OMBAK RINDU (Hak Cipta Terpelihara)

“Hmm…” ini sahajalah reaksi yang memadai bila penulis membaca judul yang diberi Juana Jaafar (boleh rujuk di pautan ini). Tidak perlu disertai ejekan atau makian berat-berat yang membingitkan telinga dan membutakan hati.

Ulasan ini tidaklah menarik perhatian penulis melainkan ramai sungguh yang mengesyorkan pandangan yang tunggal ini.Dah jadi milik orang Jadi, penulis berasa terpanggil untuk turut berkongsi sebarang dua komentar terhadap ‘OMBAK RINDU DAN MINDA SONGSANG MASYARAKAT MELAYU’ (disengetkan oleh penulis) kerana mau menghindar dari melakukan pengitlakan dengan hanya bersandar pada satu filem atau novel — novel cinta kasih, rindu dendam, rahsia kelambu yang amat dicari PENERBIT BANGUNLAH HOI.

“..Falsafah hidupnya dalam konteks hubungannya dengan Hariz boleh dikatakan seperti berikut: Oh, kau rogol aku. Disebabkan kau lelaki pertama aku dan kerana aku tak sanggup dirogol di luar nikah, jadi aku mintak tolong kau kawin dengan aku […]Aku cuma nak hubungan kita sah supaya aku boleh free-hair dan berkemban depan kau tanpa rasa bersalah. Malah, bila kau datang kat rumah ni untuk nak rogol aku, aku buatkan hidangan air dulu dan bukakkan stokin kau, siap dengan urut-urut sekali. Aku duduk kat lantai dan baring atas dada kau sebab aku Muslimah yang baik. Dan bila kau panik ingatkan aku hamil, lalu kau datang buru dan campak aku sampai terkena mangkok tandas, aku sekadar nangis je. Aku lari pun sampai batu besar kat luar tu, tak jauh. Ya, demi kebahagiaan hidup kau, kita sembunyikan saja pernikahan kita daripada diketahui sesiapa. Sebab aku isteri mithali.” (Juana 2012)

Pertama sekali, atas asas apa Juana meletakkan kata ‘beriman’ itu, adakah kerana Izzah tidak pernah melepaskan tudungnya pada pandangan awam, selalu solat dan tuntutan-tuntutan tipikal yang lain? Kemudian, saudari Juana meneruskan lagi dengan kesimpulannya sendiri, bahwa Izzah sebagai ‘muslimah yang baik’, menerima sahaja layanan Hariz dan sanggup menyembunyikan pernikahan kerana ‘isteri mithali’.

“Seterusnya kisah Ombak Rindu membawa masuk watak Mila (Lisa Surihani) Continue reading

Advertisements

Antara Warung Kak Ana dan McD: Kembara Mencari Makan.


Oleh: Isz D’Barney

“…Only a life lived for others is a life worthwhile…”

(Albert Einstein, 1879-1955)

16 April 2012 – Hari ini, masharakat mempunyai banyak pilihan makanan untuk dinikmati. Pelbagai juadah tradisi, moden mahupun post moden boleh di dapati di mana-mana sahaja saban hari. Bak kata Adnan Sempit, “…di mana ada kemahuan, di situ ada highway…”. Warung Kak Ana adalah warung yang menjual makanan tradisi seperti nasi lemak, kuih-muih, Lempeng Kelapa dan lauk-pauk yang sangat enak dan boleh dinikmati oleh seisi keluarga di Bangi (khususnya bagi penduduk Seksyen 2).

Selain itu, McD pula, merupakan ‘kedai makan’ yang mempunyai cawangan di merata tempat. Sama ada di highway, Shopping Mall, kawasan Taman perumahan, kawasan Kampung, Lapangan Terbang dan di mana-mana sahaja yang menjadi tumpuan utama masharakat Malaysia yang pemurah ini. Kesimpulan awal, McD menjadi pilihan utama masharakat Malaysia berbanding Warung Kak Ana yang sentiasa terpinggir lagi dipinggirkan oleh masharakat Malaysia yang terlalu asyik dengan kemajuan. Apakah ini kesimpulannya? Fikirkan bersama!…. Continue reading

Tatkala Pembebel Masuk ke Bilik Senat

Oleh Tukang Tonyoh

Syarahan Perdana, adalah pentas mulia. Ini adalah medan untuk membuktikan kesarjanaannya bagi seseorang pembentang. Kerana itu, medan ini juga dinamakan sebagai syarahan pengukuhan profesor.

Dalam sejarahnya, UKM ternyata memiliki tradisi Syarahan Perdana yang boleh dibanggakan. Bermula dengan Syed Muhammad Naquib al-Attas, yang membentangkan tentang “Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu”. Ini setidaknya, adalah sebuah tesis yang menarik untuk dipertimbangkan dalam khalayak Malaysia. Dalam rentang waktu yang berlalu, terdapat juga beberapa syaharan terkenal lain, terutamanya dari Shaharir Mohammad Zain, Abdul Rahman Embong, Shamsul Amri Baharuddin dan lain-lain. Masing-masing berani mengemukakan tesisnya yang mencabar dan mengajak hadirin berfikir. Kalau deksriptif sekalipun, tentu mereka disusuli dengan fakta-fakta analitik yang mantap. Umumnya, syaharan perdana adalah sebuah acara kemuncak yang benar-benar menobatkan keilmuan pembetangnya.

Hari ini, 13 April 2012 di Bilk Senat UKM, Syarahan Perdana kembali. Kali ini menampilkan Idris Zakaria, seorang profesor dari Fakulti Pengajian Islam (FPI). Tajuknya syarahan yang turut dihadiri oleh Naib Canselor UKM ini memancing sekali: “Falsafah Politik Islam dan Kepentingannya di Malaysia”. Tajuk ini seakan bermula dengan harapan yang baik: untuk merangka sebuah gagasan kefalsafahn dalam merungkai pergolakan realpolitik di Malaysia. Ini hasratnya. Ini maksudnya. Tapi ini juga akhirnya menjadi sebuah masalah. Continue reading

CROMOK: LAGENDA UNICORN MISTERI KEMBALI MENGGEGAR (REVIEW KONSERT REUNION CROMOK: KL LIVE)

Poster Konsert

Spare my life, don’t let me die in sin, forgive my soul, innocence still live in me, I’ll prove to you, create the DREAM that will COME TRUE, you’ll see

                                                                                                                                                                                                                   (Cromok:1990)

Cromok merupakan sebuah band genre Thrash-Metal yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat scene muzik underground di Malaysia. Reputasi Cromok sebagai sebuah band yang berpengaruh sememangnya tidak dapat disangkal. Semenjak lahirnya album pertama yang berjudul Image of Purity (1990) sehinggalah kepada album terakhir (setakat ini) yang berjudul Untitled (2004), Cromok terus kukuh dipersada industri muzik tanah air. Kualiti karya seni muzik yang dihasilkan oleh mereka menyebabkan syarikat gergasi kapitalis muzik seperti EMI (Malaysia) berani mengambil risiko menawarkan kontrak rakaman. Hasilnya, terhasil sebuah album malar segar sepanjang zaman iaitu Forever in Time (1993) dengan jualan mencecah 100,000 unit sepanjang promosi dilancarkan (menurut cerita album ini menjadi salah satu album yang masih dicetak sehingga ke hari ini berikutan permintaan tinggi).

Image of Purity

Apakah yang menarik sekali sehingga Cromok berjaya menarik begitu ramai peminat tegar (die hard fans yang digelar Cromers) dari berbagai generasi? Apakah formula mereka sehingga berjaya menembusi ‘tembok pemisah’ yang diciptakan oleh masyarakat kita dalam industri muzik tanah air? Perlu kita fahami, dalam situasi mereka (Cromok) memainkan lagu genre Thrash-Metal (mereka tidak pernah melabelkan diri sebagai sebuah band Thrash, label ini dilekatkan oleh peminat) yang menerima ‘stigma’ negatif sehingga tidak mendapat siaran radio, tiada promosi menggila di media perdana, bahkan jauh sekali menerima anugerah AIM (Anugerah Industri Muzik), namun mereka masih berjaya menambat hati ratusan ribu peminat yang mengikuti perjalanan karier seni mereka.

Forever in Time

Penulis berpendapat, ramuan kejayaan mereka adalah berdasarkan beberapa faktor seperti berjaya membentuk identiti band yang tersendiri melalui bunyi (sound) yang menjadi trademark mereka (riffing keras dan laju, vokal teutonic dan solo harmoni). Mereka juga mengadunkan elemen budaya dalam setiap lagu yang dihasilkan. Hal ini dapat kita rujuk kepada lagu seperti The Ulek-Metallurgical (elemen Ulek mayang), Siblings (elemen Gamelan) dan beberapa lagu yang lain. Dalam erti kata yang paling mudah, mereka tidak terikut ‘meniru’ identiti Thrash Metal yang terlalu kebaratan (westernize), tetapi mengadunkan genre ini dengan elemen tempatan. Mereka berjaya ‘membumikan’ (localize) genre yang sering kali dikaitkan dengan budaya kuning! Suatu hal yang menarik ialah, mereka tidak menjadikan muzik sebagai mata pencarian mereka, kerana ia sekadar minat dan hobi (kesemua mereka berkelulusan tinggi dari Universiti of Wollongong) serta mempunyai kerjaya tetap.

Yours Truly

Kualiti yang terpancar dalam setiap rakaman karya seni mereka, menjadikan Cromok sebuah band yang sangat unik sekaligus berjaya menambat hati pendengar. Sehingga ke hari ini, penulis berani mengatakan bahawa tidak ada sebuah pun band aliran Thrash-Metal atau dari scene Underground lain yang berjaya seperti mana yang dikecapi Cromok (maksud berjaya sudah semestinya relatif, mengikut definisi masing-masing). Kemunculan dan kejayaan mereka dalam meruntuhkan ‘tembok stigma negatif’ masyarakat terhadap aliran muzik eksterim (Extreme music) dan membuka ruang kepada band muzik genre metal, generasi yang kemudiannya.

CROMOK: BINGKISAN SEJARAH RINGKAS

                                                                Memories..Tortured by my own memories

                                                                                                                             (Cromok: 1992)

Mean,Meaner,Meaners

Berdasarkan sejarah band, Cromok ditubuhkan di Australia oleh sekumpulan mahasiswa Malaysia yang melanjutkan pengajian di sana (University of Wollongong,New South Wales). Pada dekad 80-an, genre muzik Thrash-Metal sedang meningkat naik dan melanda serata pelusuk dunia. Peminat tegar genre Thrash-Metal pasti biasa mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh band terkenal seperti Kreator, Destruction, Megadeth, Metallica, Slayer, Morbid Angels, Bathory, Celtic Frost, Testament dan beberapa lagi band genre ini yang terkenal. Fenomena Thrash-Metal yang melanda dunia muzik ketika itu sedikit sebanyak sudah semestinya mempengaruhi ahli asal Cromok untuk menubuhkan band yang memainkan genre yang sama (pada dekad 80-an, Malaysia masih hangat dilanda irama Rock, Heavy Metal, Hair Metal dan sebagainya). Continue reading

BAGAIMANA UNTUK KEKAL SELAMAT KETIKA DI WILAYAH SELATAN THAILAND?

Contoh letupan!

Wilayah Selatan Thailand tidak dapat dinafikan merupakan sebuah kawasan yang mempunyai sejarah konflik bersenjata yang begitu panjang. Konflik bersenjata yang tercetus di wilayah ini mungkin antara yang terpanjang dan terlama sekali di dalam dunia. Sebelum Archduke Franz Ferdinand ditembak oleh pengganas Serb (sehingga menjadi punca Perang Dunia Pertama), sebelum bom atom ‘Fat Man’ hasil penyelidikan Iblis Manhattan Project’ menghentam Nagasaki, sebelum Presiden Bush Sr mengistiharkan ‘Operation Desert Fox’ dan jauh sebelum Keluarga Temenggung mengambil alih pemerintahan Beraja di Johor, konflik bersenjata sudah tercetus di wilayah bergolak ini. Semenjak dari saat Raja Buddha Yodfa Chulaloke meruntuhkan kerajaan Melayu Patani dan sekaligus menjadikan wilayah tersebut sebagai ‘tributary kingdom’ kepada Dinasti Chakri Bangkok bermulalah konflik bersenjata dan pemberontakan tanpa henti di Patani (Patani dengan satu ‘T’ merujuk kepada kerajaan lama, manakala Pattani ‘2 T’ merujuk kepada wilayah (province) masa kini).

Mengapa mereka (rakyat Patani) memberontak? Mengapakah mereka meneruskan penentangan bersenjata? Ini soalan-soalan yang mengasak minda (mind provocation) mereka-mereka yang cuba menyelesaikan konflik di wilayah tersebut. Perlu kita sedari bahawa, mereka memberontak kerana merasakan mereka idak terlibat sama sekali dengan ‘aturan kolonialisasi’ antara British dan Siam ketika Perjanjian Anglo-Siamese 1909, yang menyaksikan wilayah tersebut ‘diserap’ sebagai sebahagian wilayah Negara-bangsa Siam (nama lama Thailand).

Sebelum perjanjian Anglo-Siamese 1909, status negeri-negeri Melayu Patani (yang dipecahkan kepada beberapa negeri kecil seperti Legeh, Rangae, Pattani, Reman etc) adalah berbentuk ‘tributary kingdom’ yang masih mempunyai autonomi dalam melaksanakan pemerintahan negeri. Namun, apabila proses ‘annexation’ berlaku, secara automatiknya wilayah Patani menjadi sebahagian daripada Negara-bangsa Siam (secara tidak langsung perlu menerima dan tunduk kepada suatu kebudayaan yang asing berbanding dengan kebudayaan mereka). Mereka tidak rela ditadbir oleh suatu ‘entiti politik’ yang asing daripada kebudayaan dan ketamadunan mereka. Continue reading

Meletakkan nilai agama pada batu dan simen

oleh iliya arashi

Balian   : What is Jerusalem worth?

Saladin : Nothing…everything!

(Kingdom of Heaven, 2005)

Memerhatikan isu terkini – berkenaan tapak masjid di Bayan Mutiara – yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini, menyedarkan kita bahawa sememangnya kita telah gagal sepenuhnya dalam melahirkan sebuah masyarakat yang matang dan bersemangat kebangsaan Malaysia. Nilai dan kedudukan sesebuah bangsa terletak pada kebolehannya untuk menghargai dan memahami hukum yang asasi dan pada masa yang sama menolak perkara-perkara yang hanya bersifat luaran dan cetek semata-mata.

Oleh itu apabila terdapat kumpulan-kumpulan tertentu – sama ada parti politik atau badan bukan  kerajaan – yang menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui Lim Guan Eng daripada gabungan Pakatan Rakyat mengabaikan kebajikan masyarakat Islam di negeri itu melalui penjualan tapak masjid kepada pihak swasta, wajar kita bertanya: adakah setakat ini sahaja kemampuan kita untuk membincangkan tentang masalah-masalah yang membelenggu masyarakat kita, terutamanya dalam soal agama? Continue reading