Review Album: Geen Naam (Making Punk Tape A Threat Again)

Punk genre yang anti status quo!

Punk merupakan genre muzik yang terkenal dengan budaya anti status quonya. Anti status quo yang penulis maksudkan di sini ialah bagaimana mereka meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu isu yang berlegar di tengah-tengah masyarakat seperti Neo-feudalisme, korupsi,Anti kolonialisasi, nepotisme, kolusi dan salah guna kuasa. Sifat ini tergambar melalui muzik yang ditampilkan oleh The Sex Pistols (yang boleh dikatakan band terawal genre Punk) melalui lagu-lagu berbaur politik mereka seperti Holidays in the Sun, Anarchy in the UK, GodSave the Queen dan juga lagu berkenaan sosial (pro dan anti pengguguran janin) seperti laguBodies. Salah satu sifat yang sinonim dengan lagu daripada genre Punk ialah riff gitar yang pantas, ketukan drum yang laju temponya dan lagu-lagu yang pendek (kurang daripada 3-4 minit), solo gitar yang pendek (atau hampir tiada) dan penggunaan ayat-ayat yang ‘vulgar’ dalam melahirkan kemarahan melalui muzik. Hal sebeginilah yang menjadikan lagu-lagu genre Punk agak unik berbanding dengan gugusan genre muzik Rock yang lain.

Baru-baru ini, penulis telah diberikan peluang mendengar sebuah demo band yang mendefinisikan aliran mereka sebagai Hardcore Punk. Apabila terdengar sahaja perkataanHardcore Punk, terus tergambar difikiran penulis, band aliran ini seperti Anti Nowhere League, Misfits, Danzig, Bad Religion, Black Flag dan Dead Kennedy. Memang penulis secara peribadinya meminati band Hardcore Punk seperti Misfits dan Anti Nowhere League.Umum mengenali mereka dengan lagu seperti Last Caress dan So What! (mungkin lagu ini tersebar kepada ramai peminat kerana Metallica pernah memainkannya dengan bentuk genre Thrash-Metal dalam album Garage Inc). Namun, saat penulis mula memainkan kaset (memang mereka bersemangat Punk kerana tidak mahu mengeluarkan demo dalam bentuk CD) mereka dalam Hi Fi (terpaksa pinjam daripada bapa penulis, kerana penulis tidak mempunyai pemain kaset) penulis merasakan sesuatu aliran tenaga muzik yang menarik!

Geen Naam beraksi!

Secara jujurnya, penulis merasakan mereka tidaklah Hardcore Punk dalam pengertian yang kaku, tetapi lebih kepada penggabungan genre (Fusion of genre/Crossover) Thrash dan Punk. Penulis mengkategorikan genre muzik yang ditampilkan oleh band Geen Naam sebagai Thrash-Punk. Mengapa penulis mengatakan sedemikian? Jarang penulis mendengarkan band Hardcore Punk menggunakan instrumen muzik seperti double pedal drum dan pump riffinggitar yang begitu berat. Daripada aspek vokal, penulis turut bersetuju bahawa terdapat pengaruh gaya Thrash ala-ala teutonic(walaupun tidak banyak) dalam beberapa lagu. Hal yang paling ketara sekali ialah patterns drum yang begitu kuat sekali pengaruh genre Thrash-Metal/Doom Metal. Berdasarkan sifat-sifat yang telah dikenalpasti di atas, maka penulis tidak teragak-agak mengkategorikan Geen Naam sebagai band beraliran Thrash Metal.

GEEN NAAM: REVIEW DEMO

Line up terbaru Geen Naam...Gambar ini katanya market sikit..Jadi add lah mereka di FB

Geen Naam merupakan formasi band yang dianggotai oleh pemuzik muda seperti Laney Sixx yang menggalas tugas vokal dan bass, Boberz di posisi lead gitar, Apis bermain rhytm gitar dan Fael Lungut sebagai pemain drum. Sebelum mendengar lagu-lagu dalam demo ini, penulis terbaca tagline yang agak ’catchy’ iaitu “Making Punk Tape A Threat Again”.Sememangnya lagu-lagu Punk wajib menyertakan kritikan yang menjadi ’ancaman’ kepada masyarakat. Hal ini kerana, sudah menjadi budaya Punk untuk bersifat anti status quo dan menyanggah pegangan ’authority define’ oleh masyarakat. Demo ini mengandungi 6 buah track selama kurang daripada 20 minit.

Klik sini untuk dengar —–>Sampel lagu demo Geen Naam

Track pertama dalam demo ini dimulakan dengan sebuah lagu yang menyentuh hal penderitaan rakyat Palestin. Palestinian Hunger, bertemakan penderitaan masyarakat Palestin di bawah penindasan Yahudi-Zionist. Track ini membicarakan tentang ’beban sejarah’ yang ditanggung oleh kedua-dua pihak. Hal ini dinyatakan melalui lirik ”Jews went for revenge, for an old motherland, and they keep fighting, seems won’t to an end. Penulis merasakan track ini kuat pengaruh muzik Black Flag. Track dimulakan dengan bassline yang agak panjang (standard lagu-lagu genre Punk) . Namun, penulis dapat mengesan penggunaan double pedal drum (jika tidak silap) yang mempunyai patterns genre Thrash Metal. Agak jarang band Punk menggunakan double pedal drum. Penulis merasakan seperti mendengar muzik band Nuclear Assault versi Hardcore Punk. Namun, apa yang kurang menarik walaupun tidak mencacatkan ialah, bassline agak tenggelam berikutan ketukan double pedal drum yang agak kuat. Perlu diingati, genre Punk tanpa kekuatan bass, seakan makan nasi tanpa sambal belacan.

Track kedua lebih berbaur politikal. Penulis merasakan lagu ini boleh dijadikan anthem untuk demonstrasi dan tunjuk perasaan kepada kezaliman pihak polis. Track berjudul Police State (Knock Em’ Dead) benar-benar merupakan kritikan kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Lagu mengkritik kekerasan pihak berkuasa sememangnya menjadi kelaziman dalam genre Punk. Daripada aspek teknikal, lagu ini menampilkan sound yang agak raw (memang benar-benar punk), permainan drum, bass dan gitar seimbang, tetapi mood lagu ini seharusnya lebih catchy, namun apa yang menyebabkan lagu ini agak kurang menarik, melodinya yang agak serius. Penulis mengambil contoh lagu the Sex Pistols yang menyindir EMI, lagu mereka bernada catchy dan sarkastik kerana ia sememangnya bertujuan untuk menyindir pihak EMI. Berdasarkan hal ini, lagu Police State (Knock Em’ Dead) sepatutnya mempunyai format yang menyindir dan catchy. Lagu untuk anthem tidak seharusnya bernada serius! Geen Naam perlu memikirkan untuk memberikan format baru kepada lagu ini agar ia mampu menjadi anthem kepada aktivis muda. Lebih bagus jika lagu ini diberikan nafas baru dengan menampilkan lirik Melayu, sesuai dengan keadaan Malaysia yang mana penutur dan pendengar terbesar adalah bahasa Melayu.

Track ketiga merupakan sebuah lagu yang menceritakan tentang monolog seseorang yang cuba mencari hala tuju dan makna kehidupan. Lagu ini bertajuk Unanswered Prayers. Secara peribadi, penulis menjadikan lagu ini sebagai lagu pilihan yang mempunyai nilai komersial.Daripada sudu teknikal, lagu ini merupakan track yang penulis tidak jumpa sebarang kecacatan. Permainan gitar, bass dan drum yang begitu seimbang. Berbanding lagu-lagu lain, kadang kala bunyi gitar ’overshadow’ vokal dan bass, manakala terdapat lagu yang lain ketukan drum terlalu kuat sehingga membayangi instrumen lain. Walaubagaimanapun, lagu ini menawarkan sesuatu yang menarik iaitu kawalan instrumen yang bagus. Penulis memberikan 4 setengah bintang untuk lagu ini. Penulis ingin menyarankan Geen Naam agar memberikan tumpuan kepada lagu ini dalam mana-mana persembahan mereka. Ia mampu menambat hati pendengar berikutan nada Thrash-Punk yang begitu kuat pengaruhnya.Perkara yang paling penulis tertarik ialah riffing gitarnya yang begitu menakjubkan! Penulis merasakan seakan mendengar campuran muzik band Exodus dan Anti Nowhere League.Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat penulis ini, namun itulah yang pengalaman yang penulis rasakan setelah selesai mendengar track ini berkali-kali. Geen Naam WAJIB menumpukan usaha untuk mempopularkan lagu ini kepada semua peminat!

Surrounded by Evil merupakan track yang keempat dalam demo ini. Tajuknya memberikan gambaran kegelapan kepada semua bakal pendengar. Namun malangnya mood kegelapan dan ketakutan yang cuba disampaikan melalui ini tidak kesampaian. Entah di mana silapnya, penulis tidak menemui aura seram mahupun kegelapan dalam lagu ini. Dripada aspek teknikal, lagu ini menampilkan riffing gitar yang kurang menarik, ketukan drum yang terlalu kuat sehingga menengelamkan bunyi bass. Seharusnya lagu seperti ini banyak memainkan scale pentatonik atau arpegious supaya mood seram timbul, namun malangnya ia seakan tidak menjadi. Penulis menganalogikan lagu ini seperti lagu ’Blood Lust’ oleh Venom yang dimainkan oleh band Pop Rock seperti Michael Learns to Rock. Track yang lemah dan mencacatkan mood ’dark & Eire’!.

The Eye of Sauron merupakan track kelima dalam demo Geen Naam. Secara jujurnya penulis begitu meminati lagu ini kerana mengimbau kembali zaman Teutonic Thrash Metal ala-ala Destruction zaman ‘Nailed to the Cross’. Track dimulakan dengan perkataan ‘All Seeing Eye of Madness’ sudah memberikan gambaran bahawa lagu ini bercerita tentang Zionist “All Seeing Eye’. Track ini merupakan antara yang menarik dalam demo Geen Naam selepas laguUnanswered Prayers. Riffing gitar yang berat dan pantas serta disusuli ketukan drum double pedal (jika tidak silap) yang diimbangi oleh bassline yang menarik. Vokal dalam track ini juga tidak ditenggelami oleh permainan instrumen muzik yang lain. Penulis menyarankan Geen Naam untuk menumpukan lagu ini sebagai ’killer song’ dalam mana-mana persembahan mereka. Mood Thrash-Metal begitu ketara dalam track ini. Syabas!.

Track yang keenam, Deaf, Dumb and Blind yang menjadi tajuk kepada demo ini. Lagu ini tidak menampilkan apa-apa keistimewaan berbanding dua lagu yang penulis nyatakan ”keistimewaannya’ sebelum ini. Hanya pengulangan tipikal lagu-lagu genre Punk. Lagu ini menceritakan bagaimana pihak penguasa cuba membutakan masyarakat dengan hegemoni pemikiran. Jika diikuti liriknya, seperti membawa tema yang dibawa oleh band Helloween iaitu’I want Out’, menolak hegemoni pemikiran ke atas masyarakat. Sememangnya lagu ini agak kuat berbentuk politikal.

PENUTUP

Penulis memuji usaha yang dilakukan oleh Geen Naam dengan menerbitkan demo ini. Suatu usaha yang harus dipuji!. Namun, perkara yang harus dipertimbangkan oleh Geen Naam untuk projek album mereka di masa hadapan ialah menampilkan lagu-lagu yang berbahasa Melayu. Mungkin dalam 6 buah lagu, diselitkan 2 buah lagu berbahasa Melayu. Jika lagu berbahasa Melayu ditampilkan, penulis yakin mereka akan mampu meraih sokongan ramai lagi peminat scene Punk tempatan. Kita di Malaysia, harus menampilkan karya seni yang berbahasa kita sendiri, tetapi lagu-lagu berbahasa Inggeris perlu dikekalkan juga.

Geen Naam sesungguhnya tidak harus menampilkan mereka sebagai sebuah band bergenre Hardcore Punk, tetapi sebuah band yang bergenre Thrash-Punk. Jujurnya, mereka berbakat untuk memainkan genre muzik sebegitu (Thrash-Punk), khususnya mereka mempunyai vokalis yang sangat sesuai dengan genre tersebut. Diharapkan dalam album yang akan datang, Geen Naam akan memperbaiki beberapa kelemahan seperti ’grammatical error’ dalam penulisan lirik, menambahkan beberapa bahagian solo dalam lagu dan vokal yang lebih growl(tidak semestinya teutonic) dan tajam disesetengah bahagian dalam lagu mereka. Turun naik vokal memainkan peranan utama dalam menghasilkan lagu yang menarik. Penghasilan dalam bentuk kaset perlulah difikirkan kembali. Bukan tidak boleh, namun sesuai dengan teknologi semasa, Geen Naam perlu memikirkan untuk menghasilkan karya mereka dalam bentuk CD bagi memudahkan pendengar menikmati karya seni mereka tanpa perlu bersusah payah mencari ‘casset player‘ yang sudah menjadi bahan arkib sejarah muzik (hahahaha). Kredit harus diberikan kepada pemain gitar utama dan pemain drum Geen Naam kerana menampilkan mutu permainan muzik yang baik. Bagi bahagian bass, mereka harus memperbanyakkan lagi bassline yang unik (tidak semestinya slapping technique) khususnya di tengah-tengah lagu dan chorus agar lagu-lagu mereka tidaklah terlalu ’dry’. Perlu diingati bahawa kejayaan lagu-lagu genre Punk banyak bergantung kepada bassline yang menarik! Untuk bahagian rhytm pula, perlu menampilkan riffing yang agak berlainan dengan bahagian lead. Kerana fungsi rhytm bukan hanya mengikuti riffing lead (back up), tetapi juga menjadi tulang belakang (back bone) kepada setiap lagu. Sememangnya akan ada pihak yang mempertikaikan reiew penulis seolah-olah memberikan review kepada band Thrash-Metal. Bukan menjadi niat penulis untuk mendiskriminasi genre Hardcore Punk, tetapi secara jujurnya, demo Deaf, Dumb and Blind oleh Geen Naam ini bukanlah sebuah demo yang bergenre Hardcore Punk tetapi lebih kepada genre Thrash-Punk.

Promosi kompilasi album..Edaran terhad..Lambat habis!

Penulis menyarankan kepada para pendengar yang meminati genre Punk (serta peminat Thrash-Metal) untuk cuba mendengar demo ini. Geen Naam menawarkan anda sebuah demo yang lain daripada kebiasaan oleh band genre Punk yang lain yang terdapat di Malaysia (khususnya). Diharapkan Geen Naam mampu menjadi pelopor (pioneer) kepada genre Thrash-Punk dalam scene underground Malaysia. Secara keseluruhannya, penulis memberikan 4 bintang untuk demo ini. Bukan hanya kepada kualiti teknikal mereka yang agak memberangsangkan, tetapi juga kepada mutu penulisan lirik yang mereka tampilkan (namun perlu diperkemaskan lagi di masa hadapan). Syabas Geen Naam!

Nota:Sesiapa yang mahu album mereka direview,boleh hubungi gua di alamat dimebag_rockstar@yahoo.co.uk (Mesti label independent,kalau label kapitalis besar yang terbit,gua malas)..Tapi kalau tak mau,p mampus la korang!..Hahahaha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: