Perlancaran Buku & Forum

Perlancaran buku

Wacana Baru Politik Malaysia: Perspektif Ruang Awam, Budaya dan Institusi’.

Oleh: YB Senator Dr Syed Husin Ali

&

Forum Bersih 3.0 dan PRU13:

Politik Malaysia Antara Radikal dan Demokrasi Prosedural

Panelis: Fahmi Reza, Sharaad Kuttan, Hishamudin Rais & Fathi Aris Omar (Moderator)

Masa dan tarikh: 2.30 petang, 26hb Mei 2012

Tempat: KLSCAH

 

Bersih 3.0 setidaknya menjadi titik temu masyarakat Malaysia yang terpisah secara sistematik melalui institusi pendidikan, parti politik dan lain-lain institusi sosial. Harus diambil ingatan, Bersih 3.0 yang berjaya mengumpulkan lebih 250,000 orang di jalan raya Kuala Lumpur diadakan dengan notis pendek kurang sebulan dan diadakan tidak sampai setahun selepas Bersih 2.0 (meskipun baru-baru ini Rais Yatim mendakwa hanya 22,270 orang). Demonstrasi paling besar selepas Reformasi 1998 ini dengan penyertaan anak muda (termasuk bukan Melayu) yang amat ramai menuntut penjelas lebih daripada sekadar peranan watak Ambiga dan A Samad Said.

Ternyata politik Malaysia kini terdorong untuk bergerak maju kedepan dipacu oleh gelisah rakyat yang mahukan perubahan. Politik tidak hanya soal membuang untuk lima tahun sekali. Mereka bukan hanya menuntut reformasi peti undi tetapi perubahan total bagaimana demokrasi diuruskan di negara ini. Mereka menuntut ruang yang selama ini ekskusif hanya untuk segelintir. Continue reading

PAS HILANG TARING: KRITIKAN RINGKAS KEPADA PENDAPAT PROF MADYA DR SAMSU ADABI

 Oleh:Mohd Rizal Bin Hamdan

Keratan Akhbar Berita Harian 17 Mei 2012

PENDAHULUAN

Artikel ini ditulis untuk mengkritik pendapat yang dikemukakan oleh seorang ‘penganalisis politik nasional’ iaitu Prof Madya Dr Samsu Adabi dari Program Sains Politik UKM. Penulis baru-baru ini berkesempatan membaca ‘analisis-pendapat’ beliau berkenaan situasi politik Malaysia kontemporari di dalam Akhbar Berita Harian bertarikh 17 Mei 2012. Dalam laporan berita yang bertajuk ‘PAS Hilang Taring Tumpang Parti Lain’, beliau (Prof Madya Dr Samsu Adabi) telah menyatakan:

…”Tindakan PAS yang tidak konsisten itu menunjukkan mereka terpaksa mengenepikan ideologi perjuangan Islam yang menjadi teras parti semata-mata mahu menampakkan pembangkang bersatu dan tidak berpecah-belah”…

Selain itu, penulis ingin memetik juga sedikit laporan tersebut, di mana beliau menyatakan:

…..”Kenyataan Hadi yang tidak mahu membincangkan isu hudud jelas menunjukkan PAS kian terhimpit dan terpaksa memilih sama ada mahu mempertahankan ideologi yang dibawa parti atau terus dalam perjuangan pakatan pembangkang walaupun terpaksa mengorbankan prinsip”….

Membaca laporan berita yang memetik pendapat beliau tersebut, penulis merasakan, ‘penganalisis politik’ ini secara jelasnya tidak memahami atau sengaja tidak menyedari asas analisis politik. Kritikan penulis seterusnya berangkat daripada 2 persoalan dibawah:

1) Apakah beliau melihat PAS semata-mata sebagai sebuah Organisasi Dakwah yang bersifat ‘Non Governmental Organisation’ (NGO) seperti ABIM, JIM, PEKIDA,ISMA dan sebagainya? Tidakkah beliau menyedari hakikat bahawa PAS merupakan sebuah parti politik yang bersaing dalam arena merebut kuasa pemerintahan?

2) Apakah sebagai seorang ‘Saintis Politik’ beliau tidak mengetahui (tidak memahami) konsep ‘Consociational Democracy’ iaitu kerangka teoritikal yang dominan mengkaji politik dalam Negara multi etnik?

Bagi mengelakkan orang ramai yang mengikuti perkembangan politik tanah air daripada terpesong dengan pendapat ‘distorted and false’ sebegini, penulis selaku seorang yang amatur merasa terpanggil untuk memberikan sedikit kritikan. Artikel ini juga tidak bertujuan membela PAS mahupun Pakatan Rakyat, namun bertujuan mengkritik kesilapan yang dilakukan oleh Prof Madya Dr Samsu Adabi Mamat atas kapasiti rasmi beliau sebagai seorang ‘penganalisis politik’. Continue reading

Philosophy, History, & Politics Lecture

Philosophy, History, & Politics Lecture

Siri Kuliah Falsafah, Sejarah & Politik oleh Teo Lee Keen anjuran Institut Bangsar Utama di LimaPulohB. Jam 2ptg, setiap Sabtu bermula 2 Jun 2012.

1Malaysia dan UKM

Nasib sebuah projek membodek: terbarai.

Hanya cukup dua bulan saja, beginilah hasilnya. Ketika pertama kali dipasang, itu semata-mata untuk mengelabui mata Najib Razak dan Rosmah Mansur yang kebetulan melalui kawasan tersebut untuk menuju ke bangunan Permata Pintar yang berdekatan. Kini, tanpa pembesar negara, projek ini telah terbiar. Duit rakyat telah dihabiskansemata-mata  untuk menutup sebuah sebuah projek terbengkalai. Mungkin kerana Malaysia sudah terlalu pemurah, hingga “pembaziran mutlak” pun boleh dianggap sebagai “perhiasan segera”. 1Malaysia: rakyat didahulukan prestasi diutamakan!

Baca juga: https://diskopi.wordpress.com/2012/03/27/pintar-menutup-korupsi/

Irshad Manji di Kuala Lumpur

Erich Fromm Diharamkan di UKM

Oleh Penagih Duku

Membakar buku adalah hal yang lazim dalam masyarakat yang bebal. Tapi, bagaimana pula dengan mengharamkan buku dalam perpustakaan? Ini yang berlaku di PTSL-UKM. Erich Fromm diharamkan!

#Dirakam pada 4 Mei 2012