Asalkan Bukan UMNO

Aku duduk menatap laman Youtube menonton ucapan-ucapan bodoh pemimpin United Malays National Organisation di Perhimpunan Agong UMNO 2011. Aku berasa hampa dan sedih memikirkan nasib negaraku, yang suatu ketika dahulu gelora Melayunya begitu agung sekali, jauh daripada rasisme dan kebebalan. Sesungguhnya UMNO ini celaka, suatu musibat yang telah menjahanamkan negara ini sejak Barisan Nasional. Pertubuhan ini telah banyak menipu rakyat Malaya dan telah bersekutu dengan anasir jahat di Borneo merembat kekayaan mereka.

Pertubuhan ini hanya pentingkan temboloknya sendiri. Pemimpinnya hampir semua jahat-jahat belaka, menghalalkan rasuah, dan menyokong kezaliman serta memperalatkan Islam. Dahulunya mereka ini licik, dipimpin seorang doktor yang mulanya berbelas kasihan terhadap nasib orang miskin, dan kemudianya entah dititik mana hilang pedoman dan membinasakan kehakiman negara.

Mereka ini juga bertanggungjawab menghancurkan maruah orang Melayu. Mereka inilah yang memadam sejarah agung orang Melayu. Mereka memadam perjuangan sebenar orang Melayu dan mengantikannya dengan sejarah aturan British yang cukup memalukan. Pejuang-pejuang Melayu seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestaman,  Shamsiah Fakeh, Mokhtaruddin Lasso serta banyak lagi pejuang-pejuang kiri Melayu yang cintakan rakyat telah dipadam oleh pertubuhan ini.

Tanya sahaja kepada mana-mana anak Melayu akan nama-nama gah itu, aku yakin tiada yang tahu. Sejarah negara kita dimanipulasi semata-mata untuk memastikan keberlangsungan kuasa politik pertubuhan ini. Masyarakat Melayu ditipu sehinggakan mereka beranggapan partai inilah yang menjadi tunjang Melayu. Sebaliknya pertubuhan inilah yang bertanggungjawab menghancurkan Melayu.

Mereka ini, mulutnya penuh dusta durjana. Pakar dalam memutar belit kebenaran dan pandai menanam kebencian. Mereka ini memperalatkan pihak polis untuk kepentingan politik mereka. Tanya sahaja mana-mana pegawai cawangan khas, mereka tahu bertapa buruknya UMNO ini. Namun pegawai-pegawai ini terus mengikut arahan, terus melaksana angkara jahat, terus berdiam tatkala negara dinoda UMNO.

Imbuhan pihak Polis sangatlah rendah, namun kesan propaganda Biro Tata Negara amat berkesan sehinggakan mereka merasakan diri mereka itu layak untuk diperkulikan. Kesempitan hidup pula diselesaikan dengan mengambil rasuah sedangkan mereka berhak keatas imbuhan yang lebih munasabah. Tetapi tidak, mereka terus bacul untuk bersuara. Tatkala pemimpin dan kroni senang-lenang, mereka menjadi anjing kawalan yang mengigit rakyat yang membayar imbuhan mereka.

Yang Cina dan India pun turut ditipu, dengan kemungkinan berulangnya peristiwa berdarah 13 May. Mereka terus ditipu dengan istilah-istilah seperti pendatang, tidak bersyukur dan jangan cabar Melayu. Parti-parti seperti MCA dan MIC pula mengukuhkan propaganda ini dengan bahasa ibunda masyarakat masing-masing. Sekarang pula kita lihat bagaimana MIC sudah tidak bersuara manakala MCA memainkan sentimen hudud untuk menakutkan orang Cina yang sudah mula terbuka dengan PAS.

Pernah anda tertanya, apakah bangsa UMNO ini sebenarnya? Aku yakin bangsa UMNO bukan Melayu. UMNO mungkin berbangsa imperialis, atau paling tidak Zionis tetapi sudah tentu bukan Melayu. Kerana kehormatan nilai Melayu itu akan sentiasa bersemadi dengan pejuang-pejuang kiri Melayu seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestaman,  Shamsiah Fakeh, dan Mokhtaruddin Lasso, Melayu-Melayu yang berjiwa rakyat dan berprinsip mulia. Bagi aku pula, untuk masa depan negara yang lebih baik… Asalkan Bukan UMNO.

5 Responses

  1. UMNO diasaskan oleh Freemason. Mereka menerapkan elemen sekularisme dan keduniaan.maka lahirlah pemimpin yg keduniaan.Sanggup buat apa sahaja untuk kuasa,harta,pangkat. Dunia inilah yg akan kekal selamanya bagi mereka.

    • Jgn la kamu mengaibkan sesuatu yg dlm pengetahuanmu, lebih lg memfitnah sesuatu yg dlm bukan pengetahuanmu..kerna nescaya lidah mu itu akn menjadi api binasa kamu dlm neraka..ini janji Allah..sy fikir..adalah lebih baik kamu memikirkan bagaimna kita umat islam boleh bersatu..dan apa persamaan yg boley kita cari (even dh terang2 parti utama org melayu- UMNO dan PAS adalah ISLAM) utk dijadikan tanda asas perpaduan kita. Pas jgn angkuh dgn pengetahuan agama ulama yg mereka dokong, begitu juga UMNO tak bleh angkuh dgn kuasa yg mereka pegang..semuanya dtg dr rumpun yg sama..sepatutnya kita sedar dgn permainan pihak yg nak kita bertelagah..spt DAP…dan setgh pihak dlm PKR..pokoknya semua adalah politik semata..tp sy sedih saudara berckp dan mencaci sesama kita…sedih lg pejuang2 dulu yg dh berkorban demi negara..sy yakin tokoh2 yg disebut dan dijulang penulis dlm blog ni juga akn sedih sekiranya mereka membaca karangan ni…kerna perjuangan mereka asli…walaupaun mereka berjuang dgn cara sendiri..mereka tidak bertelagah..cuma berjuang di platform sendiri..saudara??smoga kita semua sedar apa yg kita buat dan bicarakan..Wallahualam…

      • Apa yang kamu merepek ini? Mengapa harus tokoh-tokoh itu sedih? dan dimana pula penulis menyebarkan fitnah pula?

      • Jgn la kamu mengaibkan sesuatu yg dlm pengetahuanmu, lebih lg memfitnah sesuatu yg dlm bukan pengetahuanmu..kerna nescaya lidah mu itu akn menjadi api binasa kamu dlm neraka..ini janji Allah..

        khas buat

        UMNO :-,MELAYU ISLAM
        PAS :- MELAYU ISLAM
        PKR :- 1/2.MELAYU 1/2 ISLAM

        1. AGAMA —– ISLAM
        2. BANGSA—- MELAYU
        3 TANAH AIR– MALAYSIA

        kita semua ada hak ada maruah
        jangan kerana $$$$ maruah tergadai
        jangan kerana $$$$ hak diberi pada orang yg tak sepatutnya

        berdengki kepada saudaramu… kerna bijakpandai yg diberikan padanya
        berdengkilah kepada saudaramu yang selalu memberi zakat pada orang yang kurang bernasib baik
        berdengkilah kepada saudaramu yang baik budi pekertinya. berhemah serta taat pada ALLAH…

        Tip:
        ( berusaha supaya kita akan bersama2 saudara kita dlm perjuangan yg sebenar-benarnya)

        Renungkan sedalam-dalamnya.. kita semua akam memahaminya..
        sekiranya tidak faham .. anda berada didalam kegelapan.. subahnallah…

  2. Kalau ameno memperjuangkan Islam mengapa bunuh orang Islam (kes Memali), kenapa gugat kerajaan kelantan, kenapa buang Mufti Almarhum Datu Ishak Baharum dan banyak lagi yang boleh diungkit. Itu belum lagi cerita tangkap ustaz tak ada tauliah, rampas surau yang ditadbir oleh orang bukan ahli ameno, runtuhkan surau dan sekolah ugama. Ameno tidak akan berthan lama. Generasi ketiga Melayu selepas merdeka sedang terhimpit kehidupan mereka. Dahulu zaman datuk mereka rumah Melayu di pinggir KL kalau menjerit pun jiran tak dengar. Sekarang sudah sampai ke cucu rumah berhimpit-himpit. Kerja pun harap kerajaan. Kerja lain bolehlah tetapi meresai badan. Kerja bawa steksi, despatch, buruh di supermarket, meragut, menghisap dadah, jadi GRO dan yang sekelas dengannya. itulah kemajuan yang dibawa oleh ameno. Anak-anak bukan Melayu dipinggirkan. Mereka diambil orang!! Mereka bekerja di luar negara. yang haprak tinggal mentadbir negara. Sampaikan ada yang kata 30% fakulti undang-undang NUS di Singapura adalah anak-anak Malaysia. Kalau naik kapal terbang dan terjuang dngan payung di angkasa KL peratus untuk landing atas bangunan orang Melayu amatlah tipis. Itulah hasil ameno memerintah Malaysia. Orang yang buta perut saja yang suka ameno menghancurkan negara ini!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: