Apa Ertinya Menjadi Bangsa Malaysia

Shay Adora Ram adalah mangsa kegagalan besar negara ini. Anak kepada pasangan Hannah Yeoh dan Ramachandran Muniandy ini dinafikan haknya oleh JPN untuk meletakkan bangsa anak mereka sebagai ‘Malaysia’. Pilihannya hanya sama ada Cina atau India; kerana Jabatan Pendaftaran Negara kita sendiri gagal mentakrifkan bangsa Malaysia. Maka secara rasminya, seakan jabatan kerajaan sendiri tidak mengiktiraf kewujudan bangsa Malaysia.

            Negara ini merdeka tanpa ada usaha untuk membina dan membangunkan citra bangsanya sendiri. Malah, kerajaan BN sangat selesa dengan polarisasi kaum yang semakin melebar. Rukun Negara yang seharusnya menjadi nilai bersama setiap warga bangsa Malaysia ini tinggal ikrar mingguan untuk setiap perhimpunan kerajaan. Tiada usaha yang bersungguh-sungguh mahu menterjemahkannya kepada perlaksanaan di peringkat negara. Usaha ini sangat penting kerana bangsa dalam negara moden ini merupakan kontruk sosial. Ertinya, bangsa adalah sebagaian dari projek negara, bukanya suatu yang alami, semula jadi. (malangnya kata bangsa sering ditukar ganti dengan kata kaum atau etnik). Pembinaan negara bangsa (nation-state) merupakan salah satu kegagalan besar projek tajaan kerajaan Barisan Nasional.  Pemahaman mengenai citra bangsa Malaysia sering terhenti pada takat menyetujui bahawa Malaysia majmuk budaya. Dr Mahathir (yang meletakkan pembentukkan bangsa Malaysia sebagai salah satu cabaran wawasan 2020) mahu ia dibentuk berdasarkan acuan kita sendiri. Namun setelah lebih 20 tahun idea Wawasan 2020 ini diilhamkan, rupa acuan itu kabur dan sering pula mengelirukan.

Oleh itu, mari kita mulakan dengan menyoal, apakah itu bangsa? Anderson, sarjana yang banyak menulis berkenaan pembinaan bangsa menghuraikan bangsa sebagai sekelompok manusia yang secara sosialnya terbina lalu membayang dan menerima diri mereka sebagai satu kumpulan. Dengan demikian anggota-anggota masyarakat dapat menganggap bahawa, walaupun saling tidak kenal-mengenal, mereka adalah berada di bawah satu naungan, iaitu komuniti bayangan (imagined community) yang terhad dan berdaulat. Terhad kerana kelenturan takrif dan sempadannya sentiasa dibatasi oleh negara dan sempadannya. Oleh sebab itu, meskipun kita sebahagiannya berkongsi jalan sejarah, pengalaman, dan talian persaudaraan warga Singapura, Indonesia, Thailand atau lain-lainnya, kita tetap dua bangsa yang berbeza. Berdaulat pula kerana mana-mana dinasti monarki  tidak boleh mendakwa berkuasa ke atas bangsa bagi mana-mana negara moden.

Lalu, selepas merdeka negara ini harus memikirkan rupa bentuk bangsanya yang baru, kerana ia sangat terkait dengan memupuk rasa kebersaman atau nasionalisme. Perkara pokok bagi memupuk rasa kebersamaan ini adalah melalui pembinaan ingatan bersama (collective memories). Menurut Anderson lagi, media massa sangat penting dalam soal ini. Namun, oleh kerana media massa negara ini sangat dikawal peranannya, maka media lebih berfungsi sebagai alat menyebar kebencian dan bukan sebaliknya. Begitu juga pengajaran matapelajaran Sejarah di sekolah yang sangat kritikal bagi membina ingatan bersama sebagai satu bangsa. Malangnya, pengajaran Sejarah sarat dengan doktrin politik kepartian dan meminggirkan sejarah sosial negara ini.

Oleh hal yang demikian, tugas pembinaan bangsa Malaysia ini tidak harus dibiarkan pada tangan penguasa yang korup nilai. Masyarakat harus bersedia untuk membawa perubahan bukan hanya untuk Shay Adora Ram sahaja, malah untuk seluruh anak Bangsa Malaysia yang lainnya juga.

3 Responses

  1. apa itu bangsa malaysia? tidak ada huraian yang diberikan oleh penulis tentang apa itu yang dikatakan bangsa malaysia? apa ciri-cirinya? apa rupa-bentuknya? apa identiti kebangsaannya? suatu tulisan yang kabur!

  2. Kalau penulis jugak yang beri definisi, dia jadi fasis lah, haha..

  3. apa punyer bodo temulak ni…. bagi definisi tu fasis ke? dah tu sumer penulis-penulis buku yang kasi definisi tu kira fasis la? aku yakin penulis ni belajar tinggi. suruh dia semak buku-buku yang dia dah baca. mesti ada buku-buku ni yang beri definisi. so, adakah penulis buku-buku ni fasis?

    tak yah gi jauh. amik je contoh dalam artike penulis ni. penulis ni amik contoh ben anderson. apa definisi nation bagi ben anderson? nation is an imagined communities…. so ben anderson fasis la sbb dia dah kasi definisi?

    bodo-piang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: