Pejuangan Nasionalis-Kiri-Radikal

MUKADIMAH

Baru-baru ini, telah tercetus satu kontroversi berkenaan kebangkitan semula pengaruh komunisme di Malaysia. Penulis memerhatikan perkembangan ini semenjak daripada peristiwa Demonstrasi BERSIH 2.0 pada beberapa bulan terdahulu. Di antara taktik yang digunakan oleh regim pemerintah ialah dengan menuduh,tujuan penganjuran demonstrasi tersebut adalah untuk menghidupkan kembali pengaruh komunis dalam negara (penangkapan 6 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia di bawah Emergency Ordinance 1948). Hal yang sama turut terjadi beberapa hari yang lepas, apabila Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu memberikan komen tentang peranan pihak Parti Komunis Malaya (PKM) dalam perjuangan kemerdekaan negara. Komen ini,seperti yang telah penulis jelaskan,mempunyai ‘beban sejarah’ dan ia pantas menjadi modal politik pihak Ethno-Nasionalis seperti Parti UMNO dan pertubuhan yang sealiran dengannya. Continue reading

Advertisements

Perbualan bisu

Institutions of higher learning (IPTs) are required to translate academic literature produced in English into Malay in an effort to strengthen the national language.

-BERNAMA, 23 Ogos 2011-

Pernahkah bahasa Melayu wujud? Sejak 31 Ogos 1957 lagi bahasa Melayu telah dihukum untuk mengalami kesengsaraan dan kematian berkekalan. Betapa sedihnya dan simpati kita untuk mereka yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka. Bukan sahaja tidak bernilai kerana tidak dihormati dan digunakan oleh sesiapa pun, tetapi penuh dengan unsur feudal dan makna-makna kebodohan, sehingga sekiranya seseorang itu ditanya apakah sifat kebodohan atau faktor yang menyebabkan masyarakatnya menjadi tidak berguna maka orang itu akan menjawab “bahasa Melayu” .

Yang menariknya pihak yang menjahanamkan ruang pemikiran dan budaya masyarakat di sini – British – adalah pihak sama yang juga mendukung parti politik itu yang kononnya berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan kita, dan adalah juga merupakan parti itu yang kemudiannya mengangkat dan memberikan bahasa Melayu suatu kedudukan –  seolah-olah istimewa – dalam Perlembagaan Persekutuan. Parti politik ini yang turut memperjuangkan raja, bangsa dan agama tetapi menggunakan bahasa Inggeris – bahasa penjajah – sebagai nama dan kata singkatan untuk nama partinya.

Continue reading

Sayr wa suluk

Dengan nama Tuhan yang menciptakan…

Dalam Atheis, ada mengatakan in de nood leert men bidden, kerosakan hidup mendorong kita sembahyang. Ingat Tuhan. Begitulah agaknya dalam Buah Rindu karangan Amir Hamzah. Ketika manusia memutuskan ikatan yang tidak sempat dicipta, Tuhan masih setia menghulur tali-nya. Ia bermula dengan kasih yang sarat pada manusia. Dia yang akhirnya dikecewakan kembali mempersoalkan arti kehidupan.

Djunjunganku apatah kekal
Apatah tetap
Apatah ta’ bersalin rupa
Apatah baka sepanjang masa

Pandangannya seperti Hamzah al Fansuri dalam Syarab al-asyikin Continue reading

Men-delete Poligami

Karya Gadis Arivia

Sepucuk email tiba dari seorang kolega pengajar di kampus

Ia mengatakan: “aku berpoligami ini takdirku…”
Aku diam…

Ia melanjutkan: “ini lebih baik daripada selingkuh…”
Aku diam…

Ia menegaskan: “toh aku tetap akan menyayangi anak-anakku dan mencintai kedua istriku atau mungkin juga tiga dan empat…”
Aku diam…

Ia memohon: “tolonglah mengerti keadaanku,aku hanya ingin melindungi para janda…”
Aku diam…

Ia menambahkan: “bukan aku seorang diri yang melakukan, anggota parlemen, menteri, kiai, professor dan bahkan teman-teman seperjuangan kita dulu…” Continue reading