Tentang Catitan dan Cinta

Oleh: Arjuna Dharmawijaya

Atas nama tuhan – pada setiap bermulanya kejadian.

Cinta itu pengharapan.  Barangkali, itulah hal yang menyorot kita untuk menjadi semakin berubah.  Aku percaya, kemanusiaan tidak akan hilang dengan cinta. Cinta mengajak kita menerokai ruang-ruang yang paling intim dalam proses yang semakin menjadi – memanusiakan manusia dan pada hal yang lain, memberi kata hayat tentang hubungan waktu dengan alam. 

Cinta, pada satu sudut yang lain – mengajar manusia untuk memaknai segenap persoalan alami. Misalnya, memberi keyakinan bahawa erti hidup ini menjadi erti.  Itupun, kalau kita sedar bahawa hidup adalah untuk mencari jawapan yang serba ketidakpastian. Jadi, pada cinta – kita sandarkan segodam pengetahuan yang memaknai hidup ini supaya dengan harapan, kita masih punya inkuiri untuk berubah.  Lagikan pula, kita sering merasakan bahawa cinta adalah hal yang perlu dikerjakan. Mungkin, pada ranah kemanusiaan – cinta adalah suatu hakikat yang memisahkan manusia pada kata yang lain. Namun, aku percaya bahawa cinta bukan sekadar kata-kata indah, kerana lebih daripada itu, ia berkunjung dari noktah kepada noktah yang lain. Jadi,  tafsiran pada ‘cinta’ itu sendiri bertingkah pada ruang dan waktu. Lantas, merencanakan kemahuan manusia untuk sedia berubah. Dan, itu adalah suatu kepastian yang jelas. Continue reading