Media…Macam-macam ada!

Hamba dengar ada hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa;
barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui
oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita,
dan boleh diingatkannya oleh segala mereka itu, syahdan
adalah beroleh faedah ia daripadanya
-Sulalatus Salatin

Sebermula tamadun Melayu itu bolehlah dilihat melalui dua dimensi utama; rumpun bahasa Austronesia atau bangsa Nusantara. Melayu merangkumi satu jajahan yang amatlah besarnya. Sungguh banyak perdebatan tentang definisi ke-Melayu-an dan ‘bangsa’ Melayu. Dan masih berlarutan. Ada juga pendapat, Melayu bukanlah sesuatu esensi yang diwarisi tetapi dibentuk dan dibina. Melayu merupakan identiti sosial. Namun, evolusi ‘Melayu’ itu telah semakin disempitkan di sini, di Malaysia – budaya Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Melayu dalam definisi lama tidak lagi terikat dengan istilah Melayu-Islam pada zaman Melayu moden yang mempunyai kepentingan politik UMNO. Berkata soal ‘Melayu’, tentunya kita tidak dapat lari daripada membicarakan Alam Melayu yang kaya dengan karya-karya sendiri. Adikarya yang cukup dikenal ialah Sejarah Melayu, nama lain bagi Sulalatus Salatin. Karya yang banyak mengajarkan arti keadilan, pemerintahan, kasih sayang. Karya agung itu menunjukkan kepentingan sejarah bukan satu. Adanya pelbagai sisi penceritaan memerihalkan isu-isu setempat, etnik dan gender. Pembentukan sejarah hari ini adalah produk daripada praktis budaya dan pertarungan kuasa pada masa lampau. Proses yang lama berlangsung ini memungkinkan wujud pengkelasan subjek – protagonis-antagonis. Subjek yang kemudian dilekat sebagai pengkhianat-pembela negara/ bangsa dan macam-macam je-nama lagi. Tentu sekali, atas pelbagai maksud dan tafsiran. Dan akan ada jalur tafsiran ‘sejarah’ yang mendukung status quo bilamana perlu.

Begitu kita khuatir dengan peranan yang dimainkan orientalis terhadap gagasan dan karya kita. Kita juga dihadapkan dengan penjajahan dari dalam, sang penguasa. Untuk menundukkan yang dijajah. Orientalis melahirkan pelbagai teks kolonial etnosentrik yang perlu diruntuhkan mesejnya – cabarannya membaca semula teks peribumi yang terhasil sepanjang zaman penjajahan dengan sedar. Teks tradisional Melayu sedia ada juga adalah teks yang sudah diubah oleh panitera sejak ratusan tahun. Inikan pula tulisan di media, buku-buku teks di sekolah serta laporan-laporan kerajaan penguasa dengan label 88/ 1972.
Sang hegemon ini akan mengarahkan aparatus seperti media untuk melaksanakan kepentingan politiknya. Peri penting media dalam membina dan meruntuh imej pemimpin..atau teman bertepuk-tampar itu tidak mampu disangkal siapa-siapa. Kebenaran hanya mainan mereka yang punya kuasa. Justeru, menjadi satu cabaran untuk masyarakat merekonstruk cara pikir sedia ada.

Semua orang akan cuba menjadi utusan Tuhan dan mendakwa mereka membela yang tertindas, tepinggir dan terkebelakang. Oleh itu, wawasan kita harus lebih tajam. Utusan palsu tidak mati dan terhenti pada zaman Abu Bakar as-Siddiq. Secara simboliknya, media kini juga demikian – Utusan palsu. Bukan pemangkin fikiran rakyat hanya membantutkan. Tak perlulah hairan, memang itu sifat azali sang penguasa. Kerana rakyat dapat ditaklukkan dengan mudah setelah dimomok-momok dan dibodohkan.

Persoalannya, sejauh manakah kuasa ‘penjajah’ yang mengambil bentuk baru ini berjaya memenjarakan kudrat kepengarangan? Di mana peranan yang harus dikerjakan oleh media sebagai semak dan imbang kelakuan penguasa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: