Pintar Menutup Korupsi

 

Oleh: Terlupa Kepok

Apa yang ironi pada bangunan ini? Bangunan ini telah ditutup dengan banting gergasi bagi menyambut kehadiran Rosmah Mansor dan Najib Razak sempena perasmian Pertama Pintar Negara. Kedua merpati ini telah berkunjung ke UKM pada 27 Mac 2012, dan telah melalui kawasan bangunan ini. Asalnya, bangunan ini merupakan Kolej Keris Mas yang telah lama terbengkalai akibat korupsi yang berlaku dalam kawasan UKM. Kini korupsi telah ditutup dengan kebodohan yang lain: menutup bangunan yang korup dengan bunting gergasi agar permandangan hodoh ini tak dilihat oleh dua merpati negara tersebut. Persoalan: apakah anak-anak pintar akan lahir sekiranya mereka tidak diajar untuk resah dengan korupsi di depan mata mereka ini?

Advertisements

MILITAN & POLITIK: MENGAPA GERAKAN PEMBEBASAN-MILITAN GAGAL?

Perubahan politik tidak hanya bermaksud melalui turut serta dalam pergulatan sistem itu sendiri. Lebih daripada itu, kadang kala perubahan juga berlaku dalam situasi yang melibatkan penggunaan militan dan kekerasan politik (militancy and political violence). Hal ini (penggunaan kaedah militan) turut terakam dalam sejarah bila mana Fidel Castro dan gerila komunis Cuba, berjaya menumbangkan Junta tentera pimpinan General Fulgencio Batista yang didukung oleh imperialis Amerika Syarikat pada malam tahun baru 1959. Perkara yang serupa juga turut tersemat dalam sejarah China moden, bila mana militan komunis di bawah pimpinan Mao Tse Tung berjaya menguasai Tanah besar China pada tahun 1949 dan mengecilkan penguasaan parti Kuomintang hanya di pulau Taiwan. Dua peristiwa ini merupakan salah satu bukti bagaimana ‘revolusi’ melalui kaedah militan berjaya dilaksanakan.

Tidak dapat dinafikan, contoh di atas memberikan inspirasi kepada kemunculan banyak gerakan pembebasan (jika mengikut terminologi yang ‘direkayasa’ oleh CIA-USA,kesemuanya adalah gerakan pengganas) di seluruh dunia. Dekad 70-an menyaksikan kemunculan banyak gerakan pembebasan di seluruh dunia. Perlu dinyatakan disini, kemunculan banyak gerakan pembebasan ini terinspirasi dan bergerak aktif dalam kerangka ideologi Marxisme dan beberapa kerangka ideologi ‘left wing’ yang lain. Namun, perlu juga kita fahami bahawa ideologi ini (Marxisme) telah ‘dibumikan’ (localize) dengan mengadunkannya bersama semangat nasionalisme setempat. Namun, catatan ini bukanlah mahu membahaskan tentang peranan Marxisme atau mana-mana spektrum ‘left wing’ sebagai suatu ideologi pembebasan, tetapi lebih membahaskan mengapa kebanyakan gerakan pembebasan menemui kegagalan dalam perjuangannya di seluruh dunia. Continue reading

Beneath the shoe of justice – shit

I’ve always look up to the national legal system as the guardian of the weak and the poor. Who else can we look up to in times of need if not the judiciary, the whole corpus of legal literature and the spirit of justice? But it is occurrences like this – the sanction of a one year prison sentence to an Imam for contempt of court (for throwing his shoes at the Federal bench) – that makes me detest the national legal system in this country and reaffirms my belief that the only way to seek justice is through politics and political action.

In what frame of mind was the Federal bench when they came to the conclusion to deliver such a punishment? Continue reading