SOROTAN BUKU ‘MY APPETITE FOR DESTRUCTION’: KISAH GELAP DISEBALIK ERA KEGEMILANGAN GUNS N ROSES

Autobiografi Steven Adler

Setiap kumpulan-ahli muzik menyimpan kisah tersembunyi, sama ada dibiarkan terpendam menjadi lipatan sejarah masing-masing atau didedahkan untuk tatapan umum melalui ‘primer sources’ (autobiografi) atau secondary sources (biografi yang ditulis penulis lain).  Terdapat banyak kumpulan muzik yang menerbitkan biografi masing-masing setelah melepasi fasa kemuncak karier (career limelight), sebagai satu bingkisan sejarah jatuh bangun sesebuah kumpulan muzik.  Tidak kurang juga yang menghasilkan filem mengenai kehidupan mereka suatu masa yang lalu.

Penulis mempunyai koleksi biografi kumpulan muzik yang agak luas.  Memang menjadi minat (walaupun tidak sehingga tahap hobi) penulis untuk mengumpulkan bahan bacaan mengenai muzik dan biografi band khususnya daripada genre Heavy Metal, Rock dan Punk.  Perlu diambil kira bahawa, biografi merupakan dokumen sejarah menceritakan proses jatuh bangun sesebuah kumpulan muzik.  Daripada koleksi biografi Pink Floyd, Jimi Hendrix, Judas Priest, The Beatles, Bob Dylan, John Lennon, The Motley Crue, Led Zeppelin, The Sex Pistols dan lain-lain, namun hanya sebuah kumpulan muzik sahaja yang menarik minat penulis untuk meneruskan pembacaan sehingga akhir iaitu Guns N Roses.

Biografi yang ditulis penulis lain..Namun agak bagus!

Biografi Guns N Roses (GNR) yang bertajuk ‘Watch You Bleed:The Saga of Guns N Roses’ terbitan Penguin Books (Stephen Davis:2008) merupakan trilogy biografi mengenai Guns N Roses yang pertama sekali dibaca oleh penulis selain disusuli oleh autobiografi oleh Slash (2007) dan Steven Adler (2010).  Namun penulis paling tertarik untuk mengulas sedikit mengenai autobiografi yang ditulis oleh pemain drum pertama GNR.  Terdapat dua alasan utama mengapa penulis begitu tertarik dengan autobiografi ini:

1)      Steven Adler merupakan ahli pertama yang dipecat dari GNR di saat kumpulan ini sedang mengecapi tahap kemuncak dalam karier.

2)      Corak permainan drum Adler sememangnya tidak dapat dinafikan membentuk ‘sound’ asal GNR yang pantas (fast tempo) dan kasar (raw-punkish).

Steven ‘Popcorn’ Adler

Berikut merupakan bingkisan mengenai apa yang terkandung dalam buku tersebut serta kemudiannya disusuli oleh sedikit ringkasan mengenai punca yang membawa kepada perpecahan GNR sebagai sebuah kumpulan muzik Rock yang pernah mengungguli arena muzik antarabangsa suatu masa dahulu (berdasarkan ‘cross check’ fakta yang dikemukakan dalam autobiografi Steven Adler (2010), Slash (2007) dan biografi Gun N’ Roses tulisan Stephen Davis (2008).

MY APPETITE FOR DESTRUCTION: SEX & DRUGS & GUNS N’ ROSES

Buku ini merupakan tulisan pertama (mungkin yang terakhir) hasil karya bekas pemain drum (drummer) line up klasik Guns N’ Roses iaitu Steven Adler.  Line up klasik yang dimaksudkan oleh penulis disini ialah, barisan ahli muzik yang terlibat dalam pembikinan album ‘Live?!*@Like a Suicide (1986) dan Appetite for Destruction’ (1987).  Dua buah album yang boleh dikatakan sebagai karya klasik oleh kumpulan muzik ini.

Buku terbitan HarperCollins Publisher diterbitkan pada tahun 2010 (dengan bantuan Lawrence J Spagnola).  Berdasarkan rekod, kesemua bekas ahli kumpulan muzik GNR (Original line up) iaitu Slash, Adler dan Duff telah menulis kisah dan pengalaman mereka sepanjang berada dalam zaman kebangkitan, kegemilangan dan keruntuhan GNR.  Namun, ia seakan tidak lengkap jika tiada sebarang tulisan bingkisan pengalaman daripada perspektif Axl Rose (kerana beliau dikatakan masih berusaha menulis autobiografinya,namun mungkin lambat terbit seperti album GNR terakhir Chinese Democracy).

Buku ini mengandungi 23 bab (bentuk tulisan seperti menggunakan teknik ‘verbatim’ iaitu seolah-olah perbualan Steven Adler berkisar suka duka kehidupannya yang direkodkan dan disalin semula). Hal ini kerana ia banyak mengandungi ‘colloquial language’ dan ketika membacanya, seolah-olah Steven Adler sedang bercakap dihadapan pembaca.  Kisah dimulakan dengan cerita berkisar tentang kenakalannya di zaman kanak-kanak (sesuai dengan tajuk bab pertama iaitu ‘Trouble from the Start’).  Adler (lahir sebagai Michael Coletti dan kemudiannya ditukar kepada Steven Adler mengikut nama keluarga bapa tirinya) mengisahkan tentang kenakalannya ketika zaman kanak-kanak berikutan sikap manja yang berlebihan yang disebabkan perhatian keterlaluan oleh ibunya, Deanna Adler serta kedua datuk dan neneknya.

Sifat manja yang berlebihan dan ditambah dengan keluarga yang berantakan (broken family) menjadikan beliau seorang yang nakal dan mengada-ngada (spoil brat).  Diantara kisah awal yang diceritakan ialah bagaimana beliau pertama kali mencuba dadah jenis ganja (weed etc), arak pertama yang diminum dan perempuan pertama yang melakukan hubungan seks dengan beliau (Adler masih ingat namanya, hahaha!).  Kesemua perlakuan ini dilakukan ketika beliau masih lagi diperingkat kanak-kanak dan remaja (13-18 tahun).  Daripada persekitaran Hollywood yang begitu mencabar, peringkat awal merebaknya wabak AIDS dan pembentukan awal kumpulan muzik yang seangkatan dengan mereka seperti Motley Crue dan Poison diceritakan dengan terperinci.

Penulis begitu tertarik apabila Adler menceritakan peristiwa bagaimana beliau telah mencampakkan pemain bass Motely Crue iaitu Nikki Sixx ke dalam tab mandi dan memukul muka beliau berkali-kali bagi menyedarkannya yang telah ‘overdose’ berikutan pengambilan berlebihan dos heroin (peristiwa ini telah diabadikan dalam lagu klasik Motley Crue iaitu ‘Kickstart My Hearth’!) dan kemudiannya lari dari hospital keesokan harinya.  Selain itu, beliau juga menceritakan secara terperinci pembentukan awal lagu-lagu klasik GNR seperti ‘My Michelle, Sweet Child O’ Mine, Mr Brownstone, Paradise City dan sebagainya (kebanyakannya diilhamkan daripada sensasi mereka dengan dadah, arak dan seks bebas).

Selain itu, Adler juga turut bagaimana sikap dan perangai setiap ahli GNR seperti Izzy Stradlin (‘the beating heart of GNR!) yang suka menyendiri serta introvert, Slash yang periang, Duff si kaki arak sehinggalah kepada psychopathic Axl Rose!.  Seperti tipikal kumpulan Rock barat, kebanyakan bab dalam buku ini dipenuhi dengan kisah menghisap dadah, seks rambang, masalah dengan pihak berkuasa (rusuhan di Donington dan St Louis).  Namun, saat-saat yang ditunggu-tunggu dalam buku ini ialah kejadian bagaimana beliau ‘ditendang keluar’ dari GNR berikutan masalah dadah yang dihadapi (mengikut autobiografi Slash, disebabkan oleh khayal, Adler terpaksa memainkan ‘drum part’ lagu ‘civil war’ sehingga 20 kali dan diedit oleh produser!).

Berikutan masalah dadah yang semakin meruncing, Adler bukan sahaja dipecat dari GNR, malah digugurkan daripada sebarang perkongsian kredit lagu dan royalty (namun setelah bertahun-tahun berhadapan proseding di mahkamah, beliau akhirnya diberikan 15% royalty untuk setiap lagu yang dihasilkan secara kolektif oleh GNR sehingga penghasilan album Appetite for Destruction berserta USD 2 juta!).  Impaknya, bermulalah zaman kejatuhan beliau yang bukan sahaja berhadapan dengan masalah dadah, tiada pekerjaan bahkan tidak mempunyai duit!  Kehidupan malang ini berterusan sehingga beliau ditinggalkan oleh kekasihnya dan pernah pula dihalau keluar dari kedai makan kerana tidak mempunyai satu sen pun di dalam poketnya!

Di dalam autobiografi ini, imej Slash seringkali timbul boleh dikatakan dalam setiap bab.  Hal ini bukanlah sesuatu yang pelik, kerana Slash merupakan rakan baik beliau sejak daripada usia kanak-kanak.  Salah satu hal yang menarik yang ditulis dalam autobiografi ini ialah mengenai pembentukan awal GNR (ketika era Tracii Guns), bahkan mengenai imej mereka yang sangat dikenali diseluruh industry muzik sebagai ‘the Most Notorious and Dangerous Band on the Earth’!  Hal ini berpunca daripada sikap mereka yang tidak berhenti berparti dan memecahkan setiap barang di setiap hotel yang mereka bermalam (dalam satu kejadian, Axl Roses pernah menghumban piano yang bernilai USD 60,000 keluar tingkap).

PERPECAHAN DAN DETIK KEJATUHAN GUNS N’ ROSES

Line up Klasik Guns N’ Roses

Selepas kejayaan ‘Appetite for Destruction’, seharusnya GNR mampu bergerak lebih kehadapan kerana populariti mereka yang memuncak (setiap konsert diseluruh dunia ketika tour mereka ‘sold out’).  Namun, masalah bermula apabila Axl Rose mula menimbulkan pelbagai karenah.  Sebelum itu, ketika GNR masih lagi beraksi dalam ‘circuit club’, beliau sudah mula menunjukkan perangai besar kepalanya.  Di antaranya ialah ketika mereka beraksi di Hotel Ritz pada tahun 1988.  Axl Rose menolak untuk tampil di atas pentas, hanya kerana beliau tidak menjumpai ‘bandana unggu’ untuk diikatkan di kepala (selepas 30 minit barulah mereka beraksi di atas pentas).

Selain itu, ketika awal perundingan di antara GNR dengan esekutif Geffen Record (pra rakaman Appetite for Destruction), sikap tamak Axl jelas terbukti bilamana beliau mengugut untuk meninggalkan GNR jika beliau tidak mendapat peratusan ‘share’ yang lebih besar berbanding ahli lain seperti Izzy Stradlin, Duff McKagan,Slash dan Steven Adler. Akhirnya, Adler terpaksa memberikan 5% daripada bahagiannya (untuk royalti) kepada Axl (hal ini menjadikan 20% untuk setiap ahli lain dan 15% untuk Adler).

Ketika konsert bersama antara Metallica dan GNR pada tahun 1992 di Quebec,Kanada.  Telah berlaku satu rusuhan yang menyebabkan kerugian mencecah USD 400,000.  Peristiwa ini bermula apabila ‘frontman’ Metallica, James Hetfield terpaksan dikejarkan ke hospital kerana mengalami ‘1st degree burn’ berikutan kegagalan fungsi system ‘pyrotechnic’.  Disebabkan kamalangan ini, persembahan Metallica terpaksa diberhentikan.  Penganjur yang dikatakan (berdasarkan autobiografi Slash dan Adler serta Stephen Davis) terpaksa merayu GNR untuk mengambil alih pentas lebih awal daripada waktu yang sepatutnya.  Di saat kesemua ahli kumpulan sudah bersedia, Axl Rose menolak untuk membuat persembahan lebih awal.  Bahkan, persembahan GNR hanya bermula sesudah peminat menunggu hampir 3-4 jam!  Ketika persembahan sedang berlangsung, Axl secara tiba-tiba menghentikan nyanyian dan meninggalkan pentas secara tiba-tiba (atas alasan sakit tekak).  Berikutan sikapnya ini, peminat yang tidak berpuas hati telah melakukan rusuhan di dalam dan luar stadium.

Selain itu, konsert di St Louis juga telah berakhir dengan rusuhan (terkenal sebagai rusuhan Riverport).  Peristiwa ini berlaku kerana Axl Rose melakukan kekerasan kepada peminat (yang merakam gambar tanpa kebenaran).  Beliau secara tiba-tiba menghentikan lagu ‘Rocket Queen’ dan terjun kearah peminat untuk merampas kamera.  Setelah keadaan reda, beliau secara tiba-tiba meninggalkan pentas dan menolak untuk meneruskan persembahan.  Kerugian akibat rusuhan dicatatkan melebihi USD 300,000.

Oleh kerana bosan dengan sikap ‘gila’ Axl dan beberapa sebab yang lain (seperti pemecatan Adler), pemain gitar rhythm, Izzy Stadlin (untuk rekod, Izzy merupakan individu yang bertanggungjawab mencipta banyak lagu hits GNR)  telah mengambil keputusan meninggalkan GNR.  Ketika inilah detik permulaan kejatuhan GNR sebagai sebuah kumpulan rock yang masyur bermula.  Keadaan semakin melarat bilamana Axl mengugut kesemua anggota lain untuk tidak menyanyi (1 jam sebelum konsert bermula) selagi kesemua ahli kumpulan tidak menandatangani surat menyerahkan segala hak cipta karya GNR kepada Axl Rose.  Kegilaan Axl Rose yang bertindak memecat Gilby Clarke dan Matt Sorum tanpa berunding dengan Slash dan Duff terlebih dahulu menyebabkan kesemua ahli GNR merasakan sudah tiba masanya untuk mereka menguburkan GNR sebagai ‘jenama rock’ dalam persada muzik.

PROLOG

Album klasik GNR ‘Appetite for Destruction’…

Autobiografi Steven Adler menawarkan kepada pembaca satu kisah sejarah awal GNR yang tidak didapati dalam mana-mana biografi mengenai GNR yang lain.  Hal ini kerana, selepas 2 dekad bergelumang dengan masalah dadah, beliau hanya berdiam diri terhadap segala tohmahan (khususnya Axl Rose) di media massa.  Namun, dengan terbitnya autobiografi Slash pada tahun 2007, ia telah membuka suatu lembaran baru bila mana ia secara tidak langsung memberikan galakan kepada setiap ahli GNR yang lain (original line up) seperti Adler dan McKagan untuk menulis catatan pengalaman tersendiri.  Setiap yang diceritakan melalui autobiografi ini, selaras dengan apa yang dicatatkan oleh Slash dalam bukunya.  Penulis menyarankan kepada mana-mana peminat GNR diluar sana untuk membaca autobiografi ini bagi mengetahui secara lebih terperinci mengenai zaman kegemilangan dan kejatuhan GNR.  Untuk menyaksikan semula GNR mengadakan reunion (konsert atau rakaman album studio) merupakan sesuatu yang mustahil (bahkan ketika GNR disenaraikan sebagai ‘inductee’ dalam Rock N Roll Hall of Fame, Axl Rose menolak untuk beliau dicalonkan sebagai salah seorang ahli ‘original line up’ GNR).  Namun, sebagai seorang peminat, sekurang-kurangnya kita dapat mengenang era kegemilangan mereka melalui autobiografi yang ditulis.

Welcome to the jungle it gets worse here every day
Ya learn to live like an animal in the jungle where we play
If you hunger for what you see you’ll take it eventually
You can have everything you want but you better not take it from me

Appetite for Destruction (1987)

3 Responses

  1. […] Buku ‘Seks Islam’ mendapat liputan internasional.LombokNews.Com – Lombok Sumbawa OnlineSOROTAN BUKU ‘MY APPETITE FOR DESTRUCTION’: KISAH GELAP DISEBALIK ERA KEGEMILANGAN GUNS N ROSES […]

  2. banyak kisah sahabat yg aku belum start, apa lagi abis baca.
    banyak kisah ilmuan yg aku belum start, apa lagi abis baca.

    nak baca pasal kumpulan rock mmg *tak dan* kot. hehe

  3. dah baca semua….slash autobiography,my appetite for destruction,it so easy and other lies,watch you bleed dgn w.a.r an unauthorized biography…..semua mmg best…dr sudut penceritaan,slash paling best,dr sudut ceria, steven adler, dari sudut boring tapi benar, duff..hehe…. watch you bleed menarik walaupun dr koleksi interview…baru tahu adler tak tau down on a farm tu macam mana…mmmg kelakar…dan terbaik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: