Penulisan dan kepekaan kita

Sudah lama saya tidak menulis. Tidak tahu kenapa, amat susah sekali untuk saya mencari idea sekarang. Ada perasaan seperti semua perkara telah ditulis, tidak ada idea baru sekarang, jadi kenapa hendak menulis?

Mungkin saya tersilap. Mungkin saya tidak membaca dengan cukup lagi. Atau mungkin, mungkin, sudah lama saya berhenti berfikir. Pernahkah saya berfikir? Saya merasakan bahawa saya banyak mengikut sahaja sebelum ini.

Petang tadi saya mendapat berita yang bumbung di sepanjang jalan untuk orang lalu berjalan runtuh di UKM. Bukan sahaja bumbung rosak, tetapi juga beberapa buah kereta yang terletak di sana kerana dekat dan dihempap bumbung yang jatuh. Mujur tiada orang yang berada di bawah atau mengalami kecederaan teruk akibat kejadian tersebut.

Agak-agak benarnya kata Habermas, bahawa projek moderniti belum lagi selesai. Dan barangkali benar juga kata Syed Hussein Alatas bahawa untuk masyarakat betul-betul maju perlu adanya cultural revolution. Susah dipercayai yang di Malaysia, di mana terletaknya Petronas Twin Towers, perkara sebegini boleh berlaku: di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, iaitu sebuah universiti penyelidikan!

Kita tertanya-tanya, sekiranya bentuk-bentuk binaan asas pun tidak boleh kekal dan bertahan akibat kejadian semulajadi seperti hujan lebat, bagaimana universiti ini boleh mengambil tanggungjawab untuk mengkaji dan menjalankan pengajaran dan pembelajaran tentang pemahaman masyarakat Malaysia yang rumit? Apa yang akan berlaku kepada para anak muda yang memasuki universiti untuk mendapatkan pendidikan sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah? Apa akan terjadi kepada atau sedang berlaku dalam Fakulti Sains dan Teknologi, dan Fakulti Sains Sosial ? Atau institut kajian nuklear dan lain high-level technology research? Secara mental dan fizikal. Mampukah kita meneruskan dan mencapai matlamat yang perlu dicapai sebuah universiti?

Namun yang paling parah sekali bukan sebab keruntuhan bumbung yang berlaku, tetapi sikap dan kebolehterimaan kita terhadap kejadian-kejadian seperti ini. Seolah-olah perkara seperti ini sudah biasa berlaku, harus berlaku dan akan terus berlaku.

Saya agak yakin, tidak akan ada apa-apa tindakan yang akan diambil selepas kejadian berkenaan – sepertimana yang kerap berlaku untuk perkara-perkara lain dan di tempat-tempat lain yang telah berlaku sebelum ini, dan akan berlaku selepas ini.

Jangan harap bahawa siapa-siapa atau pihak jabatan yang bertanggungjawab akan dipecat ataupun dengan sendiri letak jawatan. Ataupun diturunkan pangkat. Hanya diabaikan. Ini harga pasaran nyawa masyarakat Malaysia pada hari ini.

Mungkin juga kerana perkara atau fenomena sebegini – ignorance and numbness – yang menyebabkan saya sukar untuk menulis tentang apa-apa sahaja. Kerana sudah terlalu biasa berlaku, dan kemudiannya diterima oleh masyarakat umum.

Dan benar juga kata Lee Kuan Yew – repression is like sex, its always difficult the first time, but much easier the second time.

Kita sudah terlalu biasa dirogol tiap-tiap hari sehingga mempercayai dan menerima bahawa ia sememangnya patut berlaku dan kita mesti menikmatinya. 

2 Responses

  1. Di uni aku lagi selamba. Iklan panggung wayang merata-rata tempat. Tu belum masuk McD lagi tuh.Yang peliknya, sorang pun tak sensitif termasuklah the-so-called professor-professor yang melambak-lambak kat sana.

  2. mungkin penulis tidak biasa dgn murphy’s law yg menyatakan bahawa jika sesuatu perkara buruk boleh berlaku, ia akan berlaku, walaupun semua langkah pencegahan telah diambil, ia tetap boleh berlaku.

    kelemahan struktur binaan akibat peredaran cuaca tidak haruslah dijadikan ukuran kepada kekuatan kuasa pendidik di universiti.

    penaakulan gaya ini tidak sesuai kerana bukannya pendidik tersebut yang membina dan memantau kestabilan struktur binaan. tidak, mereka hanya mengajar di situ, dan bukan membinanya. secara analogi, wajarkah kita mempertikaikan pemandu jika tayar keretanya bocor akibat kelemahan bahan yg digunakan, sedangkan bukan dia yg merekabentuk tayar tersebut?

    memecat orang yg terlibat dalam pembinaan struktur tidak akan menyelesaikan apa2 masalah kerana kelemahan binaan tetap akan berlaku. perlu wujud satu kaedah yang lebih efektif untuk menguji kestabilan binaan berbanding peredaran masa supaya langkah penguatan boleh dilakukan sebelum ia hancur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: