Jika semua bayi dilahirkan memegang senjata, Shay Adora Ram adalah Ahmad Boestamam dan agamanya Burhanuddin Helmy

Their first voices, you say, are tears. I can well believe it. You thwart them from their birth. The first gifts they receive from you are chains.

-Jean Jacques Rousseau, Emile

 

Tidak perlu kita menceritakan kembali atau menjelaskan kembali perkara-perkara yang telahpun diketahui dari dulu lagi. Siapa yang tidak tahu proses membina negara-bangsa kita gagal? Siapa yang tidak mengetahui bahawa pembinaan bangsa Malaysia sedang dalam proses dan masih belum lagi siap?

Cerita dan tulisan-tulisan sebegini hanya menyumbang kepada penyampahan ruang alam maya  yang  sudahpun penuh dengan pelbagai sampah, penyakit dan kisah-kisah karut yang menyamar sebagai karya seni dan tulisan intelektual. Paling bagus habuk-habuk sebegini berfungsi untuk mengingatkan kita kembali kepada bagaimana murahnya hati pemerintah kerana mencuba sedaya-upaya untuk melahirkan masyarakat yang lebih baik dan adil. Tidakkan ini hanya semua penipuan dan ilusi semata-mata?

Dunia ini dan masyarakat kita, tidak pernah mempunyai harapan. Tuhan dan agama-agamanya – dengan apa sahaja nama yang dipanggil; yesus kristus, allah, buddha, vishnu – sudah mati. Nilai-nilai murni telah lama terkubur. Tokoh-tokoh, malah raja-raja yang kononnya akan membawa kita kepada masa depan yang lebih cerah tidak lagi wujud. Mungkin, mungkin mereka pernah wujud pada suatu masa dahulu.

Pernahkah mereka memberitahu bahawa krisis yang sangat asas yang dihadapi sekarang bukan persoalan tentang apakah bangsa, tentang pembentukan bangsa yang masih dalam proses, atau bahkan kerana kesepakatan bersama tidak dapat dicapai? Dalam hal dan keadaan ini, perbezaan atau kepelbagaian tidak boleh diterima, walau apa jua hujah atau alasan sekuat manapun yang dibuat untuk menyokong konsep perbezaan dan kepelbagaian.

Dalam ruang awam dan kerangka negara hukum, seseorang individu adalah pertama sekali dan terutamanya seorang warganegara. Dalam konteks Malaysia sebagai contoh seseorang individu adalah pada peringkat yang paling asas dan pertamanya seorang warganegara Persekutuan Malaysia.

Untuk menafikan konsep dan kerangka asas ini adalah untuk menafikan wujudnya negara Persekutuan Malaysia. Sesebuah Negara dan kuasa yang dimilikinya – termasuk kuasanya untuk menguatkuasakan kekerasan – datang daripada kedudukannya sebagai konstruk politik-perundangan. Seseorang individu itu hanya wujud kerana Persekutuan Malaysia wujud. Tanpa adanya Negara ini, semua yang lainnya tidak wujud. Malah raja-raja dan sistem monarki yang ada serta agama yang diamalkan hanya wujud kerana  dibenarkan wujud. Ini adalah prinsip pertama Negara dan kewujudan manusia.

Oleh itu, apa-apa perkara yang mencampuri dan menghalang prinsip asas ini mesti dimusnahkan dan dilenyapkan. Ini termasuk kaum, agama, bangsa, dan bahasa. Jika pernah dikatakan bahawa pada suatu ketika dahulu konsep etnik atau kaum tidak wujud di alam Nusantara dan Asia ini, barangkali itu keadaan yang diperlukan sekarang atau perlu kita kembali kepada. Yang hanya ada, dan perlu ada, adalah warganegara Persekutuan, bahasa Persekutuan dan undang-undang Persekutuan.

Selain pemimpin-pemimpin yang menjadi halangan kepada tercapainya princip pertama ini, institusi-institusi dan sistem kerajaan serta feudalisme merupakan hambatan utama kepada kewujudan asasi kita di dunia ini. Dalam hal ini maka falsafah menjadi praxis politik atau tindakan politik massa bagi merebut perubahan dan bukannya usaha untuk mencapai demokrasi dan membuka ruang demokrasi.

Bahkan siapa lagi yang mempercayai bahawa falsafah masa depan adalah pemikiran dan tindakan komunikatif akan melemahkan pergerakan untuk melampaui dan mendahului sejarah. Kerana dalam pertempuran ganas terhadap sistem yang menyeluruh dan feudalisme yang sanggup pertahankan status quo dengan kekerasan dan penipuan, sehingga menafikan hak individu sebagai insan moral, berbicara dan berbincang dan berkomunikasi tidak wujud dalam kosa kata.

Bagaimana untuk berbincang dan berkomunikasi dengan mereka yang menafikan kewujudan kita? Dengan mengisi borang dan menulis surat rayuan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: