CROMOK: LAGENDA UNICORN MISTERI KEMBALI MENGGEGAR (REVIEW KONSERT REUNION CROMOK: KL LIVE)

Poster Konsert

Spare my life, don’t let me die in sin, forgive my soul, innocence still live in me, I’ll prove to you, create the DREAM that will COME TRUE, you’ll see

                                                                                                                                                                                                                   (Cromok:1990)

Cromok merupakan sebuah band genre Thrash-Metal yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat scene muzik underground di Malaysia. Reputasi Cromok sebagai sebuah band yang berpengaruh sememangnya tidak dapat disangkal. Semenjak lahirnya album pertama yang berjudul Image of Purity (1990) sehinggalah kepada album terakhir (setakat ini) yang berjudul Untitled (2004), Cromok terus kukuh dipersada industri muzik tanah air. Kualiti karya seni muzik yang dihasilkan oleh mereka menyebabkan syarikat gergasi kapitalis muzik seperti EMI (Malaysia) berani mengambil risiko menawarkan kontrak rakaman. Hasilnya, terhasil sebuah album malar segar sepanjang zaman iaitu Forever in Time (1993) dengan jualan mencecah 100,000 unit sepanjang promosi dilancarkan (menurut cerita album ini menjadi salah satu album yang masih dicetak sehingga ke hari ini berikutan permintaan tinggi).

Image of Purity

Apakah yang menarik sekali sehingga Cromok berjaya menarik begitu ramai peminat tegar (die hard fans yang digelar Cromers) dari berbagai generasi? Apakah formula mereka sehingga berjaya menembusi ‘tembok pemisah’ yang diciptakan oleh masyarakat kita dalam industri muzik tanah air? Perlu kita fahami, dalam situasi mereka (Cromok) memainkan lagu genre Thrash-Metal (mereka tidak pernah melabelkan diri sebagai sebuah band Thrash, label ini dilekatkan oleh peminat) yang menerima ‘stigma’ negatif sehingga tidak mendapat siaran radio, tiada promosi menggila di media perdana, bahkan jauh sekali menerima anugerah AIM (Anugerah Industri Muzik), namun mereka masih berjaya menambat hati ratusan ribu peminat yang mengikuti perjalanan karier seni mereka.

Forever in Time

Penulis berpendapat, ramuan kejayaan mereka adalah berdasarkan beberapa faktor seperti berjaya membentuk identiti band yang tersendiri melalui bunyi (sound) yang menjadi trademark mereka (riffing keras dan laju, vokal teutonic dan solo harmoni). Mereka juga mengadunkan elemen budaya dalam setiap lagu yang dihasilkan. Hal ini dapat kita rujuk kepada lagu seperti The Ulek-Metallurgical (elemen Ulek mayang), Siblings (elemen Gamelan) dan beberapa lagu yang lain. Dalam erti kata yang paling mudah, mereka tidak terikut ‘meniru’ identiti Thrash Metal yang terlalu kebaratan (westernize), tetapi mengadunkan genre ini dengan elemen tempatan. Mereka berjaya ‘membumikan’ (localize) genre yang sering kali dikaitkan dengan budaya kuning! Suatu hal yang menarik ialah, mereka tidak menjadikan muzik sebagai mata pencarian mereka, kerana ia sekadar minat dan hobi (kesemua mereka berkelulusan tinggi dari Universiti of Wollongong) serta mempunyai kerjaya tetap.

Yours Truly

Kualiti yang terpancar dalam setiap rakaman karya seni mereka, menjadikan Cromok sebuah band yang sangat unik sekaligus berjaya menambat hati pendengar. Sehingga ke hari ini, penulis berani mengatakan bahawa tidak ada sebuah pun band aliran Thrash-Metal atau dari scene Underground lain yang berjaya seperti mana yang dikecapi Cromok (maksud berjaya sudah semestinya relatif, mengikut definisi masing-masing). Kemunculan dan kejayaan mereka dalam meruntuhkan ‘tembok stigma negatif’ masyarakat terhadap aliran muzik eksterim (Extreme music) dan membuka ruang kepada band muzik genre metal, generasi yang kemudiannya.

CROMOK: BINGKISAN SEJARAH RINGKAS

                                                                Memories..Tortured by my own memories

                                                                                                                             (Cromok: 1992)

Mean,Meaner,Meaners

Berdasarkan sejarah band, Cromok ditubuhkan di Australia oleh sekumpulan mahasiswa Malaysia yang melanjutkan pengajian di sana (University of Wollongong,New South Wales). Pada dekad 80-an, genre muzik Thrash-Metal sedang meningkat naik dan melanda serata pelusuk dunia. Peminat tegar genre Thrash-Metal pasti biasa mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh band terkenal seperti Kreator, Destruction, Megadeth, Metallica, Slayer, Morbid Angels, Bathory, Celtic Frost, Testament dan beberapa lagi band genre ini yang terkenal. Fenomena Thrash-Metal yang melanda dunia muzik ketika itu sedikit sebanyak sudah semestinya mempengaruhi ahli asal Cromok untuk menubuhkan band yang memainkan genre yang sama (pada dekad 80-an, Malaysia masih hangat dilanda irama Rock, Heavy Metal, Hair Metal dan sebagainya).

What's Left

Berdasarkan interview yang pernah dilakukan oleh majalah muzik terdahulu dengan ahli kumpulan Cromok, kita dapat mengetahui bahawa ahli kumpulan (line up) Cromok sudah banyak bertukar sejak dari awal penubuhannya. Di antara bekas ahli Cromok (mungkin ramai lagi) ialah Mat Puck, Denan dan arwah Din. Selain itu, gitaris lagenda Malaysia, Hillary Ang pernah menyertai Cromok dan merakamkan beberapa buah album bersama. Namun, kombinasi yang paling terkenal dan diingati oleh peminat ialah Karl (Khairul Anuar Shariff), Sam (Shamsudin Ali) dan Miji (Tarmizi Mokhtar).

Deafening Silence

Berikutan pengalaman bermain dalam gigs (konsert skala kecil) di sekitar Australia, Cromok akhirnya merakamkan demo yang bertajuk ‘Image of Purity’ (tidak dapat penulis pastikan tahunnya (mungkin tahun 1990?), namun direkodkan kembali melalui edaran VSP pada tahun 1991. Album ini mengandungi lagu-lagu yang menjadi klasik seperti Journey, Metallurgical, Unicorn, Prophecy, Misty dan La Crosse. Album yang pada asalnya direkodkan di Main Street Studio, Sydney, Australia di bawah seliaan Rob Specogna ini menjadi ‘fenomena’ ketika dipasarkan di Malaysia. Tanpa sebarang promosi, ia mampu mencatatkan jualan yang memberangsangkan. Kejayaan yang tidak disangka-sangka ini menarik minat syarikat rakaman besar iaitu EMI (Malaysia) untuk menawarkan kontrak rakaman album.

Untitled

Susulan kejayaan ini, Cromok melahirkan beberapa buat album studio lagi seperti Forever in Time (1993), Yours Truly (1996), Mean, Meaner, Meanest (1999), What’s Left (2000), Deafening Silence (2002) dan Untitled (2004). Kesemua album ini mencapai kejayaan yang membanggakan. Setiap album ini mempunyai evolusi yang tersendiri. Jika album Image of Purity mempunyai sound yang agak ‘raw’ , album Forever in Time pula menawarkan jalinan unsur harmoni, kasar dan ‘clean’, manakala album Yours Truly pula dapat dikatakan sebagai sebuah album yang mempunyai ‘beat’ lagu yang rancak dan laju berbanding 2 album awal Cromok. Album-album selepas 3 album ‘magnum opus’ ini, dilihat masih mengekalkan formula yang sama…Formula yang menjadi intipati identiti Cromok!

Menyorot daripada perspektif sound dan teknikal gitar (kerana posisi Drum dan Bass dalam Cromok masih dimainkan oleh individu yang sama iaitu Miji dan Sam), penulis tidak berniat untuk membandingkan di antara Karl dan Hillary Ang. Kerana kedua-dua gitaris ini mempunyai kelebihan masing-masing (juga peminat yang tersendiri). Namun, sebagai seorang ‘Cromer’, penulis tidak dapat mengelak untuk memilih Karl sebagai gitaris yang lebih sesuai dengan ‘jiwa’ Cromok. Hal ini bukanlah suatu yang pelik kerana beliau (Karl) bertanggung jawab dalam membentuk ‘sound’ yang menjadi ‘trademark’ Cromok (kerana Karl berkelayakan sebagai Audio Engineer).

Sehinggakan, jika kita mendengar sesuatu lagu tanpa mengetahui siapa pemuziknya, kita pasti dapat meneka ia merupakan lagu yang dihasilkan oleh Cromok! Dalam penghasilan lagu, kesemua lagu dihasilkan dan ditulis oleh mereka sendiri (berdasarkan pengalaman hidup). Bahkan, dalam 3 album awal, kesemua aspek penerbitan album dilakukan oleh mereka sendiri (producer,audio engineering, composition dan music arrangement), mana kala edaran dan promosi dilakukan oleh EMI. Melalui catatan ringkas ini, bukanlah menjadi tujuan utama penulis untuk menceritakan tentang kejayaan yang dikecapi oleh Cromok sebagai sebuah band, atau mahu menerangkan lanjut mengenai genre Thrash-Metal, tetapi apa yang penulis mahu sampaikan adalah berkenaan review konsert Reunion Cromok yang diadakan pada 8th April 2012 yang lalu di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

REVIEW KONSERT REUNION CROMOK: KL LIVE) 8th APRIL 2012

Image of purity shows, bow to the master one man says, to see the lights, image of purity shows

                                                                                                                                                                     Cromok (1990)

Selama hampir 5475 hari (bersamaan 15 tahun) para Cromers menunggu ‘hero’ mereka (Cromok) untuk kembali bergabung tenaga dalam sebuah persembahan live. Akhirnya, Karl, Miji dan Sam kembali bersama untuk mengubati kerinduan peminat. Konsert sempena sambutan ulang tahun Cromok yang ke 25 tahun, bertemakan ‘tagline’ “Thrashing Kuala Lumpur 2012” benar-benar memberikan kepuasan kepada para peminat yang hadir membanjiri KL Live. Berdasarkan pemerhatian penulis (penulis sampai ke KL Live pada pukul 3 petang), dataran di hadapan KL Live sudah mula dibanjiri oleh ‘Thrasher’ dan ‘Metalheadbangerz’ yang rata-ratanya berpakaian serba hitam ‘from head to toe’. Membuktikan bahawa ‘undercurrent culture’ Thrash-Metal masih wujud dalam persada seni Malaysia.

Seperti kebiasaannya, penulis menyapa salah seorang peminat yang hadir dengan memakai baju Cromok berlambangkan album Forever in Time, beliau mengakui sudah menunggu di hadapan KL Live sejak pukul 12 tengah hari dan agak mengejutkan kerana beliau datang dari Perlis semata-mata untuk menyaksikan konsert bersejarah ini. Melihat kepada raut wajahnya, penulis menganggarkan beliau dalam lingkungan usia awal 40-an dan beliau mengakui yang beliau turut serta menyaksikan konsert Cromok di KL Live (dahulu Live Centre) pada tahun 1992 (wallahualam, namun apabila Sam, vokalis Cromok di atas pentas, mengatakan bahawa mereka pernah membuat persembahan di Live Centre, barulah penulis mempercayai kata-kata peminat tersebut).

Penganjuran konsert seperti ini sedikit sebanyak menghasilkan ‘capitalist’ kecil bila mana terdapat ramai peniaga yang menjual pelbagai barangan, daripada baju, CD, kaset sehinggalah kepada tag yang mempunyai gambar anggota dan ‘Coat of Arms’ Cromok. Selain itu, ia juga secara tidak langsung menambahkan ‘keuntungan’ KFC pada hari tersebut (ramai Thrasher yang singgah makan sebelum masuk ke dalam konsert..hahahaha). Para peminat hanya mula dibenarkan masuk ke dalam dewan para lebih kurang pukul 4 petang. Berdasarkan pemerhatian penulis, sudah ramai yang membanjiri hadapan pentas utama dan keadaan agak sesak (kapasiti KL Live sangat kecil untuk persembahan kumpulan terkenal).

Terdapat tiga buah band yang mengadakan persembahan awal (opening acts) iaitu Nuclear Strikes, Langsuyr dan Metalasia. Sebelum persembahan dimulakan, MC telah membuat pengumuman kepada semua penonton untuk bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan ‘Negaraku’. Siapa kata Thrasher tidak mempunyai semangat patriotik?

NUCLEAR STRIKES

Steelgirl Ladyana..Wow!

Konsert dimulakan dengan persembahan daripada kumpulan Heavy Metal dari Kajang, yang sedang meningkat naik iaitu Nuclear Strikes. Persembahan mereka agak bertenaga, namun secara jujurnya penulis merasakan mereka terlalu banyak membuang masa dengan intro ‘guitar duel’ yang terlalu panjang. Daripada sudut teknikal, persembahan Nuclear Strikes agak sedikit cacat pada awalnya berikutan bunyi gitar,drum dan bass yang menenggelamkan (overpowering) suara vokalis. Namun, pada lagu mereka yang ketiga (jika tidak silap) iaitu cover daripada kumpulan Scorpions, ‘Black Out’, bunyi drum, gitar,bass dan vokal sudah semakin seimbang. Persembahan mereka agak memberangsangkan, permainan dua gitar yang begitu teknikal, drum yang padu dan bassline yang padat serta ‘showmanship’ bertenaga vokalis utama ‘Steelgirl Ladyana’ yang energetik dan sexy. Namun, penulis harus mengatakan di sini bahawa Ladyana perlu memperbaiki kemahiran komunikasi beliau dengan penonton.

Beliau seharusnya mengambil kira hakikat bahawa penonton kesemuanya merupakan warga Malaysia. Disebabkan beliau berkomunikasi dengan penonton dalam bahasa Inggeris, sedikit sebanyak menyebabkan ‘communication barrier’. Malahan, persembahan ini bukanlah dihadapan penonton antarabangsa. Walaubagaimanapun, syabas kepada Nuclear Strikes atas persembahan yang mantap!

LANGSUYR

Azlanthor beraksi seperti dirasuk

Persembahan pembukaan yang kedua pula dilakukan oleh band Death Metal dari Ipoh iaitu Langsuyr. Band ini sememangnya sudah terkenal dikalangan peminat scene muzik underground. Persembahan Langsuyr dicemari oleh masalah sistem audio. Terlalu banyak bunyi ‘buzzing’ dan ‘humming’ yang sangat menjengkelkan. Paling menyedihkan serta mengecewakan ialah bunyi gitar agak ‘sebu’ dan tenggelam. Sehinggakan hanya sayup-sayup kedengaran ketika gitaris memainkan solo pada setiap lagu. Penulis tidak pasti, apakah Langsuyr tidak melakukan ‘setting’ pada instrument mereka khususnya gitar sebelum memulakan persembahan ataupun sememangnya terdapat masalah pada sistem audio (PA System).

Paling mengecewakan ketika mereka menyampaikan lagu berjudul ‘Sunut’. Lagu berbahasa Melayu yang agak popular dikalangan penonton ini menjadi agak cacat kerana riffing dan solo gitar sangat sayup, sebu dan tenggelam. Masalah yang tidak diatasi dengan pantas ini, sedikit sebanyak menganggu mood penonton. Ketiadaan Batara di posisi gitar utama (beliau sudah keluar daripada Langsuyr) begitu terasa kerana seperti sesuatu ‘ketempangan’ dalam persembahan Langsuyr. Namun, terima kaseh harus diucapkan kepada Azlanthor, vokalis utama Langsuyr kerana ‘showmanship’ beliau laksana ‘orang kena rasuk’ sedikit sebanyak mampu mengalih perhatian penonton daripada sistem bunyi yang bermasalah. Oh ya, tidak lupa juga, pemain Drum terdahulu Langsuyr iaitu Ajizz (sekarang bersama Sil Khannaz) mengambil tugasan di posisi drum pada hari tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada beliau kerana permainan drum yang bertenaga.

METALASIA

King Shah beraksi...

Daripada ketiga-tiga buah band yang mengadakan persembahan ‘opening acts’, mungkin persembahan daripada Metalasia yang paling dinanti-nantikan. Ketika Metalasia mengambil tempat untuk memulakan persembahan, kelihatan ruangan di dalam KL Live sudah mula padat dan sesak dengan penonton (mungkin sebelum ini masih berlegar di luar premis KL Live sahaja). Aura Metalasia berjaya menarik penonton untuk memenuhi ruang hadapan pentas. Metalasia memulakan persembahan dengan lagu berhantu mereka ‘Silantra’ dan penonton telah mula melakukan aksi ‘head banging’. Persembahan oleh dua band terawal kurang menarik aksi ‘head banging’ penonton, mungkin kerana mahu menyimpan tenaga bagi persembahan oleh Metalasia dan Cromok.

Seperti biasa, persembahan Metalasia tidak menghampakan walaupun tanpa efek api (pyrotechnics) dan pedang sakti, mereka tetap memukau penonton dengan kemahiran gitar yang teknikal (beratus-ratus notes muzik barangkali), drum double pedal, bassline yang unik dan vokal ala-ala soprano/tenor. Namun, penulis dapat mengesan satu kekurangan dalam persembahan Metalasia pada kali ini. Hanya King Shah yang mengendalikan gitar tanpa iringan gitar rhtym. Perlu diingati, Metalasia tanpa dua gitar seakan menyaksikan persembahan Metallica dengan hanya Kirk Hammet yang mengendalikan gitar dan James Hetfield hanya memegang mikrofon sahaja.

Ketiadaan ‘partner’ King Shah dalam mengendalikan posisi gitar iaitu Ritz, seolah-olah persembahan ini serba tidak kena. Seakan ada kekurangan yang begitu jelas dan nyata. Bayangkan, King Shah terpaksa menggalas tugas bermain gitar untuk riffing dan solo pada masa yang sama. Memahami kehendak penonton, Metalasia kemudiannya mempersembahkan lagu ‘Khalifah Alam Maya’ dengan menjemput mantan vokalis iaitu CD Khanzab (nama komersilnya CD Naz…hahahaha) untuk berpadu suara dengan Muix. Pada waktu ini, penonton (termasuk penulis) sudah mula melakukan ‘head banging’ dengan lebih rancak lagi. Persembahan Metalasia agak pendek berbanding dua lagi band jemputan. Hal ini dapat kita fahami kerana gitaris utama Metalasia, King Shah masih dalam tempoh berkabung berikutan kematian anak perempuannya 4 hari yang lalu. Ketika MC mengumumkan hal ini selepas sesi Metalasia tamat dan meminta penonton menyedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwah,kelihatan King Shah menitiskan air mata kesedihan dan perasaan sebak ini turut dikongsi oleh sebahagian besar penonton. Kumpulan Diskopi ingin mengucapkan takziah kepada King Shah sekeluarga. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh arwah! Tamat sahaja ketiga-tiga persembahan pembukaan, penulis melihat rata-rata pengunjung agak berpuas hati dengan ‘warm up’ yang dinikmati sebelum Cromok mengambil tempat memulakan persembahan mereka. Separuh daripada tiket mereka sudah terbayar!

CROMOK

Crowd!.. Full house!...

Kemuncak segala acara malam tersebut sudah semestinya persembahan daripada Cromok. Berbeza dengan konsert yang penulis saksikan sebelum ini (juga di KL Live), pada kebiasaanya, penonton diberikan peluang berehat lebih kurang 15-20 minit sebelum persembahan utama dimulakan. Namun, lebih kurang pukul 6 petang Cromok sudah mengambil tempat mereka di atas pentas. Intro suara ‘seram mendayu-dayu’ Ulek Mayang mula kedengaran di dewan KL Live. Penulis memuji Cromok kerana bijak dalam usaha ‘setting mood’ penonton yang hadir dengan sesuatu yang begitu signifikan iaitu elemen budaya tempatan. Ketika kelibat Sam, Miji, Karl dan seorang sessionist (dari kumpulan Nrocinu jika tidak silap), penonton sudah mula bersorak dan memenuhi ruang utama depan pentas dengan lebih padat.

Sepanjang konsert berlangsung, Cromok memberikan persembahan yang begitu bertenaga (seolah-olah mereka masih dalam usia 20-an?..hahaha). Kemahiran komunikasi Sam dengan penonton sangat menakjubkan. Beliau memilih tindakan bijak untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan penonton. Penulis berpendapat, keputusan Cromok memainkan kesemua lagu-lagu daripada 3 buah album awal mereka sangat tepat. Kerana kebanyakan peminat lebih menggemari lagu-lagu yang terdapat dalam 3 buah album klasik ini (Image of Purity, Forever in Time & Yours Truly). Antara lagu yang dipersembahkan malam tersebut (setakat yang penulis ingati) Little One, Journey, Misty, Memories, Unicorn,dua buah lagu instrumental (Another You & I Don’t Belong Here) dan beberapa lagu klasik yang lain.

Penulis melihat, corak persembahan Cromok tiada cacat celanya, mungkin hanya pada lagu Final Ticking (Sam agak terkeliru dengan ‘extended guitar duel’ di antara Karl dan sessionist (namun tidak menjejaskan persembahan). Jikalau ada cela, mungkin sedikit sahaja bila mana Karl ‘mis chord’ dalam beberapa lagu seperti I Don’t Belong Here dan Another You (jika penulis tidak silap). Hal ini merupakan perkara biasa dalam sesebuah persembahan live (Malmsteen juga kadang kala tersilap). Keterujaan penonton dengan persembahan Cromok (mungkin juga kerana kerinduan) terserlah bila mana suara Sam tenggelam kerana para Cromers turut sama menyanyikan setiap lagu. Berkenaan dengan jentera drum, penulis ingin memuji persembahan Miji yang konsisten, faktor usia tidak langsung menjejaskan stamina beliau dalam mengendalikan ‘beat’ laju ‘double pedal’ drum. Sebagai pemuzik yang berpengalaman, Cromok bijak menggunakan ruang pentas dengan tidak hanya kekal statik pada satu tempat sahaja (maklumlah, persembahan live tidak perlu sama seperti dalam kaset). Kreativiti mereka juga diperlihatkan dengan menggubah sedikit ‘lajakan’ lagu-lagu, seperti melakukan inovasi pada bahagian ‘solo gitar’ dan memanjangkan (extended) bahagian penghujung setiap lagu. Persembahan Cromok tamat pada lebih kurang pukul 8 malam.

Selepas konsert berakhir..

Namun, penonton yang masih belum puas kemudiannya melaungkan nama Cromok bersama-sama. Berikutan itu, Cromok kemudiannya keluar semula untuk memberikan persembahan ‘encore’. Aksi bersahaja Sam dengan mengatakan “Eh! Apasal tak balik lagi?” disambut dengan gelak ketawa para penonton. Selepas tamat memainkan lagu terakhir untuk sesi ‘encore’, tamatlah secara rasminya konsert Reunion Cromok ‘Trashing Kuala Lumpur 2012’ pada hari tersebut. Keceriaan jelas terpancar di wajah para penonton kerana mereka menantikan selama 15 tahun untuk konsert seperti ini (mungkin yang terakhir?).

EPILOG

Post konsert!..

                                                               Pillaging to the trail of death…Will I ever end this JOURNEY..

                                                                                                                                                             Cromok (1990)

Beberapa persoalan yang belum dapat dirungkai selepas tamatnya konsert Reunion Cromok. Penulis tertanya-tanya apakah ini merupakan persembahan ‘farewell’ daripada Cromok kepada para peminatnya? Mungkinkah Cromok akan mengadakan tour ditempat lain selepas ini? Apakah reunion diantara Sam, Karl dan Miji menandakan akan ada sebuah lagu album studio daripada mereka untuk para Cromers? Persoalan inilah yang memprovokasi minda penulis selepas tamat konsert tersebut. Kesemua soalan ini hanya dapat dijawab oleh Cromok sahaja.

Kita sedia maklum, dalam keadaan industri muzik masa kini yang tidak memberikan ‘peluang’ kepada ‘under current genre’,sedikit sebanyak menyekat ruang kepada pemuzik-pemuzik aliran Extreme untuk meneruskan aktiviti mereka. Kita tidak dapat menafikan, terlalu banyak sekatan dan sikap berat sebelah, bukan sahaja masyarakat, bahkan pihak kerajaan sendiri (tidak mendapat peluang ‘air play’ di stesyen radio tempatan, peluang promosi di media arus perdana) dalam menyediakan ‘ruang bernafas’ kepada genre muzik extreme. Stigma negatif seperti kononnya ia genre yang merosakkan akhlak, tuduhan pemujaan sihir (yang bukan-bukan) serta mentaliti ‘3rd class’ peminat muzik sendiri sedikit sebanyak menambah kekangan kepada aktiviti muzik sebegini.

Penulis tertarik untuk mengulas komen Karl Cromok dalam laman Facebooknya. Beliau meluahkan kekesalan akibat sikap tidak bertanggung jawab sesetengah peminat dalam ‘mencuri hak cipta’ dan hak pemuzik dengan memuatkan rakaman konsert ke dalam media hiburan alternative seperti ‘Youtube’. Berikut merupakan komen beliau:

……. I have been reading the youtube video comments and I must say I am really really disgusted and dissappointed by those who gave their consent in the youtube video upload issue. You guys still don’t get it – stealing from other people is OK? After 15 years I left the music scene, the mentality of the new generation is still the same. No wonder Tun Mahathir pun give up dengan orang Melayu. Really 3rd world mentality! No one can become rich from the DVD’s sale. Our market is so small that u dont even know if you can recover your cost. It is a matter of principle and protecting others who have invested in the show. If all of you do not protect it, no promoters will ever do a hevy metal concert again! Get it!!!!!!

Perlu kita sedari bahawa industri muzik kita tidaklah sebesar seperti yang terdapat di Amerika Syarikat atau benua Eropah. Kadar ‘consumption’ kita kepada budaya popular sangat kecil. Lebih-lebih lagi untuk genre muzik seperti Thrash-Metal. Pulangan yang diperolehi melalui penganjuran konsert, jualan album dan beberapa ‘merchendise’ tidaklah membolehkan seseorang pemuzik menjadi kaya, bahkan hanya mampu memberikan pulangan modal yang dilabur sahaja. Sebagai contoh, dengan memuatkan rakaman konsert yang dirakam secara ‘curi’ ke dalam Youtube atau mana-mana media lain (tanpa kebenaran) boleh menyebabkan jualan DVD yang akan dicetak merudum.

Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan pihak promoter tidak mahu lagi menganjurkan (melabur) dalam mana-mana konsert genre-genre sebegini. Selain itu, penulis juga merasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang mempertikaikan harga tiket konsert tersebut. Alasan yang dikemukakan ialah ‘terlalu mahal’. Jika kita tidak lokek untuk mengeluarkan wang bagi menonton konsert artis antarabangsa yang datang ke Negara kita, mengapakah kita sangat berkira dengan artis tempatan? Bukan semua artis tempatan tidak berkualiti. Dalam kes Cromok, penulis berani mengatakan kualiti mereka setanding artis antarabangsa yang lain. Jika bukan kita sendiri yang menyokong industri kita, maka kepada siapalah yang kita mahu harapkan? Sebagai salah seorang daripada Cromers, penulis berharap agar konsert yang dianjurkan pada 8th April yang lalu bukanlah yang terakhir daripada Cromok. Diharapkan mereka akan mengadakan lagi konsert-konsert lain (walaupun skala kecil seperti gigs) serta menghasilakn album studio terbaru. Kehadiran penonton yang menggalakkan pada konsert tersebut membuktikan bahawa Cromok masih lagi mempunyai peminat dan mereka juga mengharapkan ‘come back’ daripada Cromok. Bagi menutup catatan ini, penulis sekali lagi ingin menyatakan hasrat (seorang Cromers) agar ‘JOURNEY’ Cromok dalam industri muzik akan diteruskan dan tidak berakhir setakat ini sahaja.

Long Live Thrash-Metal..Hail to Cromok!..

22 Responses

  1. Vokalis Langsuyr tu bukanlah Azmaniac tp adalah Azlanthor… Azmaniac bermain gitar kedua.

  2. rugi x pegi… tiba2 kne keje plk hari 2… cromok kasi buat lg konsert tengok apa macam

  3. Terima kaseh di atas pembetulan…Sudah dibuat correctionnya..Terima kaseh sekali lagi!..

  4. 1 word to described them-TERRBAEEKKKK! Sy mntak cuti siap2 sebulan sebelum tu..mmg puas hati! To be honest..klu mcm ni pnya perform-harga tiket rm300 pon sy pegi lagi..mmg puas hati la..smpai hr ni sy cerita lagi kat kwn2 betapa best nya concert hari tu..err,tp kata ade autograph session?xde pon?hehe..nggu lama ms hbs tu..ahak!

  5. siapa nama sessionist dari guitarist nusantara tu.. sian dia nama tak sebut🙂

  6. ulasan yg amat baik..cukup smua,dari sejarah band,kualiti sound system,gambar lagi,mmg penulis ni terbaik..hail….

  7. gambar tu kredit kepada thecloudhunters.com…and another public domain as well..

  8. LONG LIVE CROMOK

  9. Guitarist ex Nrocinu tu name shah kalo tak silap aku la

  10. assalam bro,
    baca review pun dah meremang beb..inikan lg pulak terlibat kat konsert~!
    apa2 pun nk tnya,dvd tu mmg ada kn?xsabar nk beli sbb haritu xsempat pegi..

    ish3 rugi2

  11. nice review bro, thanks for credit thecloudhunters.com, mohon untuk copy sedikit isi review untuk review dari kami pula, tambahan Nuclear Strikes tak sempat tengok, masa tu duduk dengan band tgh bersiap, thanks a lot!

  12. Ahmad Farhan:For DVD or any merchandise,please ask directly to Cromok or Uncang Tiga & Clockwork..Gua tak terlibat dan tidak tahu menahu apa-apa..Ini sekadar review suka-suka oleh ‘Cromers’ to honor our hero! ..Thanks again..

    Zizo:Thanks man..Yeah..By all mean..silakan ambil mana yang lu suka..Tetapi mohon dikredit Kumpulan Diskopi (www.diskopi.wordpress.com) dalam review lu..Terima kasih..

  13. cromok x main lagu misery la !

  14. memg terbaik..

  15. saya setuju dgn komen penulis berkenaan rakaman secara “curi” tuh…sbbnya, masa konsert, ramai sgt kutu yg dok angkat smartphone malah Ipad pun ada…smpai blocking our view kat floor tuh…..aku dtg nak tgk Cromok laa bukan tgk Ipad korang!!!….marah btol aku….rasa nak baling ngan kasut jer biar jatuh bersepai Ipad diorng tuh….instead of head-banging with the song mcm kita buat dulu2, skrng diorng dtg konsert utk buat rakaman….wasted btol….anyway, syabas Cromok n all for the great show….

  16. Aku minat giler kat CROMOK ni,tp buat concert kat KL,mmg x dpt la nak turun,Aku harap pas ni CROMOK plan buat kat JB plk..geng2 aku kat Singapore pon minat diaorg..apa pon harap CROMOK terus bekarya,band mcm diorg mmg xde pengganti.

  17. apa cer CROMOK??!!!bile nak buat konsert kat terengganu??dah lame menunggu ny…!

  18. btl ckp ko,ak pn tk sbr nk tgu dvd konsert live kl,ak pn tk tau bila konsert live kl mula,huhuhuhu rugi tk pg

  19. Malam ni buleh lh layan cromok. Opening act 4 Metallica tu der…….

  20. Thrash metal forever….cromok i support you all…. yeah…

  21. Assalamualaikum .. adakah kumpulan band cromok niy tak nak buat lagi persembahan dekat area-ii n9 ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: