Perbualan bisu

Institutions of higher learning (IPTs) are required to translate academic literature produced in English into Malay in an effort to strengthen the national language.

-BERNAMA, 23 Ogos 2011-

Pernahkah bahasa Melayu wujud? Sejak 31 Ogos 1957 lagi bahasa Melayu telah dihukum untuk mengalami kesengsaraan dan kematian berkekalan. Betapa sedihnya dan simpati kita untuk mereka yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka. Bukan sahaja tidak bernilai kerana tidak dihormati dan digunakan oleh sesiapa pun, tetapi penuh dengan unsur feudal dan makna-makna kebodohan, sehingga sekiranya seseorang itu ditanya apakah sifat kebodohan atau faktor yang menyebabkan masyarakatnya menjadi tidak berguna maka orang itu akan menjawab “bahasa Melayu” .

Yang menariknya pihak yang menjahanamkan ruang pemikiran dan budaya masyarakat di sini – British – adalah pihak sama yang juga mendukung parti politik itu yang kononnya berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan kita, dan adalah juga merupakan parti itu yang kemudiannya mengangkat dan memberikan bahasa Melayu suatu kedudukan –  seolah-olah istimewa – dalam Perlembagaan Persekutuan. Parti politik ini yang turut memperjuangkan raja, bangsa dan agama tetapi menggunakan bahasa Inggeris – bahasa penjajah – sebagai nama dan kata singkatan untuk nama partinya.

Sekarang kita menyaksikan sekali lagi, dan disuap dengan santapan yang seolah-olah akan mengkenyangkan kita namun pada akhirnya kita hanya akan sakit perut, cirit-birit dan muntah. Apakah faedahnya kita berbicarakan sama ada najis berwarna kuning atau najis perang yang lebih enak?

Najis adalah najis. Najis-najis yang ditinggalkan oleh penjajah, dan dikekalkan dan diteruskan oleh kerajaan yang direstui pihak penjajah busuk baunya tidak kira sama ada kuning atau perang. Ada dikalangan mereka yang menyuap kita dengan najis perang, kononnya untuk melambangkan dan menaikkan semangat dan cinta kita untuk negara dan bangsa. Namun universiti-universiti di negara kita gagal. Mereka yang sepatutnya dilantik sebagai naib canselor tidak dilantik. Pensyarah-pensyarah yang sepatutnya dipilih tidak dipilih. Universiti kita penuh dengan mereka yang tidak menghasilkan apa-apa buku yang membincangkan teori baru, mereka yang menggunapakai soalan-soalan peperiksaan sama tiap-tiap tahun, mereka yang membuat lawak jenaka bodoh dalam kelas kuliah, mereka yang hanya menjelaskan kembali secara deskriptif apa yang ada dalam buku dan mereka yang sepatutnya disingkirkan lama dahulu kerana usia tua dan ketinggalan zaman.

Ada juga mereka yang memperkecilkan nilai dan kegunaan bahasa Melayu, dan bagi mereka ini wajar pembelajaran, pengajaran dan kajian dijalankan dan diteruskan dalam bahasa Inggeris. Ini kebodohan kali kedua. Menjadi dua kali bodoh. Tidak ada guna mengangkat bahasa penjajah. Mereka fikir kalau bahasa Inggeris digunakan kita akan menjadi pandai. Kita akan hanya menjadi dan berbunyi lebih indah, bukan lebih pandai. Kita hanya menjadi lebih fasih dalam bentuk dan bukan dalam isi. Seperti mereka yang kononnya progresif, moden, dan petah berbahasa Inggeris; tetapi menyokong parti penjajah.

Ini kerana pada akhirnya pilihan kita hanya dua; iaitu sama ada bahasa mereka, atau bahasa kita.

One Response

  1. “Kita akan hanya menjadi dan berbunyi lebih indah, bukan lebih pandai. Kita hanya menjadi lebih fasih dalam bentuk dan bukan dalam isi. Seperti mereka yang kononnya progresif, moden, dan petah berbahasa Inggeris; tetapi menyokong parti penjajah.”

    BAGUS!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: