OMBAK RINDU (Hak Cipta Terpelihara)

“Hmm…” ini sahajalah reaksi yang memadai bila penulis membaca judul yang diberi Juana Jaafar (boleh rujuk di pautan ini). Tidak perlu disertai ejekan atau makian berat-berat yang membingitkan telinga dan membutakan hati.

Ulasan ini tidaklah menarik perhatian penulis melainkan ramai sungguh yang mengesyorkan pandangan yang tunggal ini.Dah jadi milik orang Jadi, penulis berasa terpanggil untuk turut berkongsi sebarang dua komentar terhadap ‘OMBAK RINDU DAN MINDA SONGSANG MASYARAKAT MELAYU’ (disengetkan oleh penulis) kerana mau menghindar dari melakukan pengitlakan dengan hanya bersandar pada satu filem atau novel — novel cinta kasih, rindu dendam, rahsia kelambu yang amat dicari PENERBIT BANGUNLAH HOI.

“..Falsafah hidupnya dalam konteks hubungannya dengan Hariz boleh dikatakan seperti berikut: Oh, kau rogol aku. Disebabkan kau lelaki pertama aku dan kerana aku tak sanggup dirogol di luar nikah, jadi aku mintak tolong kau kawin dengan aku [...]Aku cuma nak hubungan kita sah supaya aku boleh free-hair dan berkemban depan kau tanpa rasa bersalah. Malah, bila kau datang kat rumah ni untuk nak rogol aku, aku buatkan hidangan air dulu dan bukakkan stokin kau, siap dengan urut-urut sekali. Aku duduk kat lantai dan baring atas dada kau sebab aku Muslimah yang baik. Dan bila kau panik ingatkan aku hamil, lalu kau datang buru dan campak aku sampai terkena mangkok tandas, aku sekadar nangis je. Aku lari pun sampai batu besar kat luar tu, tak jauh. Ya, demi kebahagiaan hidup kau, kita sembunyikan saja pernikahan kita daripada diketahui sesiapa. Sebab aku isteri mithali.” (Juana 2012)

Pertama sekali, atas asas apa Juana meletakkan kata ‘beriman’ itu, adakah kerana Izzah tidak pernah melepaskan tudungnya pada pandangan awam, selalu solat dan tuntutan-tuntutan tipikal yang lain? Kemudian, saudari Juana meneruskan lagi dengan kesimpulannya sendiri, bahwa Izzah sebagai ‘muslimah yang baik’, menerima sahaja layanan Hariz dan sanggup menyembunyikan pernikahan kerana ‘isteri mithali’.

“Seterusnya kisah Ombak Rindu membawa masuk watak Mila (Lisa Surihani), seorang artis popular di Malaysia, tunang Hariz (yang sudah bernikah dengan Izzah), keluarga kaya yang berprestij, berpendidikan Barat, tidak berhijab, gedik, queen control, bingit, kasar dan taksub…Ibu angkatnya [Hariz] pula diberi watak stereotype datin free-hair karat yang kejam.” (Juana 2012)

Nah, di sini menguatkan lagi sangkaan awal penulis, bahwa Juana Jaafar terperangkap dalam pemikiran binar (binary opposites) dan sangat berpegang teguh padanya (mungkin penulis silap). Namun, ini bukan silapnya saja, tapi juga penulis novel ini, yang memikirkan segala sesuatu secara simplistik. Jika diperhatikan, watak dua perempuan yang sangat berlawanan ini ada disentuh dalam Layar Terkembang oleh Sutan Takdir Alisjahbana yang modenis itu. Watak Tuti dan Maria (Layar Terkembang) dan watak Mila dan Izzah (Ombak Rindu) sangat sepadan kerana meletakkan sifat tertentu secara berhierarki, lembut/agresif, moden/ kampung, bergantung/ mandiri dsb.

Dikotomi seperti ini sangat lazim bukan saja dalam novel moden tapi juga dalam pikiran masyarakat yang memandang segala yang diimport itu baik-baik belaka, dan tradisi nenek moyang mereka, buruk semuanya. Bagi penulis, pemikiran seperti ini sangat bermasalah. Fahaman sebegini tidak ilmiah kerana status sosial ditentukan oleh banyak faktor. Faktor-faktor ini mungkin berbeza daripada setiap individu kepada setiap individu yang lain kerana manusia itu produk sosial, yang tidak terlepas daripada pengaruh sosialisasinya. Bahagian inilah yang cuba ditekankan feminis pascastrukturalis berbanding feminis pertama. Feminis pertama menanggapi esensi dalam hubungan binar itu tidak bermasalah. Kesannya, ia secara tidak langsung telah menentukan sifat esensi yang ‘patut ada’ pada perempuan. Sifat esensi inilah yang dicabar kerana manusia itu sentiasa berubah mengikut lingkungan atau kesedarannya. Malah, lebih lanjut lagi, tiada versi sejagat tentang sifat dan sikap perempuan, pemikiran binar hanya mengehadkan kemampuan individu yang boleh berubah. Manusia bukan robot, yang dikritik Donna Haraway dalam A Manifesto for cyborgs.

” “Makcik” ini berkata kehidupan yang penuh kesakitan adalah simbol kesayangan Allah terhadap Izzah (Terimalah segala kezaliman oleh suami sebagai Rahmat). Apabila Izzah yang dalam keadaan hamil difitnah berlaku curang oleh Hariz dan dikasari sehingga jatuh, Makcik ini berkata, “Jangan patah semangat. Ingat, Allah menyayangi orang yang sabar (Tidak apa jika dibelasah suami. Jangan lawan, Allah tidak suka)”. Dan apabila Izzah ditinggalkan dan nyaris-nyaris keguguran kandungannya akibat mengejar Hariz, Makcik ini berkata, “Tiada yang paling bahagia bagi hidup seorang perempuan selain dari menjadi seorang ibu” (Tidak perlu risaukan isu nafkah, penjagaan dan kasih sayang daripada suami jika dia tidak sudi berikan).” (Juana 2012)

Bagaimanapun, penulis bersetuju dengan Juana, bahwa Izzah mempunyai pilihan lain dengan “melarikan diri, meminta cerai dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menganyayai dirinya. Namun, dia tidak berbuat demikian kerana diselitkan unsur-unsur agama”. Tapi, sekali lagi, harusnya ‘feminisme’ itu menawarkan pilihan bukan memaksakannya. Dalam kes ini, Izzah mau tak mau harus membuat keputusannya sendiri, dan nasibnya baik kerana Hariz menerimanya. Namun, manusia tidak selalunya harus bergantung pada nasib baik. Dan tidak dapat dinafikan di luar filem ini, penamatnya tidak selalu ‘happy ending’. Lalu di sini, pilihan-pilihan lain harus dihadapkan pada ‘Izzah’ dan bagaimana ‘Hariz’ harus diajak untuk terlibat dan memahami perempuan dengan lebih baik.

Dan seperti biasa, Islam dalam filem (atau dalam kotak pikiran pengulas?) ini sangat dipermudah, penonton Malaysia perlu menggunakan akal sebaiknya kerana soal tanggungjawab bukanlah soal pilihan tapi kewajipan.

“Hariz pula dijadikan perogol kacak kesayangan semua. Oh, so sweet … Perogol pun boleh dilembutkan hatinya, dan boleh jatuh cinta jika wanita itu seperti si Izzah.” (Juana 2012)

Mungkin juga, Fauziah Ashari secara tak sengaja cuba membongkar pemikiran binar ini dengan meletakkan watak jahat adalah seorang yang kacak (bukannya memiliki parut berjahit di dahi) dan akhirnya berubah. Ya, itu kata kuncinya, ‘berubah’, manusia tidak selamanya pegun. Struktur pemikiran ber-hierarki yang tertanam harus di-gerak-kan sehingga struktur tidak pernah ‘ada’ [kerana] selalu ‘menjadi’ – proses.

Tuntasnya, kita perlu mengelak wacana yang menggunakan pertentangan binar, menyalahkan moden secara kebelakaan atau menerima tradisi tanpa melihat kelemahannya. Adalah amat dikesali, walaupun penyelidik atau feminis menyedari bahawa lelaki maupun perempuan itu ialah konstruksi sosial, tetapi masih terperangkap dengan pemikiran binar – perempuan bukan-Barat dipandang ‘terkebelakang’. Justeru, dengan memecahkan pemikiran binar, kewujudan manusia didapati lebih mencabar. Oleh itu, terdapat keperluan akan paradoks kerana ia membuka ruang untuk perbincangan dan mempertajamkan pemikiran tentang selok-belok hidup agar rumusan baik dan buruk tidak senang dipakai selepas sedar tentang kerumitan mana-mana gejala sosial.

*Rujukan disertakan bagi mengelak isu plagiarisme, segalanya dinyatakan kecuali yang telah diketahui umum. 

About these ads

4 Responses

  1. Mungkin cerita ini akan lebih ‘baik’ sekiranya kita tidak mendengar khabar terlalu RAMAI penonton yg mengangis & TERHARU dgn filem ini.

  2. Ya mungkin. dan krn filem ini jugalah kita menemukan sisi lain penonton spt Juana dll.

    http://kakakkilljoy.wordpress.com/2012/04/24/ombak-rindu-and-the-counter-revolution-of-contemporary-malaysian-womens-struggles/

    Lagi satu komen tidak ilmiah kerana menyandarkan “rape culture’ is embedded in Malay society” dgn hanya satu filem.

  3. pernahkah anda dengar perkataan hobson-jobson?

    saya dapati frasa ‘pemikiran binar’ sebagai suatu contoh yang cukup baik untuk perkataan itu. :)

    “Tuntasnya, kita perlu mengelak wacana yang menggunakan pertentangan binar”

    bukankah pertentangan binar itu penting untuk mewujudkan kesan dramatis?

    jika ya, maka bagaimana cara mengelaknya jika drama itulah yg dicari-cari?

  4. [...] Shakespeare Jadi Inspirasi Sutradara "Avengers"Profil John KeyOMBAK RINDU (Hak Cipta Terpelihara) [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 54 other followers

%d bloggers like this: