Adam Adli Rocks!

Kami di Diskopi, memberikan sokongan moral kepada anak muda yang berani!. Adam Adli you rock! To all that want to give Adam a moral support, leave words of support and courage at Adam Adli Rocks!

Advertisements

AUKU dan Krisis Pengetahuan (II)

Saya fikir, “kritik atas kritik” ini adalah usaha baik, bukan saja saya sebagai mahasiswa, tapi juga untuk khalayak akademik umumnya.

Saya memetik, apa yang disebut oleh Mohd Azizuddin ialah: “Saya tak kata pun di universiti hanya tumpu pada pelajaran sahaja malah ilmu itu harus diselidiki termasuklah ilmu politik.”

Saya jelas, tidak bermasalah dengan penyataan ini. Memang, pengetahuan harus diselidiki, termasuklah juga pengetahuan politik. Dalam hal menyelidiki pengetahuan ini, kita boleh lagi menoleh kepada Habermas, yang telah menjadi kutipan bersama kita sebelum ini. Continue reading

AUKU dan Krisis Pengetahuan (I)

Pendidikan haruslah berorientasi kepada pengenalan realiti diri manusia dan dirinya sendiri – Poulo Freire

Tidak perlu untuk berbasi-basi lagi, tulisan ini ialah respon kepada tulisan saudara Mohd Azizuddin Mohd Sani (Karyawan Tamu Kementerian Pengajian Tinggi), yang disiarkan dalam Berita Harian pada 18 November 2011 bertajuk ‘AUKU tidak sekat kebebasan berfikir mahasiswa’.

Seingat saya, sejak diperkenalkan isu mengenai AUKU ini tidak pernah kunjung selesai . Barangkali juga, tujuan tulisan yang ditulis oleh saudara Mohd Azizuddin adalah untuk menjernihkan kembali kepada khalayak ‘cita-cita murni’ AUKU dilaksanakan. Continue reading

Let’s undo the idea!

Oleh Aishah

“Interpreter: Who’s there?
Book: Nay, answer me; stand, and unfold yourself.”
– Geoffrey Hartman

‘Menulis’ tentang Derrida, tentu saja kita tak dapat lepas daripada membicarakan “what is…..literature” dan “who decides”. Kedua-dua persoalan ini menyentuh sejumlah perbahasan menarik dan melahirkan gagasan seperti ‘undecidability’, ‘arche-writing’, ‘differance’, ‘other/ness’, ‘binary opposites’, ‘re-mark’ selain ‘deconstruction’. Continue reading

Mengenang Sondang Hutagalung – Jakarta 10 Disember 2011

Lagu Untuk Cincin Rosmah

Sharizat & Bhutto!

Sharizat & Bhutto