901: ANWAR IBRAHIM BUKAN HANYA SOSOK BIOLOGI

Di dalam gerakan politik sosok atau dalam bahasa Inggerisnya “figure” adalah sangat penting. Sosok adalah simbol yang mewakili sesuatu idea. Keperluan terhadap sosok ini tidak terelakkan kerana secara mudahnya tidak semua manusia mempunyai kepentingan, kesedaran dan pemahaman yang sama. Ini adalah hakikat kehidupan moden.

Kehidupan moden bukan sahaja memperumitkan lagi kelompok manusia yang punya kepentingan, kesedaran dan pemahaman yang berbeza tetapi juga memperamaikan lagi kelahiran populasi umat manusia (melalui sains dan teknologi kesihatan yang lebih maju) dengan kelas-kelas yang berbeza-beza. Dari kelompok “mat despatch” atau “minah kilang” hinggalah ke kelompok “mamat main golf sambil kutip duit saham” atau “minah cincin berlian goyang punggong shopping di Starhill Gallery”.

Spektrum kelompok spesies manusia moden sudah menjadi terlalu rencam, terlalu ramai (sebab kemajuan kesihatan dan juga sebab memantat tanpa kondom), terlalu pelbagai, terlalu rumit serta terlalu banyak kategori sosialnya di dalam suatu spektrum horizontal dan vertikal yang cukup panjang. Sekarang ini umumnya kategori pengkelompokan manusia bukan hanya terbahagi kepada kelas-kelas ekonomi semata-mata tetapi juga etnisiti, bahasa, agama, mazhab, jalur pemikiran agama, gender, orientasi seksual, ideologi, daerah, wilayah, negeri, gaya hidup, jenis pemikiran, pendidikan, pekerjaan dan pelbagai kategori-kategori sosial yang semakin rencam, terpencar dan kompleks.

Ini adalah hakikat kehidupan moden yang ditunjangi oleh sistem ekonomi kapitalisme di mana proses pengindividualisasian masyarakat atau dalam bahasa Inggerisnya “the process of individualization of society” menjadi semakin gencar dan pesat sehingga perkumpulan manusia berasaskan nilai kolektivitas semakin menipis sementara autonomi individu menjadi semakin menebal.

Justeru itu di dalam hakikat kehidupan moden yang sebegini rupa, sosok menjadi sangat penting khususnya di dalam gerakan politik yang memerlukan simbol sebagai suatu bentuk mekanisme untuk mempermudah dan mengikat pelbagai  kepentingan, pemahaman dan kesedaran yang berbeza itu melalui suatu ikatan simbolik yang menyatukan kerencaman yang wujud itu. Simbol-simbol ini boleh diwakili di dalam pelbagai bentuk seperti bendera, lambang, lagu, perayaan, tugu, upacara dan juga sosok. Di dalam padang gerakan politik sosok adalah antara simbol yang cukup penting.

Nelson Mandela adalah sosok yang mewakili simbol penentangan terhadap penindasan ke atas kaum kulit hitam oleh sistem apartheid. Begitu juga dengan sosok Khomeini di dalam gerakan revolusi Iran. Malahan revolusi Iran tidak hanya mempunyai satu sosok tetapi juga beberapa sosok lain seperti Ali Shariati, Talegani, Motahhari dan beberapa sosok penting yang lain sebagai simbol perlawanan terhadap regim Shah yang zalim.

Baru-baru ini kita menyaksikan bagaimana revolusi di Tunisia mengangkat sosok Mohamed Bouazizi sebagai syahid dan juga simbol penentangan yang menyatukan pelbagai kelompok di Tunisia di dalam satu kesatuan yang ampuh untuk menumbangkan regim Ben Ali. Sosok Bouazizi ini walau pun sudah syahid tapi tetap sahaja menjadi pemicu kepada kebangkitan gerakan pembebasan dan demokrasi di beberapa negara Arab yang lain termasuk di Mesir yang mana gerakan rakyatnya berjaya menumbangkan regim Mubarak.

Walau pun ramai yang berhujah bahawa kebangkitan rakyat Mesir tiada sosok yang tertentu yang mendorongnya tetapi tetap sahaja sosok akan wujud di saat-saat gerakan hampir layu. Di Mesir sosok ini muncul dari tubuh Wael Ghonim, anak muda yang memberi kembali semangat untuk terus melawan kepada gerakan rakyat Mesir sehingga tumbangnya regim Hosni Mubarak.

Sarjana dari Mesir Fouad Ajami menyimpulkan:

A young Google executive, Wael Ghonim, had energized this protest when it might have lost heart, when it could have succumbed to the belief that this regime and its leader were a big, immovable object. Mr. Ghonim was a man of the modern world. He was not driven by piety. The condition of his country—the abject poverty, the crony economy of plunder and corruption, the cruelties and slights handed out to Egyptians in all walks of life by a police state that the people had outgrown and despaired of—had given this young man and others like him their historical warrant.”

Sosok dan gerakan perlawanan adalah suatu sinonim yang tak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Gerakan perlawanan tidak dapat lari dari menghadirkan sosok. Di Malaysia ini sosok itu hadhir dari batang tubuh manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Di dalam gerakan perlawanan di tanah air kita di era ini sosok Anwar Ibrahim tidak hanya menjadi sosok fizikal tetapi juga ia telah menjadi sosok yang berbentuk sosial, konsepsual dan simbolik.

Sosok Anwar Ibrahim merentasi tubuh biologi beliau sendiri dan mendakapi imaginasi rakyat Malaysia yang melawan dari Perlis hingga ke Sabah melangkaui sempadan geografi, etnik, kelas, agama, bahasa dan budaya. Sosok Anwar Ibrahim adalah simbol sosial dan konsepsual perlawanan terhadap rangkuman segala bentuk kejahatan, kebejatan, kezaliman, ketidakadilan, korupsi, rasuah, salah guna kuasa, keganasan polis, kerosakan sistem kehakiman negara, pembohongan media milik pemerintah dan penindasan ke atas rakyat yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO.

Memandangkan di dalam masyarakat moden yang serba kompleks ini terdapat pelbagai kategori kelompok manusia yang rencam dan terpencar dengan kepentingan, pemahaman dan kesedaran yang berlapis-lapis serta terpilah-pilah maka sosok Anwar Ibrahim ini menjadi sangat penting. Pentingnya sosok Anwar Ibrahim ini bukan hanya kerana kewujudan sosok tubuh biologinya tetapi juga kerana ia adalah suatu simbol sosial dan konsepsual suatu perlawanan yang gigih terhadap regim yang zalim yang boleh dibayangkan, digapai dan diikat di dalam satu kesatuan kebersamaan oleh pelbagai kelompok yang punya pelbagai kepentingan, kesedaran dan pemahaman. Segala macam isu dan permasalahan yang serba kompleks, rumit dan rencam yang wujud hasil dari kehilangan kepercayaan sebahagian daripada rakyat Malaysia terhadap pemerintah itu dapat dipermudahkan melalui simbol perlawanan yang terjelma dari batang tubuh manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Oleh kerana itu turun ke Mahkamah Jalan Duta pada 9hb Januari 2012 adalah suatu kewajipan dan kemestian kepada mereka yang komited terhadap perjuangan untuk menjulang kebebasan, keadilan, kesaksamaan, kemanusiaan dan demokrasi buat tanah air kita yang tercinta ini. Turun ke Mahkamah Jalan Duta pada 901 bukan hanya tanda solidariti kita kepada batang tubuh Anwar Ibrahim yang telah dizalimi dan diadili secara berat sebelah tetapi juga solidariti kita kepada nilai-nilai perlawanan terhadap kezaliman pemerintah yang diwakili secara sosial, konsepsual dan simboliknya oleh sosok manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini.

Oleh kerana itu 901 ini gua akan turun. Lu turun?

5 Responses

  1. Wat make u think Anwar is innocent? How can you be sure that Anwar is not what you think he is?
    The court has heard from both sides of the parties and the court will deliver its judgement so why must we as a civilise malaysian go to the streets to demonstrate on releasing Anwar.
    Why is that.when judgement favors the opposition they say the judge is just and fair but when judgement is against them, they will say that the judges are bias in their judgement.
    Cmon malaysian we are a civilise nation and not barbarians and demostrating for one person.

    • I agree on most of lennis’ arguments, but regarding when judgmnt is unfair or unjust if it doesnt favour opposition,or just n fair when it favours the opposition. .I dnt thinkit is only applied to those who r in opposition. .It happens to everyone n every party all over the world. . Logically n with a great common sense,it is human nature to say ‘follow what is say,cz i am right n u r wrong’. .we never thought that we might wrong in the first place,we always pointed fingers onto the others first. .So to
      claim that the judiciary is unjust of being in favour of the
      governing party by the opposition is a common scenario where it happens to the governing party as well when the jdgmnt doesnt favour them. .

    • adalah lebih tak bertamadun dan barbarian mereka yang masih menyokong kerajaan yang korup, rasuah dan pembunuh!

  2. Its more barbaric and uncivilized to just complaint and complaint until cows come home (or condo!) without doing nothing while injustice, corruption (pkfz, nfc, perwaja etc) and murder (teoh beng hock, aminur rashid, sarbaini, kugan, francis udayapan) happened in this country. how can u believe malaysian court when a two days sperm in saifol bukhari’s ass hole can still be admitted in court? saifol bukhari’s asshole must be a special and rare type that can be vacuum sealed and protected even with a two days sperm reside in it! if this case is in other country, it would be thrown out already la dude!

  3. tak ramai yang turun masa 901 tempoh hari. aku anggar dalam lima ribu orang sahaja yang turun. mungkin sebab hari isnin orang kerja sebab tu tak ramai. tapi nak banding masa kes liwat 1 tahun 1998 yang dulu, masa itu lebih ramai orang yang turun ke jalan.

    mungkin kempen 901 ni tak dimulakan lebih awal. aku hanya baru dengar seminggu sebelum 901 masa anwar buat roadshow. sebelum tu macam tak ada kempen. aku juga rasa kempen 901 ni terlalu fokus pada individu iaitu anwar.

    bukan semua orang suka anwar dan bukan semua generasi baru yang merasa pengalaman reformasi 1998 faham tentang makna simbol anwar ini. reformasi 1998 sudah hampir 15 tahun berlalu dan generasi muda yang baru mungkin tidak dekat dengan anwar seperti generasi 1998. sentimen mereka juga mungkin sudah jauh berbeza.

    aku rasa oleh kerana kempen 901 ini terlalu tertumpu pada anwar sebagai individu, sebab tu tak dapat nak tarik mereka yang berjuang bukan kerana anwar.

    di masa hadapan strategi kempen perlu memasukkan isu-isu yang lebih penting yang melangkau individu untuk tarik lebih ramai penyertaan rakyat terutamanya mereka yang berjuang kerana idea bukan kerana individu. atau mungkin kempen seperti ini juga boleh diolah di dalam bentuk yang lebih popular seperti ABU – Asalkan Bukan UMNO.

    penganjur perlu mempelbagaikan strategi, memperawalkan tempoh kempen dan merangkumkan isu-isu dan sentimen popular ke dalam kempen bebaskan anwar. anwar mungkin lepas pada kali ini tapi di masa depan mungkin anwar terpaksa berhadapan pula dengan kes video seks.

    penganjur khususnya PKR haruslah bersedia dari sekarang dan jangan bermula di saat-saat akhir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: