Konon Hooligan,Konon Terer dan Power..

oleh Thierry Helmy

28 juta rakyat Malaysia menjadi saksi kepada kekalahan Malaysia kepada jiran seberang tambak,Singapura dengan jaringan 3-0..10 juta rakyat terkejut akan kekalahan tersebut,10 juta lagi buat tak tahu,4 juta kecewa,manakala 4 juta lagi sibuk berpegangan tangan sambil makan cekedis bersama makwe/pakwe masing-masing. Barangkali yang 4 juta yang sibuk dengan ‘in relationship’ tu akan berkata,”apa barang tengok AFF,kami tengok UCL je bro”..Paling tidak pun,”Eh,maaf bro..saya tidak minat bola,saya minat kriket”..10 juta yang kononnya terkejut tu tidak dapat menerima kekalahan Malaysia dan mula melakukan provokasi kepada pihak lawan..4 juta yang kecewa tu sebenarnya telah lama kecewa dengan bola negara. Dan mungkin dalam hati mereka,”Pergi mampus lah bola Malaysia,baik aku tengok Nicol main skuasy”. Ya,inilah rencah bola sepak negara..Tolong jangan buat-buat tidak percaya.. Continue reading

Advertisements

Penulisan dan kepekaan kita

Sudah lama saya tidak menulis. Tidak tahu kenapa, amat susah sekali untuk saya mencari idea sekarang. Ada perasaan seperti semua perkara telah ditulis, tidak ada idea baru sekarang, jadi kenapa hendak menulis?

Mungkin saya tersilap. Mungkin saya tidak membaca dengan cukup lagi. Atau mungkin, mungkin, sudah lama saya berhenti berfikir. Pernahkah saya berfikir? Saya merasakan bahawa saya banyak mengikut sahaja sebelum ini.

Petang tadi saya mendapat berita yang bumbung di sepanjang jalan untuk orang lalu berjalan runtuh di UKM. Bukan sahaja bumbung rosak, tetapi juga beberapa buah kereta yang terletak di sana kerana dekat dan dihempap bumbung yang jatuh. Mujur tiada orang yang berada di bawah atau mengalami kecederaan teruk akibat kejadian tersebut. Continue reading