Negara Bukan ibu bapa kita

……universiti umpama ibu bapa, bayangkan jika ibu bapa memberikan seluas-luas kebebasan kepada anaknya? Adakah ini baik? Universiti mengawal dan mengehadkan kebebasan kerana sayangkan (maha)siswa, bukan sebaliknya sebagaimana ibu bapa menyayangi anak-anak mereka…

Pengenalan

Kita sering ditemukan dengan hujah songsang (atau cuba menyongsangkan?) jalan fikir seperti pernyataan di atas. Dalam taxonomi falasi, kesesatan berfikir ini disebut sebagai argumentum ad populum – pernyataan yang kelihatan benar kerana disebut ramai dan sering pula diulang-ulang. Hujah begini juga boleh jadi  argumentum ad ignorantiam, dua premis yang tidak pernah diuji sebagai silap maka diterima sebagai benar. Oleh itu, mari kita selidiki kenyataan ini agar, kesesatan ini menemukan pedomannya.

Baiklah, pertamanya universiti dan ibu bapa adalah analogi yang tidak simetri – tak sepadan. Universiti (awam) merupakan sebahagian daripada negara dan ibu bapa merupakan sebahagian daripada keluarga, ruang peribadi. Maka, peranan universiti tidak akan boleh sama dengan peranan ibu bapa kerana negara tidak berhak untuk masuk ke ranah peribadi seseorang. Contohnya, negara melalui mekanisma manapun tidak berhak untuk menentukan jam berapa seseorang itu boleh keluar bermain bola sepak bersama rakan-rakannya. Tapi ibu bapa punya tanggungjawab untuk menasihati tingkahlaku si anak jika lewat azan maghrib pun masih di padang, contohnya. Apakah mungkin, negara menggunakan aparatusnya untuk memastikan anak-anak pulang ke rumah sebelum jam 6 petang, mandi dan makan malam bersama keluarga. Gila! Begitu juga negara tidak berhak menentukan hidangan meja makan. Jika si anak pulang lewat, keluar dengan kawan-kawan yang tidak disenangi oleh ibu bapa, maka itu tangungjawab ibu bapa untuk menegur anaknya, bukan negara.

Dalam masa yang sama, ibu bapa juga tidak ada hak untuk mengambil alih urusan negara, contohnya jika si anak terlibat dalam kecurian dan ibu bapa memukul anak setengah mati. Itu kan salah dan tidak menyelesaikan apa-apa. Ibu bapa juga tidak berhak untuk mengurung anak mereka yang ketagihan dadah selama dua tahun! Contoh-contoh gila ini bagi memudahkan kefahaman bahawa negara dan keluarga adalah dua set yang berasingan.

Jika Rogayah (bukan nama sebenar) tidak memakai tudung, maka bukan kerja Inspektor Mazlan untuk meleteri Rogayah, tapi ibunya. Jika Izzuddin (nama sebenar) tidak sembahyang, itu tanggungjawab itu orang tuanya untuk menegur, bukan tugas bomba, tentera untuk menghukum. Maka, bagi menjernihkan kefahaman, penting untuk difahami perbezaan antara dosa-pahala (moral) dengan jenayah (sivil). [cumanya di Malaysia ini dosa dan jenayah itu kadang-kala bertindan tindih – tapi itu perbincangan lain].

Tidak perlu kepada nanny state.  Justeru, apakah fungsi negara?

[tamat bahagian 1]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: