat dibunyikan. Malaysia kalah kepada Singapura dengan jaringan 3-0. Ramai mulut-mulut menyalahkan Raja Gopal. Ultras terus memaki hamun Singapura. Singapura tenang dan steady keluar padang dengan kemenangan pertama.

Dari pemerhatian aku, kelemahan Malaysia adalah sistem. Sistem yang menjadikan mereka main macam celaka. Pertama, sistem pentadbiran FAM.Dimana sistem yang dikendalikan oleh Sultan Bola yang ntah dari celah mana dia tahu pasal bola. Kedua, sikap pemain kita yang ‘bajet superstar’ dimana dibayar gaji yang kemain mahal sampai boleh beli kereta kancil secara cash. Tapi control bola macam celaka. Ketiga adalah sikap penyokong kita yang kononnya ‘Hooligan’ tetapi perangai serupa setan. Memaki hamun pasukan lawan sedangkan pasukan lawan bermain lebih baik daripada pasukan sendiri. Semua ini perlu diubah kalau ingin Malaysia maju dan konsisten dalam bola sepak. Swastakan bola sepak Malaysia,orang berkepentingan tidak diperlukan dalam organisasi bola sepak. Yang berkepentingan boleh pergi mampus. Pemain bola kita pula tolong jangan ‘bajet superstar’ sangat walhal main macam celaka. Bagi ground ball,control kat dada juga. Passing macam sepak sesuka hati. Tak pakai otak. Harapkan title sahaja,”Saya main Malaysia”..Bullshit..Yang menyokong pula,kenalah akur dengan kekuatan pasukan lawan. Kalau pasukan tu kuat, kau nak buat apa??Akur sahaja. Takkan kau nak pegi Sepanyol buat voodoo pulak??Kalau nak sokong,sokong pakai otak,biar orang tahu yang bola sepak kita ini ada masa depan walaupun tak terer macam Brazil..

3 Responses

  1. penulisan penuh emosi yang berfokuskan pengumpatan tidak sesuai rasanya di sini. lebih wajar dijadikan santapan di kedai mamak ketika siaran.

  2. kan??tapi penulis mengkritik kebangangan bola sepak kita..apa saudara tidak rasa bola sepak kita sedang bangang ke??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: