Jemputan Terbuka Forum Politik UKM

Oleh Amir Farid

Ini adalah jemputan terbuka kepada semua parti politik di Malaysia. Saya selaku timbalan presiden Kelab Sejarah, Politik dan Strategi UKM dengan ini menjemput semua parti politik di Malaysia untuk menghantar wakil masing-masing untuk sesi bertemu mahasiswa-mahasiswa Universiti awam bagi menjawab soalan mengapa mahasiswa-mahasiswa harus mengundi parti mereka.

Wakil parti politik adalah dinasihatkan supaya bersedia untuk memberikan ulasan berkait dengan tuntutan kebebasan akademik, pemansuhan hutang mahasiswa, dan pemansuhan sistem pembelajaran bertumpukan peperiksaan. Setiap wakil akan diberi 15 minit untuk berucap dan kemudian terbuka kepada soalan-soalan daripada hadirin. Kemudian mahasiswa akan menyatakan pendirian melalui undi untuk dua perkara 1 Parti Politik, 2 Berdasarkan isu.

Parti politik yang menghalang kehadiran perwakilan mempunyai peluang dianggap sebagai parti politik yang kurang menghormati ruang yang diberi oleh mahasiswa dan kurang menghargai undi mahasiswa. Forum ini adalah kegiatan ringkas tanpa persediaan besar besaran.

Acara ini selain menguji kebolehan universiti untuk patuh kepada undang-undang, kami juga mahu bertemu dengan ahli politik untuk mendengar janji-janji mereka dan respon secara terus kepadanya. Ahli politik adalah digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk menjustifikasi mengapa parti mereka layak menerima undi kami.

Universiti Kebangsaan Malaysia sentiasa berpegang kepada kedaulatan undang-undang. Kes UKM4 adalah kerana universiti patuh kepada seksyen 15 (5)(a) AUKU. Kini memandangkan undang-undang itu telah diputuskan sebagai bertentangan dengan perlembagaan maka kami mahasiswa-mahasiswa sains politik tidak ada keberatan membawa ahli politik masuk kedalam kampus. Kami meraikan budaya akademik dan kecemerlangan , kami yakin UKM adalah varsiti bertaraf dunia, dan sentisa berpegang kepada nilai-nilai demokrasi dan tradisi akademik. Melalui majlis ini kami ingin membersihkan nama UKM daripada dakwaan bahawa Universiti kami mengongkong kebebasan berpolitik mahasiswa.

Pihak media juga turut dijemput untuk melaporkan perjalan majlis ini, kerana ini adalah suatu perkembangan yang memperkasakan demokrasi dan menandakan penambahbaikan rentak politik nasional dan kebebasan sivil.

Berikut adalah butiran majlis berkenaan:

Tempat : Dewan Gemilang, UKM

Masa   : 8.00 PM – 11.00PM

Tarikh : 23 November 2011 (Rabu)

Amir Farid

Timbalan Presiden 1, Kelab Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia (PESEPSI)

Bagi maklumat lanjut sila hubungi Amir Farid di talian 0133794367

Sila hantarkan butiran wakil parti anda selewat-lewatnya jam 12PM, Isnin 21 November 2011 ke alamat : tpresiden1@pesepsi-ukm.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: