BERSIH 2.0: PERTANDINGAN MENULIS RM6,000.00 UNTUK DIMENANGI

Continue reading

Advertisements

Nikmat BERSIH

Jam loceng berbunyi. Waktu menunjukkan pukul tiga pagi. Aku bangun, mengambil tuala untuk mandi. Dua jam lagi aku akan menjalankan tugasku. Tidak pernah sepanjang aku berkhidmat negara ini diancam sebegini bahaya. Unsur-unsur Komunis, yang disokong pihak Kristian, telah meresapi ke dalam masyarakat. Dengar kata, maklumat sulit ini diperolehi daripada bahagian perisikan dan penyelidikan sebuah akbhar nasional yang terkenal dan dihormati.

“Kita mesti memastikan keselamatan negara ini tidak diancam oleh mereka yang ingin melihat hura-hara dan persengketaan melanda masyarakat kita.”

“Mereka ingin menjatuhkan agama, bangsa dan raja kita. Kamu mesti memastikan ini tidak berlaku, walau dengan apa cara sekalipun. Kerajaan akan melindungi kamu semua. Tuhan dan raja, akan merestui kamu.”

Continue reading

Feminis itu C.O.O.L.

Sappho: Aku feminis, aku eksistensialis! KAU apa?

Hektor: Sudah aku beritahu tadi, aku Hektor. Selain itu, aku tak tahu. Feminis tu apa?

Sappho: Macam aku..

Hektor: Bagaimana? Hmm, apa kau buat?

Sappho: Aku memperjuangkan nasib perempuan yang tertindas, didera dengan suami, kekasih..mangsa sumbang mahram, poligami, nusyuz.

Hektor: Maksud aku, apa yang kau buat untuk diri kau sendiri?

Sappho: Itulah dunia aku!

Hektor: Ooooo… *mengelamun* (Harusnya perempuan bukan sekadar ‘ada’ untuk orang lain…)

Sappho: Bagi aku, zaman sudah berubah, manusia juga berubah, tak boleh jumud, harus progresif. Dunia yang ada sekarang dikuasai bapak (Sang Patriak). Sebagai perempuan, kena kuat dan sama* dengan lelaki. Jika tidak, nasib diinjak-injak dengan suka hati mereka saja. Biar mereka tahu, perempuan bukan makhluk kedua Continue reading

Shhhhh….FRU datang…..Shhhhhhhhh

Oleh Rizal ‘Syeikhryz’ Hamdan

Negaraku aman dan makmur,

Itu kata pujian para pedagang,

Tidak seperti negara orang,

Bergelut rakyat dengan perang,

Sehingga tercipta mutiara kata,

Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri,

Lebih baik di negeri sendiri, Continue reading

Ketika Agama Bukan Lagi Candu

This slideshow requires JavaScript.

Tanggal 9 Julai 2011, di kota Kuala Lumpur, itu sejarah yang akan dikenang, selama yang mungkin. Sore harinya, seorang lelaki tua, tentu berpakaian kuning, juga lusuh, sambil menadah tangan disertai kumat-kamit. Dengan wajah polos, ia mengharapkan Yang Atas. Sekelilingnya, banjiran manusia tanpa nama. Semua berhimpun demi sebuah kesedaran; hanya mahu menjadi manusia.

Lelaki itu, pastinya antara para demostran yang turun bagi melawan regim yang kian membelenggu kebebasan, dari hari ke hari. Suasana ini bukanlah asing dalam gerakan melawan kezaliman, dalam mana belahan dunia sekalipun. Bahkan, suasana ini juga bukanlah satu rahsia bagi melawan kezaliman yang sistematis. Angin-angin agama yang melawan sudah memasuki segenap kota. Hampir tiada inci yang tak terlihat luapannya. Ternyata, agama juga punya motivasi untuk melawan keterasingan. Continue reading

Media…Macam-macam ada!

Hamba dengar ada hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa;
barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui
oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita,
dan boleh diingatkannya oleh segala mereka itu, syahdan
adalah beroleh faedah ia daripadanya
-Sulalatus Salatin

Sebermula tamadun Melayu itu bolehlah dilihat melalui dua dimensi utama; rumpun bahasa Austronesia atau bangsa Nusantara. Melayu merangkumi satu jajahan yang amatlah besarnya. Sungguh banyak perdebatan tentang definisi ke-Melayu-an dan ‘bangsa’ Melayu. Dan masih berlarutan. Ada juga pendapat, Melayu bukanlah sesuatu esensi yang diwarisi tetapi dibentuk dan dibina. Melayu merupakan identiti sosial. Namun, evolusi ‘Melayu’ itu telah semakin disempitkan di sini, di Malaysia – budaya Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Melayu dalam definisi lama tidak lagi terikat dengan istilah Melayu-Islam pada zaman Melayu moden yang mempunyai kepentingan politik UMNO. Berkata soal ‘Melayu’, tentunya kita tidak dapat lari daripada membicarakan Alam Melayu yang kaya dengan karya-karya sendiri. Adikarya yang cukup dikenal ialah Sejarah Melayu, nama lain bagi Sulalatus Salatin. Karya yang banyak mengajarkan arti keadilan, pemerintahan, kasih sayang. Karya agung itu menunjukkan kepentingan sejarah bukan satu. Adanya pelbagai sisi penceritaan memerihalkan isu-isu setempat, etnik dan gender. Pembentukan sejarah hari ini adalah produk daripada praktis budaya dan pertarungan kuasa pada masa lampau. Proses yang lama berlangsung ini memungkinkan wujud pengkelasan subjek – protagonis-antagonis Continue reading

PSM, Sosialisme dan Gerakan Kiri di Malaysia

Wacana politik di Malaysia sering melelahkan – tohor, emotif, sapele –   dan berlegar pada titik yang sama.  Hampir semua ruang wacana di Malaysia ini dikelambu dengan sentimen dan prejudis perkauman yang sempit.  Hanya sibuk siapa kuda siapa, soal seks, agen Yahudi/Amerika, ketuanan Melayu dan Rosmah! Jarang sekali wacana berkenaan politik Malaysia ini menjurus kepada persoalan dasar ekonomi, hubungan antarabangsa, dan kebajikan sosial. Maka keadaan ini memberi kesempatan untuk UMNO-BN memanipulasi sentimen masyarakat. Sebagai contoh, dengan mudah mudah, enam orang ditahan tanpa hak mendapat perbicaraan terbuka hanya kerana memiliki t shirt dengan cetakan wajah tokoh PKM, Rashid Maidin. Tuduhannya sangat melampau, memerangi yang Dipertuan Agong.

Chon Kai ketika berkaraoke bersama Jing Cheng, tidak dapat dipastikan suara siapa yang lebih sedap

Oleh kerana wacana politik kita amat sukar sampai mencecah persoalan ideologi,  maka penahanan yang tidak masuk akal ini ada sisinya mengelirukan warga, untuk menentukan sikap mereka. Apakah sosialisme, komunisme, dan ‘kiri’ itu salah, melampau (ekstream), dan subversif?

Perbincangan yang tumbuh di twitter dan facebook juga mengecewakan. Pertamanya kerana kefahaman berkenaan istilah ‘kiri’ umumnya bersimpang siur. ‘Kiri’ dalam konteks Malaysia tidaklah boleh disamakan dengan Marxis klasik sebagaimana yang tercatat dalam Das Capital karya Karl Marx itu.  Malah, spektrum ‘kiri’ juga berbeza pada tahun 1940an dan kini. Continue reading