Perlancaran Buku & Forum

Perlancaran buku

Wacana Baru Politik Malaysia: Perspektif Ruang Awam, Budaya dan Institusi’.

Oleh: YB Senator Dr Syed Husin Ali

&

Forum Bersih 3.0 dan PRU13:

Politik Malaysia Antara Radikal dan Demokrasi Prosedural

Panelis: Fahmi Reza, Sharaad Kuttan, Hishamudin Rais & Fathi Aris Omar (Moderator)

Masa dan tarikh: 2.30 petang, 26hb Mei 2012

Tempat: KLSCAH

 

Bersih 3.0 setidaknya menjadi titik temu masyarakat Malaysia yang terpisah secara sistematik melalui institusi pendidikan, parti politik dan lain-lain institusi sosial. Harus diambil ingatan, Bersih 3.0 yang berjaya mengumpulkan lebih 250,000 orang di jalan raya Kuala Lumpur diadakan dengan notis pendek kurang sebulan dan diadakan tidak sampai setahun selepas Bersih 2.0 (meskipun baru-baru ini Rais Yatim mendakwa hanya 22,270 orang). Demonstrasi paling besar selepas Reformasi 1998 ini dengan penyertaan anak muda (termasuk bukan Melayu) yang amat ramai menuntut penjelas lebih daripada sekadar peranan watak Ambiga dan A Samad Said.

Ternyata politik Malaysia kini terdorong untuk bergerak maju kedepan dipacu oleh gelisah rakyat yang mahukan perubahan. Politik tidak hanya soal membuang untuk lima tahun sekali. Mereka bukan hanya menuntut reformasi peti undi tetapi perubahan total bagaimana demokrasi diuruskan di negara ini. Mereka menuntut ruang yang selama ini ekskusif hanya untuk segelintir.

Malah, debat PTPTN antara Khairi Jamaludin dan Rafizi Ramli yang baru sahaja selesai, sangat mengujakan banyak pihak. Malah, mereka umumnya percaya, debat antara Anwar dan Najib wajib diadakan sebelum PRU13. Warga Malaysia bukan sahaja mahu mendengar perbahasan berkenaan dasar negara, cadangan pembangunan dan pengurusan malah mahu terlibat sama dalam proses ini. Mereka tidak lagi rela dipinggirkan, mereka mahu suara dan pandangan mereka didengar dan diperhitungkan.

Di sinilah letaknya radikal. Radikal dalam ertikata menyemak semula pengertian demokrasi dengan kembalik kepad akar (radix) makna. Mereka menuntut untuk memaknakan semula kebebasan, hak bersuara, hak berhimpun, kesaksamaan, keadilan dan pastinya demokrasi itu sendiri. Demokrasi radikal sebagaimana disebut oleh Laclau dan Mouffe, adalah keinginan untuk menjalinkan kembali makna demokrasi dan juga perlaksanaannya. Definisi dan praktis wajib seiring, bukan dilihat berbeza, apatah lagi bercanggah.

Prosedural demokrasi di Malaysia yang ditandai dengan pilihan raya tidak mampu untuk mengungkap makna demokrasi yang lebih radikal ini. Apatah lagi perjalanan pilihan raya itu sendiri dipersoalkan ketelusan dan kejujurannya. Lalu antara Bersih 3.0 yang baru sahaja selesai dan Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal tiba, antara demokrasi radikal dan demokrasi prosedural; dimanakah kita kini? Forum ini dianjurkan oleh Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) bersempena perlancaran buku terbaru terbitannya yang bertajuk ‘Wacana Baru Politik Malaysia: Perspektif Ruang Awam, Budaya dan Institusi’.

One Response

  1. […] the article here: Perlancaran Buku & Forum « Diskopi /* Tags: bar, budaya, day, dipacu-oleh, institusi, isa, maju-kedepan, perspektif, ron, […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: