Keputusan Pertandingan Menulis Esei dan Cereka Bersih 2.0

Berikut adalah keputusan pertandingan menulis esei dan cereka Bersih 2.0 anjuran Diskopi dan SIRD:

 

Kategori Esei Di Dalam Bahasa Malaysia:

*Tiada Pemenang Untuk Tempat Pertama, Kedua, Ketiga dan Saguhati

 

Kategori Cereka Di Dalam Bahasa Malaysia:

Tiga pemenang hadiah saguhati:

Mohamed Hadi Bin Abdul Hamid

Tajuk: Menyanggah Tahyul

Amir Hamzah Akal Ali

Tajuk: Aku Datang Padamu

Asyikin Binti Abdul Barkat

Tajuk: Hanya Rakyat

*Tiada Pemenang Untuk Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga

 

Kategori Esei Di Dalam Bahasa Inggeris:

Tiga Pemenang Hadiah Saguhati:

Lee Jia Hui

Tajuk: Were We Ever Malaysian?

Jonathan Yong Tienxhi

Tajuk: On the Legitimacy of Street Protests

Foong Li Mei

Tajuk:  For Better, For Worse

*Tiada Pemenang Untuk Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga

 

Kategori Cereka Di Dalam Bahasa Inggeris:

 Satu Pemenang Hadiah Saguhati:

How Han Ming

Tajuk: The Walkers

 

*Tiada Pemenang Untuk Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga

 

Ulasan Panel Hakim Diskopi dan SIRD:

 

Pertandingan Menulis Esei dan Cereka Bersih 2.0 yang telah dianjurkan oleh Diskopi dan SIRD adalah bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang muda terlibat dan menyertai secara aktif di dalam wacana nasional secara kritis, analitikal dan kreatif. Namun begitu jumlah penyertaan daripada orang muda yang diterima baik di kategori Bahasa Malaysia mahu pun kategori Bahasa Inggeris adalah sangat kecil. Malahan jumlah hadiah yang ditawarkan adalah melebih jumlah penyertaan yang diterima.

Jumlah keseluruhan penyertaan yang diterima hanyalah 19 penyertaan berbanding dengan 24 hadiah yang ditawarkan. Daripada 19 penyertaan itu, pihak penganjur hanya menerima sebanyak 4 penyertaan untuk kategori esei Bahasa Malaysia dan 4 penyertaan untuk esei Bahasa Inggeris, manakala untuk kategori cereka Bahasa Malaysia terdapat 7 penyertaan dan untuk cereka Bahasa Inggeris pula hanya 4 penyertaan yang diterima.

Memandangkan jumlah penyertaan yang diterima sangat kecil, panel hakim tidak mempunyai banyak pilihan untuk membuat perbandingan antara satu penyertaan dengan penyertaan yang lain di dalam setiap satu kategori. Malahan dengan jumlah penyertaan yang kecil ini juga bermakna peluang untuk menghakimi karya-karya yang lebih bermutu juga menjadi sempit kerana apa yang diterima itulah yang akan dinilai. Dari penilaian yang telah dibuat panel hakim mendapati tiada karya yang boleh diangkat untuk memenangi hadiah pertama, kedua atau ketiga di dalam setiap satu kategori.

Malahan untuk kategori esei Bahasa Malaysia, panel hakim mendapati tiada satu karya pun (daripada 4 esei yang dihantar) yang layak untuk menerima sebarang hadiah. Jika panel hakim menerima lebih banyak penyertaan mungkin peluang untuk menilai karya yang lebih bermutu dan menepati standad buku terbitan mungkin lebih besar.

Kebanyakan karya yang diterima baik dalam kategori esei mahu pun kategori cereka kurang menepati standad dan mutu yang diinginkan oleh panel hakim untuk membolehkan ia diangkat sebagai pemenang di kategori hadiah-hadiah utama. Panel hakim mendapati kebanyakan karya-karya yang dihantar tidak cukup kompleks di dalam menghuraikan fenomena Bersih 2.0 baik di dalam bentuk karya esei yang kritis mahu pun karya cereka yang kreatif. Karya esei dan cereka yang diterima ini secara umumnya hanya memberi pandangan dan melontarkan persoalan tanpa menghuraikan kenapa dan bagaimana ianya berlaku. Kekurangan di dalam menghuraikan persoalan kenapa dan mengapa di dalam tingkat wacana yang lebih rumit, kompleks dan rinci itu meletakkan karya-karya ini sukar untuk diberi tempat sebagai pemenang kategori hadiah utama.

Begitu juga tema-tema yang diangkat baik di dalam esei mahu pun cereka tidak menampakkan keunikan dan kelainan daripada tulisan-tulisan mengenai Bersih 2.0 yang banyak tertuang di ruang-ruang yang terdapat di dunia internet. Contohnya tiada seorang pun daripada peserta yang menulis sama ada di dalam bentuk esei atau cereka tentang hubungan yang rumit dan kompleks antara negara, masyarakat dan monarki di dalam menanggapi fenomena Bersih 2.0 ini. Begitu juga tema-tema unik dan sedikit lain contohnya seperti hubungan gender di dalam Bersih 2.0, agama dan peranannya di dalam Bersih 2.0, analisis kelas sosial di dalam Bersih 2.0, sejarah tradisi melawan tempatan dan hubung-kaitnya dengan Bersih 2.0, etnisiti dan Bersih 2.0 dan pelbagai tema-tema lain yang sedikit berbeza daripada lambakan tulisan-tulisan tentang Bersih 2.0 yang boleh diperolehi di internet.

Walau pun terdapat beberapa peserta yang cuba mengangkat beberapa tema yang dinyatakan di atas tetapi secara umumnya pengungkapan yang dilakukan umumnya hanyalah di tingkat permukaan tanpa menggali dengan lebih dalam khususnya di dalam memberi huraian yang lebih kompleks samada di dalam bentuk esei kritis mahu pun cereka kreatif. Oleh kerana kekurangan-kekurangan itu, panel hakim sepakat memutuskan untuk tidak memberikan sebarang hadiah untuk kategori esei Bahasa Malaysia dan hanya hadiah saguhati buat kategori cereka Bahasa Malaysia dan juga esei serta cereka Bahasa Inggeris.

Walau pun karya-karya yang diterima tidak berada di tahap yang membolehkan ia mengisi ruang untuk hadiah-hadiah utama tetapi memandangkan ramai daripada pengkaryanya masih muda (majoriti berumur bawah 25 tahun) panel hakim berpandangan mereka ini mempunyai potensi yang besar untuk maju ke hadapan menjadi penulis yang disegani jika kebolehan dan bakat menulis yang mereka tunjukkan ini disertai dengan pembacaan yang lebih meluas, diskusi dan perbahasan ilmiah yang lebih mendalam serta praktis menulis yang lebih kerap.

Panel hakim cukup yakin dengan bakat yang sudah pun mereka miliki ini dengan usaha dan kerajinan, mereka mampu untuk mempertajamkan lagi penulisan mereka dan seterusnya menjadi seorang penulis atau pengkarya yang berjaya di suatu masa nanti. Yang paling utama bakat yang sudah ada itu perlulah sentiasa diasah secara berterusan dengan aktiviti-aktiviti kritis, kreatif dan kecendekiawanan yang berterusan.

Memandangkan hanya ada 7 pemenang sahaja, ini bermakna pihak penganjur hanya mempunyai 7 karya sahaja yang berpotensi untuk diterbitkan di dalam bentuk buku sepertimana yang tertera di dalam hadiah saguhati. Tujuh karya yang ada ini tentulah tidak mencukupi untuk diterbitkan sebagai sebuah kompilasi buku tentang Bersih 2.0. Oleh kerana itu salah satu hadiah saguhati yang menawarkan karya yang menang akan dimuatkan di dalam buku terbitan SIRD tidak dapat diberikan kerana tiada penerbitan buku akan dibuat hasil daripada pertandingan ini.

Namun begitu jika sekiranya pihak SIRD dan Diskopi dapat mengumpulkan lebih banyak tulisan baik di dalam bentuk esei atau pun cereka tentang Bersih 2.0 daripada sumber-sumber lain yang belum terbit dan bercadang untuk menerbitkan buku kompilasi tentangnya, pemenang-pemenang hadiah saguhati ini yang karyanya dinilai sesuai, akan dihubungi terlebih dahulu sebelum karya mereka dimasukkan ke dalam buku kompilasi tersebut.

Setiap pemenang akan dihubungi secara peribadi oleh pihak penganjur melalui nombor telefon atau emel yang telah diberi.

Sekian. Terima Kasih.

Disediakan oleh,

Panel Hakim Diskopi dan SIRD

____________________________________________

Komen Tambahan: English Entries – Judges’ Comment

The English language section of the Bersih writing competition can be characterized by three words: dearth of entries. With a grand total of 8 entries for both the fiction and non-fiction categories, as judges, we were hardly spoilt for choice. It seemed pointless to award first, second, third and consolation prizes when the number of prizes would far exceed the number of entries submitted. As such, we had little choice but to award only consolation prizes.

However, we were pleasantly surprised to find that the quality of the non-fiction entries greatly surpassed that of the fiction category. Three out of the four consolation prizes were awarded to the non-fiction essays because we felt they were able to critically engage with the phenomenon of Bersih 2.0 in a manner both rigorous and thoughtful.

We were moved by the essay “Were we ever Malaysian?”  which provocatively captures the vitriol of Malaysian youth and proves that the young are not so easily duped by the 1Malaysia propaganda machine. We were heartened to discover that logic and well-reasoned arguments are very much alive in the prose of the youth, as evidenced by the well-written and well-researched essay, “On the Legitimacy of Street Protests”. And although we couldn’t quite put our finger on why we liked “For Better, For Worse”, this non-fiction piece did impress us with its confident style, panache and wry metaphors.

The only poem submitted was awarded the sole consolation prize in the fiction category. As a lengthy, meandering piece of free verse it took a few reads to soak in but we felt “The Walkers” did a commendable job of giving Bersih 2.0 a decidedly lyrical, philosophical and contrapuntal twist.

Despite there not being any major prizes awarded, we would like to thank all the writers who had the courage to submit their writing and we sincerely hope you will continue to hone you craft and to nurture your imagination.

The role of a writer is not to say what we all can say, but what we are unable to say.

~ Anaïs Nin

2 Responses

  1. Tidak tahu ada pertandingan ini.

  2. akan datang ni buatlah promosi besar-besaran. ramai tak tahu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: