Sayr wa suluk

Dengan nama Tuhan yang menciptakan…

Dalam Atheis, ada mengatakan in de nood leert men bidden, kerosakan hidup mendorong kita sembahyang. Ingat Tuhan. Begitulah agaknya dalam Buah Rindu karangan Amir Hamzah. Ketika manusia memutuskan ikatan yang tidak sempat dicipta, Tuhan masih setia menghulur tali-nya. Ia bermula dengan kasih yang sarat pada manusia. Dia yang akhirnya dikecewakan kembali mempersoalkan arti kehidupan.

Djunjunganku apatah kekal
Apatah tetap
Apatah ta’ bersalin rupa
Apatah baka sepanjang masa

Pandangannya seperti Hamzah al Fansuri dalam Syarab al-asyikin yang menzahirkan kata wahdat al wujud. Mengibaratkan Tuhan dengan makhluk. Amir meneruskan dalam Nyanyi Rindu, mengisahkan keinginan – manusia yang ingin pulang ke tempat datangnya ia. Namun perjalanan apapun, tentulah sukar. Kekecewaan dan ketidaksabarannya terzahir dalam ungkapan terhadap Dewa-nya;

Engkau Cemburu
Engkau Ganas
Mangsa aku dalam cakarmu
Bertukar tangkap dengan lepas.

Jika hubungan antara manusia dan Tuhan ini dibaca dalam konteks sekular atau moden, kelihatan seperti sifat manusia sebagai Sang Pemberontak. “Jadi maukah kau bernegosiasi? Kalau begitu cabut nyawaku segera, akan ku hadapi kau sendirian”(i). “Daim bermain dengan hamba-hambanya” dan “Pertipu-tipu dan banyak daya”(ii). Amir Hamzah juga berani mencabar kepercayaannya sendiri, beranggapan bahawa Tuhan suka bermain-main. Tetapi dia tidak angkuh sebaliknya ingin dicerahkan. Tiada jawapan.

Jika dia itu berdosa, adakah Tuhan akan memberi reaksi akan tangisan taubatnya?

Jika Tuhan akan menghukumnya, bukankah itu menghancurkan ciptaanNya sendiri?

Ia sesuatu yang biasa ditemukan dalam penulisan mistik Islam. Dalam tulisan Jalaluddin al Rumi dan Hamzah al Fansuri, cukup jujur dengan dirinya dan Tuhannya. Amir kemudiannya dengan lembut mengakui kelemahan diri dalam rangkap seterusnya. Bait terakhir serupa pandangan Ibn Arabi terhadap sifat ketuhanan. Dan jauh sekali setiap kata, bait itu dilihat tercemar dengan apa-apa maksud;

Nanar aku, gila sasar
Sayang berulang padamu jua
Engkau pelik menarik ingin
Serupa dara di balik tirai

Pesan-pesannya berisi ketuhanan dan adab beragama. Pertarungan antara agama-agama Ibrahimiah mewakili Kebenaran tidak menarik minatnya. Kerana Tuhan itu saja yang diinginkan. Hanya itu. Sepertimana dialami Musa di gunung Sinai. Amir Hamzah tidak dilihat sebagai seorang idealis tetapi yang cukup paham akan kepercayaannya, tidak mencerca agamanya maupun agama yang mungkin tidak dikenalnya. Sikap toleran yang juga diwarisi sebelumnya oleh Hamzah Fansuri; Umpama kapas benang dan kain, Asalnya tunggal warnanya lain. Perjalanan Amir Hamzah mencari Tuhan ini dikongsi dengan al Fansuri dan Rumi. Tuhan yang justeru bukan ingin dikenal (know) tetapi dirasai (feel) dengan hati.

Hamzah Fansuri didalam Makkah
Mencari Tuhan di Baitul Kaabah
Dari Barus ke Kudus terlalu payah
Akhirnya dapat di dalam rumah

~Syair Dagang

I searched for God among the Christians and on the Cross and therein I found Him not.
I went into the ancient temples of idolatry; no trace of Him was there.
I entered the mountain cave of Hira and then went as far as Qandhar but God I found not.
With set purpose I fared to the summit of Mount Caucasus and found there only ‘anqa’s habitation.
Then I directed my search to the Kaaba, the resort of old and young; God was not there even.
Turning to philosophy I inquired about him from ibn Sina but found Him not within his range.
I fared then to the scene of the Prophet’s experience of a great divine manifestation only a “two bow-lengths’ distance from him” but God was not there even in that exalted court.
Finally, I looked into my own heart and there I saw Him; He was nowhere else
.
~Search for God

Tetapi perjalanan mencari makna ini bukanlah berarti pemisahan dengan diri di sini. Dunia ini bukan untuk dikutuk dan dimusuhi. Ia merupakan ladang bercucuk tanam, buah esok dari benih yang disemai hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: