Die Mündigkeit dan AUKU

Oleh: Bukan Ameng Spring

Muhammad Idzuan Jamalludin, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Sains Malaysia sidang 2011/12

Pencerahan adalah kemunculan seseorang dari ketidakfahamannya yang dipikulnya sendiri. Ketidakmatangan merupakan ketidakupayaan seseorang untuk menggunakan kefahaman (fikirannya) tanpa bantuan (pedoman) orang lain. Beban ketidakmatangan ini bukanlah datang daripada ketidakfahaman, melainkan kerdilnya azam dan keberanian untuk menggunakan akal tanpa panduan orang lain.

Sifat malas dan pengecut ini merupakan sebab mengapa sebahagian besar mahasiswa masih ingin berada sepanjang hayat dalam keadaan tidak matang; sehingga mudah untuk pihak lain (baca: khususnya HEP) tanpa tentangan (malah dialu-alukan) menjadi ‘penjaga’ mereka. Ya, apa salahnya? Bukankah sangat selesa untuk berada dalam ketidakmatangan?

Saya mempunyai HEP dan biarlah mereka yang putuskan apa yang baik dan tidak untuk saya. Apa gunanya berfikir jika ada orang lain mahu melaksanakan kegiatan yang melelahkan itu?

Malah, HEP  yang selama ini telah menguasai (maha)siswa dengan ‘baik’ berjaya memastikan majoriti (maha)siswa – termasuk para pemimpin mereka – menganggap usaha menuju kematangan (kemampuan berfikir sendiri) adalah suatu yang amat susah dan merbahaya pula. Tidak percaya? Maka rujuk tulisan Muhammad Idzuan Jamalludin, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Sains Malaysia sidang 2011/12, yang bertajuk Usah Ganggu Siswa Dengan Isu Politik (Berita Harian 2011/11/10):

Saya tidak ada masalah dengan 15(1) dan 15(4) tetapi persoalan utama, siapa yang boleh beri jaminan IPT tidak akan digunakan oleh mana-mana parti politik sebagai markas dan medan politik mereka jika 15 (1) dan 15 (4) dihapuskan. Adakah jaminan ini diberikan Naib Canselor atau ahli politik BN, ketua pembangkang atau siapa? Tiada sesiapa mampu memberi jaminan tidak akan ada kekacauan oleh parti politik untuk masuk ke dalam kampus.

Betapa terhinanya hidup tanpa kematangan fikiran, tanpa kemampuan untuk menentukan hidup sehari-harian.

Idzuan seolah-olah mengajukan patut digubal satu undang-undang untuk menghalang (maha)siswa daripada makan ikan sembilang kerana tidak ada sesiapa yang mampu menjamin hatta Naib Canselor atau ahli politik BN, ketua pembangkang bahawa (maha)siswa tidak tercekik tulang ketika menikmati ikan sembilang!

Memang tidak ada sesiapa dapat memberi jaminan bagaimana kita memanfaatkan kebebasan kita di masa hadapan. Kebebasan daripada AUKU samalah dengan kebebasan untuk menikmati ikan sembilang atau ikan apa sekali pun. Ya, ada risikonya, maka berlajarlah untuk menanganinya, jika tidak, sampai bila-bila pun, kita tidak akan dapat menikmati ikan sembilang.

Kekerdilan azam dan kedaifan keberanian sangat terserlah dalam tulisan Idzuan ini. Jika yakin bahawa (maha)siswa mampu menjadi pemikir terbaik untuk bangsanya, seharusnya parti politik di luar yang takut untuk menghampiri (maha)siswa yang tebal idealisme dan teguh pendirian. Biarkan setiap parti politik gentar dengan sikap kritikal (maha)siswa sehingga ruang kampus menjadi terhormat dan mulia – bukan sebagaimana kini, parti-parti politik (baik parti pemerintah mahupun pembangkang) berlumba-lumba mahu memper’kuda’kan (maha)siswa kerana tahu mereka tidak mampu untuk membuat keputusan bagi dirinya sendiri. Jadikan parti politik manapun cemas untuk merapati pagar universiti bukan kerana AUKU tetapi kerana keberanian (maha)siswa untuk berfikir dan mencabar apa sahaja idea yang ditawarkan dihadapan mereka. Malah jauh lebih daripada itu, seharusnya (maha)siswalah yang menawarkan gagasan-gagasan besar untuk masyarakat! Sayangnya, pemikiran Idzuan terlalu kerdil untuk melihat sejauh ini.

Namun, sikap Idzuan ini, tidaklah sukar untuk difahami, kerana sebagaimana menurut Immanuel Kant dalam was ist aufklärung, kelompok manusia yang pernah dibelenggu oleh ‘penjaga’ mereka kemudian akan membelenggu dirinya sendiri apabila dihasut oleh mereka yang tidak mampu mencapai Pencerahan.

Namun, tidak ada jalan lain untuk menuju Pencerahan melainkan dengan kebebasan; menggunakan akal fikiran seluas-luasnya. Sapere aude, berani untuk mengetahui! (Maha)siswa kini umpama keldai yang sejak lahirnya diikat kepada pedati dan sangat takut untuk dilepaskan daripada belenggu pedati tersebut kerana tiada jaminan bahawa ia akan selamat, maka biarlah ia selama-lama dibelenggu dan melihat dunia luas hanya dari kejauhan. Malah, jika tuanya mahu melepaskannya sekali pun, ia akan meraung-raung dengan suara yang hodoh minta untuk terus diikat sampai mati!

Ya, ada kemungkinan jika keldai itu dibiar lepas bebas dan belajar untuk mencari dan memilih makanannya sendiri, ia akan kadang-kala tersilap langkah dan terjatuh, namun hanya dengan terjatuh keldai ini akan berlajar untuk berjalan dengan tegap dan kepada Idzuan, jika saudara takut belajar untuk berjalan bebas, jangan sekat sahabatmu yang lain. Biarlah kami belajar berfikir dan menetukan sikap kami, kerana sebagaimana ungkapan René Descartes yang termahsyur, cogito ergo sum, I think, therefore I am.

 

                    Sebahagian tulisan ini adalah petikan langsung daripada terjemahan was ist aufklärung, Immanuel Kant (1724–1804).

4 Responses

  1. adakah mahasiswa cukup matang untuk berpolitik/? sedangkan memimpin kampus pun tidak mampu ..

    adakah akan kebal sesebuah kampus itu jika terdapat 2 idealogi iaitu pembangkang dan penyokong …

    atau yang akan muncul adalah perang dingin antara 2 golongan ??

    kesannya ?

    adakah demoNTRASI ???

    BAGAIMANAKAH DENGAN KEAMANAN ?

    ADAKAH SEMUA MAHASISWA MATANG ?

    ATAU KADANGJKALA PENDEK AKALNYA SEHINGGA KAN MENGHILANGKAN RASIONAL MENGUNAKAN EMOSIONAL ?

  2. Kematangan adalah proses, jika tidak dimulakan sampai bila-bila pun mahasiswa tidak matang.

    Jangan jadi bangang.

  3. jadi proses yang bagaimana yang mampu mematangkan seseorang mahasiswa itu sendiri??

    adakah ditepi jalan??
    adakah di dewan kuliah??
    adakah dipentas debat??
    adakah bersorak tanpa hala tuju dan tanpa mengetahui intipati perjuangan mereka sendiri??

    —-yang mana satu pilihan yang bijak????

    • Kematangan tu bile student sendiri belajar utk buat keputusan. Bukan org lain yg buat utk dia. Contohnya, pilihan raya kampus, aktivit kolej kediaman, program khidmat bakti, akhbar kampus semuanya diuruskan oleh student sendiri.

      Kalau urus sendiri, barulah tau kelemahan, belajar nak betulkan diri, belajar nak berorganisasi. Sekrang ni, bnyk hal, HEp yg buat, apsal? ni bukan sekolah menengah! hahaha..!

      Contohnya, bila ada isu nasional, student cepat2 buat forum, panggil speakers, polemikkan isu, analisa, bantu masyarakat utk faham isu dan kemudian tawarkan solusi. ni tidak, hanya buat program syok sendiri. baik Pro-M atau Aspirasi. sama2 tak mandiri! hahaha…!

      Universiti Malaysia memang kangkong!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: