UKM; tempat pensyarah menjadi pengkhianat akademik dan HEP menjadi sampah universiti

 Mahathir Mohamad mengatakan bahawa orang yang menyokong PPSMI adalah mereka yang benar-benar pejuang nasionalis. Apa gunanya menguasai bahasa penjajah jika ruang untuk berfikir tidak dibuka? Apa gunanya memakai bahasa kolonial sekiranya budaya pemikiran secara kritis tidak digalakkan dan dibenarkan di kalangan masyarakat, khususnya golongan muda dan mahasiswa? Apa gunanya meniru gaya dan struktur bahasa imperialis jika mereka yang memegang kedudukan-kedudukan tertinggi dan terpenting kerajaan dan negara bodoh, rakus, korup, bisu, dan dungu?

Lihat sahaja UKM  dalam bulan pertama pembukaan semester baru sudah mula menonjolkan ciri-ciri khianat dan bodoh ini dalam minggu orientasi mahasiswa dan prosiding konvokesyen. Persatuan mahasiswa universiti kebangsaan Malaysia (pmukm) yang kebetulannya diterajui gabungan mahasiswa universiti kebangsaan Malaysia (gmukm) tidak dibenarkan mengambil bahagian secara penting dalam minggu orientasi. Walaupun pada pilihanraya yang lalu gmukm memenangi kerusi yang paling banyak. Amat mudah dan jelas, kelompok mahasiswa yang mendapat legitimasi harus diberikan peluang untuk terlibat secara bermakna dalam minggu orientasi mahasiswa yang sememangnya untuk mahasiswa daripada mahasiswa.

Yang menariknya mereka yang tidak mempunyai peranan dan tidak perlu terlibat – pengetua kolej, pensyarah, dan HEP kolej dan universiti sebagai pengkhianat dan sampah – mengambil bahagian dalam proses ini kononnya untuk kebaikan mahasiswa. Mereka objektif dan tidak memihak kepada pihak mana-mana, manakala pmukm akan merosakkan proses ini dan menggalakkan pelajar-pelajar supaya menyertai gmukm dan kononnya menentang kerajaan dan negara. Ini adalah penipuan. Sekiranya keadaan ini betul-betul berlaku, ini mungkin boleh cuba difahami dan dibincangkan lagi. Tetapi hakikatnya, dan sepertimana selalu berlaku, ketiga-tiga pengkhianat dan sampah ini membenarkan pengkhianat dan sampah muda – kumpulan aspirasi – untuk terlibat bersama, dan menggalakkan mahasiswa baru supaya menjauhi dan menentang pmukm. Dan keseluruhan ketiga-tiga pengkhianat dan sampah ini, dan pengkhianat dan sampah muda yang menyokong mereka, dijaga dan disokong oleh seorang pengkhinat dan sampah yang lebih ulung lagi – TNC HEPA. Jangan salah faham kita tidak mempunyai apa-apa masalah dengan aspirasi walaupun mereka melakukan penipuan dan memberi maklumat salah terhadap mahasiswa baru. Mahasiswa baru cukup matang untuk membezakan apa yang benar dan tidak, dan yang baik dan salah. Yang menjadi masalah adalah apabila suatu kumpulan – aspirasi – diberikan akses kepada mahasiswa baru ini tetapi kumpulan lain – pmukm – tidak diberikan peluang ini, sedangkan pmukm merupakan satu entiti yang sah dan rasmi yang mewakili semua warga universiti ukm yang dipilih melalui pilihanraya. Bagaimana kumpulan aspirasi boleh diberikan akses untuk memasuki kolej dan fakulti, tetapi peluang yang sama tidak diberi kepada pmukm?

Daripada terlibat dalam kerja bodoh ini, baik pensyarah berkenaan berusaha untuk mengeluarkan jurnal-jurnal yang lebih kritis, kreatif dan matang. Baik HEP semua kemaskini dan mencari sistem baru yang lebih baik untuk menguruskan mahasiswa ukm dengan lebih cekap dan berkesan. Lebih baik pengetua-pengetua kolej membuat kerja yang lebih berfaedah daripada terlibat dengan kerja-kerja bodek dan menipu mahasiswa. Lebih baik aspirasi menganjurkan aktiviti yang lebih matang daripada terlibat dalam kerja-kerja politik cetek menipu atau menganjurkan aktiviti kek terbesar, kek terkecil, bendera terbesar, nyanyian paling lama, penyanyi paling ramai, barisan paling panjang.

Prosiding konvokesyen akan bermula dua hari lagi. Kita bersimpati dengan ibu bapa yang anak mereka dididik pengkhianat akademik, dan ditadbir sampah universiti.

2 Responses

  1. apa hubungan politik UKM dengan PPSMI? maaf tapi mungkin sebab saya tak ada kaitan dengan UKM atau masalah dalaman UKM dan sebab itu saya tak dapat kaitkan perenggan pertama artikel ini dgn tulisan seterusnya. harap penulis dapat memberi penjelasan agar saya dapat turut menikmati luahan sensasi di atas. haha.

    • ya saya setuju. malahan masalah UKM itu tiada kaitan engan PPSMI.
      Mungkin saudara sebenarnya nak tunjukkan masalah yang dihadapi oleh Pro-Mahasiswa sebenarnya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: