Meletakkan nilai agama pada batu dan simen

oleh iliya arashi

Balian   : What is Jerusalem worth?

Saladin : Nothing…everything!

(Kingdom of Heaven, 2005)

Memerhatikan isu terkini – berkenaan tapak masjid di Bayan Mutiara – yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini, menyedarkan kita bahawa sememangnya kita telah gagal sepenuhnya dalam melahirkan sebuah masyarakat yang matang dan bersemangat kebangsaan Malaysia. Nilai dan kedudukan sesebuah bangsa terletak pada kebolehannya untuk menghargai dan memahami hukum yang asasi dan pada masa yang sama menolak perkara-perkara yang hanya bersifat luaran dan cetek semata-mata.

Oleh itu apabila terdapat kumpulan-kumpulan tertentu – sama ada parti politik atau badan bukan  kerajaan – yang menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui Lim Guan Eng daripada gabungan Pakatan Rakyat mengabaikan kebajikan masyarakat Islam di negeri itu melalui penjualan tapak masjid kepada pihak swasta, wajar kita bertanya: adakah setakat ini sahaja kemampuan kita untuk membincangkan tentang masalah-masalah yang membelenggu masyarakat kita, terutamanya dalam soal agama?

Yang dirisaukan adalah tapak yang dikenalpasti untuk pembinaan masjid dan bukan nilai-nilai atau falsafah yang dibawa oleh agama Islam itu sendiri. Dalam erti kata lain, batu-batu dan struktur fizikal yang dapat dikesan pancaindera adalah lebih mustahak daripada prinsip-prinsip abstrak dan segajat yang terkandung dalam Islam itu sendiri!

Di sini kita harus jelas; kita bukan hendak mengabaikan kedudukan dan keperluan masjid itu sebagai institusi dan komponen yang sangat penting dalam perjalanan hidup dan penghayatan Islam oleh masyarakat Islam secara umum mahupun khusus. Tetapi untuk merendahkan wacana tentang kedudukan agama Islam dalam sesebuah masyarakat hanya kepada persoalan tapak dan batu semata-mata adalah satu penghinaan yang sangat besar.

Ini kerana agama Islam itu sendiri kaya dengan nilai-nilai yang memperkasakan dan mengharuskan kita supaya bertindak dan menuntut perubahan, agar sebuah masyarakat yang lebih saksama dan sejahtera dapat dibentuk. Atau sekurang-kurangnya sesuatu keadaan yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Bukankah itu salah satu keperluan asas dalam Islam itu sendiri, iaitu untuk sentiasa mencari dan melakukan kebaikan, tanpa mengira kaum dan agama?

Sekiranya kita betul-betul ingin mendapatkan penghormatan dan pengiktirafan masyarakat seluruhnya supaya agama Islam dapat memainkan peranan penting sebagai unsur yang inklusif dalam gerakan sosial dan politis di negara ini, maka perkara-perkara yang wajib diberi perhatian utama adalah persoalan jurang kemiskinan, taraf hidup masyarakat dan diskriminasi golongan tertentu.

Tidak ada gunanya beribu-ribu tapak dikenal pasti dan diperuntukkan untuk pembinaan masjid ataupun surau sekiranya mereka yang terlibat dalam kes rasuah dan pecah amanah sehingga berbillion-billion ringgit tidak dihukum dan masih dibiarkan bebas.

Tapak boleh dijual. Bangunan boleh diruntuhkan. Tetapi keyakinan dan kepercayaan kepada nilai kesaksamaan tidak boleh dirampas sebaliknya kekal sepanjang zaman. Itu yang mesti kita pegang dan pertahankan walau mana kita berada.

Tulisan ini pertama kali dimuatkan dalam roketkini.com pada 2/4/2012

One Response

  1. iliya arashit,

    berapa banyak DAP kasi projek pada lu utk tulis ini bodek?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: