SOROTAN BUKU ‘MY APPETITE FOR DESTRUCTION’: KISAH GELAP DISEBALIK ERA KEGEMILANGAN GUNS N ROSES

Autobiografi Steven Adler

Setiap kumpulan-ahli muzik menyimpan kisah tersembunyi, sama ada dibiarkan terpendam menjadi lipatan sejarah masing-masing atau didedahkan untuk tatapan umum melalui ‘primer sources’ (autobiografi) atau secondary sources (biografi yang ditulis penulis lain).  Terdapat banyak kumpulan muzik yang menerbitkan biografi masing-masing setelah melepasi fasa kemuncak karier (career limelight), sebagai satu bingkisan sejarah jatuh bangun sesebuah kumpulan muzik.  Tidak kurang juga yang menghasilkan filem mengenai kehidupan mereka suatu masa yang lalu.

Penulis mempunyai koleksi biografi kumpulan muzik yang agak luas.  Memang menjadi minat (walaupun tidak sehingga tahap hobi) penulis untuk mengumpulkan bahan bacaan mengenai muzik dan biografi band khususnya daripada genre Heavy Metal, Rock dan Punk.  Perlu diambil kira bahawa, biografi merupakan dokumen sejarah menceritakan proses jatuh bangun sesebuah kumpulan muzik.  Daripada koleksi biografi Pink Floyd, Jimi Hendrix, Judas Priest, The Beatles, Bob Dylan, John Lennon, The Motley Crue, Led Zeppelin, The Sex Pistols dan lain-lain, namun hanya sebuah kumpulan muzik sahaja yang menarik minat penulis untuk meneruskan pembacaan sehingga akhir iaitu Guns N Roses.

Continue reading

Advertisements