Sunni, Syiah dan Ramadhan

Oleh: Alfian Zohri  (Anak muda yang meminati Malek Nor dan Remy Ishak, kini berkelana di Korea Selatan, menghayati K-Pop)

Saban hari semenjak tercetusnya revolusi di dunia Arab, tidak pernah lekang dari muka akhbar akan cerita tentang rakyat dan pemerintah. Cerita pembunuhan dan perlawanan antara kedua dua kelas tersebut. Dunia dikejutkan dengan kematian Kolonel Gaddafi dan berita perbicaraan Husni Mubarak. Akan tetapi intipati ceritanya kini telah berubah, cerita baru ini telah membawa rakyat dunia kepada kasus Sham (Syria) yang kian meruncing.

Ramai dari umat Islam khususnya dari Malaysia yang masih lagi beranggapan kasus di Sham adalah penentangan antara kelas mazhab Sunni dan kelas Syiah. Ini dapat dilihat dari laman sosial Facebook secara jelas ada yang memuat naik artikel artikel dan gambar gambar berkaitan dengan konflik antara kedua-dua mazhab tersebut. Ini adalah bacaan politik yang salah, secara realpolitik-nya konflik di Sham tercetus bukan kerana perbalahan mazhab, diulangi bukan kerana mazhab. Continue reading

Advertisements