The Malaysian Vendetta

Selamat Petang Kuala Lumpur,

Saya, seperti juga anda menghargai keselesaan dalam rutin, keselamatan benda-benda biasa dan keamanan dalam pengulangan. Saya suka lepak di mamak dan tonton tv di rumah seperti mana manusia normal yang lain. Dan dalam semangat menyambut tahun baru ini saya fikir kita patut buat suatu yang istimewa dan meletakkan makna baru kepada tarikh 31 desember.

Sememangnya ada yang tidak mahu kita bersuara. Saya jangkakan sekarang arahan sedang dipekikkan melalui telefon dan lelaki dengan senjata sedang dalam perjalanan ke dataran. Kenapa? Kerana apabila cota digunakan untuk membantai komunikasi, kata-kata akan tetap memiliki kuasanya. Kata-kata merupakan perkakas kepada makna dan kepada sesiapa yang bersedia untuk mendengar, bersedialah untuk kebenaran. Dan sebenarnya ada yang sangat tidak kena dengan negara ini.

Kekejaman, ketidakadilan, dan penindasan. Anda pernah mempunyai ruang untuk membantah dan menyatakan pendapat sebebasnya tetapi sekarang maklumat anda ditapis, dan sistem pemantauan berterusan memakasa anda untuk tunduk, patuh dan setia. Bagaimana ini boleh berlaku? Siapa yang harus dipersalahkan? Sememangnya terdapat orang-orang yang lebih bertanggungjawab daripada kita dan mereka akan dipertanggungjawabkan. Tetapi apabila berbicara tentang kebenaran… jika anda mencari seseorang untuk dipersalahkan, tempat pertama yang anda patut lihat adalah di cermin.

Saya tahu mengapa anda lakukannya, saya tahu anda takut. Mengapa tidak? 13 mei, pergaduhan kaum, komunis, operasi lalang… Terdapat rentetan masalah dibingkaikan untuk merosakkan pertimbangan dan merompak kewarasan anda. Lalu Ketakutan menguasai dan dalam keadaan panik anda berlindung di belakang Barisan Nasional. BN menjanjikan kestabilan, BN menawarkan keamanan. Dan sebagai balasan anda hanya perlu menyerahkan ketaatan, tunduk, patuh dan setia kepada setiap rencana mereka.

Hari ini saya bercadang untuk menghentikan ketaatan ini. 2011 akan diingati dalam sejarah sebagai tahun revolusi aman tanpa keganasan. Ia bermula di Tunisia dan merebak ke Dataran Tahrir Mesir. Dataran Tahrir adalah simbol pembebasan dan kuasa rakyat di abad ke 21. Kita juga melihat gerakan rakyat di Sepanyol yang diikuti oleh pergerakan Occupy Wall Street.

Arus demokratik yang dijana oleh warga di atas jalanan ini adalah satu perubahan besar di zaman kita sebagai tanda penentangan terhadap elit seluruh dunia. Hari semakin suntuk dan tahun ini akan pantas berakhir. Awan hitam masih terawang di langit Malaysia dan tiada bezanya dengan tahun-tahun yang lepas.

Tekanan terhadap hak asasi manusia masih tidak dipedulikan. Warga menderita dalam bentuk dan tahap berbeza. Adalah sukar bagi orang biasa untuk menjelaskan dan menyuarakan derita dan perjuangan mereka. Oleh itu kita mahu semua orang mencari suara mereka dan memformulasi tuntutan masing-masing.

Beberapa tuntutan datang daripada ketidakadilan seperti : halangan protes jalanan, rang undang-undang perhimpunan aman, kilang nadir bumi Lynas, rompakan tanah orang asli dan orang asal sabah dan Sarawak, korupsi dalam kerajaan, eksploitasi pendatang, kematian dalam tahanan polis dan sprm, tekanan terhadap kebebasan akademik baik pelajar mahupun pensyarah dalam auku dan pelbagai lagi.

Jadi, jika anda tidak nampak. Jika jenayah kerajaan ini tidak penting bagi anda, saya cadangkan supaya anda tinggalkan 31 desember tanpa apa-apa makna.

Tapi jika anda nampak apa yang saya nampak, anda rasa apa yang saya rasa, dan anda mahu apa yang saya mahu, saya minta untuk anda berdiri di sebelah saya memakai topeng V pada malam ambang tahun baru di dataran merdeka dan kita berikan mereka tahun baru yang tidak akan dapat dilupakan.

One Response

  1. V for Merdeka pada pandangan saya suatu aksi yang GAGAL. Nampak sangat aksi ini tidak sampai ke akar umbi. Sila baca berita di malaysiakini: http://malaysiakini.com/news/185385 – hanya more or less 100 orang sahaja yang join aksi ini berbanding dengan puluhan ribu rakyat biasa yang membanjiri Dataran Merdeka. V for Merdeka ini hanya aksi syok sendiri yang tidak dekat dengan rakyat akar umbi. Nak bergambar untuk dijadikan kenangan boleh la. Nak dijadikan movement jauh sekali!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: