Bola Sepak, Romanticisme, Revolusi

I’m a romantic. I like the fact that talent, technical ability, is valued above physical condition now.

-Xavi Hernandez, FC Barcelona-

Man is born free, and everywhere he is in chains.

-Jean Jacques Rousseau, Du contrat social

Maybe its historic significance will be found, not in its conformity to a recognized “revolutionary” model, but instead in its potential to overturn the existing political situation in the Middle East and thus the global strategic equilibrium. Its singularity, which has up to now constituted its force, consequently threatens to give it the power to expand. Thus, it is true that, as an “Islamic” movement, it can set the entire region afire, overturn the most unstable regimes, and disturb the most solid ones. Islam—which is not simply a religion, but an entire way of life, an adherence to a history and a civilization—has a good chance to become a gigantic powder keg, at the level of hundreds of millions of men.

-Michel Foucault on the Iranian Revolution-

Bayern Munich, AC Milan, Real Madrid, Barcelona, Arsenal dan Manchester United. Tiada kejutan jika ada yang berjaga hingga hingga subuh hanya untuk melihat pasukan-pasukan ini bertanding dalam Liga Juara-juara UEFA. Mesti ada sesuatu yang menyebabkan mereka tidak tidur semata-mata kerana hendak melihat pasukan pilihan mereka bermain. Ada yang memanggil ini dogma; menyokong sesebuah pasukan sehingga sanggup mengabaikan segala kelemahan dan ketempangannya. Kenyataan sebegini tidak dapat dinafikan bahkan perlu diterima.  Ini kerana manusia semua mempunyai harapan atau berharap terhadap sesuatu. Sememangnya itu fitrah manusia. Untuk sentiasa mencari sesuatu yang lebih baik, walaupun tidak mengetahui lagi apa kebaikan itu. Kita memegang kepada ‘dogma’ ini dan ia barangkali meliputi juga aktiviti dan minat harian yang dekat kepada kita.

Namun begitu, ‘dogma’ ini nampak seolah-olah berasaskan kepada atau berpunca daripada sesuatu yang lebih estetis dan indah, ataupun sistematik dan rasional. Siapa yang tidak mengetahui pasukan Brazil dan Argentina serta pemain Pele dan Maradona yang mendominasi bola sepak antarabangsa dengan corak irama permainan mereka. Melihat mereka menyentuh dan memegang dan mendorong bola menggunakan kaki bagaikan seperti melihat seniman beraksi. Mana-mana hukum Newton dan Copernicus atau Galileo mungkin tidak dapat dipakai untuk menjelaskan kelincahan dan pergerakan badan pemain-pemain ini dengan bola seolah-olah terlekat atau sebahagian daripada kaki mereka. Yang penting bukan untuk mengikut sistem atau memastikan setiap pemain bermain mengikut peranan dan kedudukannya. Tentu wujudnya sekurang-kurangnya sistem bermain dan posisi yang harus diikuti tetapi yang lebih asasnya adalah penekanan kepada penyelahiran dan penunjukkan permainan sebagai sebuah karya seni.

Dengan kata lain, tindakan bermain dan permainan bola sepak sebagai cara hidup berdasarkan estetika. Dalam kerangka perspektif kehidupan sebegini apa yang bernilai adalah intuisi, khayalan dan emosi. Bermain bukan sahaja untuk mengikut arahan dan dicaturkan tetapi untuk melambangkan sesuatu nilai yang lebih tinggi, suatu budaya Samba atau Salsa.

Walaupun demikian, bukan pemain-sebagai-seniman sahaja yang mendominasi permainan bola sepak ini. Pada tempoh-tempoh yang berlainan terdapat juga suatu bentuk atau budaya berbeza yang menandingi romanticisme bola sepak ini. Pasukan German dan kelab-kelab yang bermain dalam Bundesliga barangkali merupakan contoh terbaik budaya bermain yang berbeza ini. Sekiranya bola-sebagai-seni meletakkan penekanan kepada keindahan, perasaan dan kepahlawanan atau kepimpinan, corak bermain moden ini menekankan kepada sistem, organisasi dan taktik. Tidak hairan sekiranya pasukan-pasukan sebegini bermain dengan kecekapan dan keberkesanan serta ketepatan dan kejituan sebuah mesin. Permainan bukan lagi satu perjalanan dalam melahirkan suatu karya seni tetapi merupakan satu pengaplikasian dan penerapan kaedah saintifik.

Semua pemain dalam pasukan mempunyai taraf yang sama dan diperlukan untuk melaksanakan perancangan dan taktik permainan. Tidak ada pemain yang lebih berbakat daripada yang lain, semua diwajibkan untuk berhempas-pulas bagi mencapai tujuan keseluruhan pasukan dan perjuangan seseorang menjadi perjuangan semua dan sebaliknya. Dalam budaya sebegini kelab dan pasukan melebihi bakat atau kemahuan dan keperluan individu.

Baru-baru ini, diperhatikan seperti budaya bola-sebagai-estetika mendahului corak budaya bola moden di benua Eropah. Perlawanan akhir antara Barcelona dan Manchester United dalam Liga Juara-juara UEFA merupakan pertembungan klasik antara dua pasukan yang memegang kepada falsafah permainan bola sebagai karya seni yang melambangkan keindahan dan kekaguman, dan perasaan dan kepimpinan atau heroisme. Permainan Xavi, Iniesta, Busquets dan Messi yang mengkhayalkan seakan-akan puisi atau sajak bergerak. Corak atau budaya bermain bola sepak yang ternyata puitis yang tidak mungkin dikonseptualisasikan oleh rasional-akal manusia atau direkabentuk semula melalui kaedah saintifik. Bagi lain, mereka mungkin tidak akan bersetuju dengan Manchester United sebagai pasukan estetika. Barangkali keindahan yang ditonjolkan Barcelona tidak dapat mungkin ditandingi Manchester United tetapi dari segi bola sepak-sebagai-luahan semangat dan kesungguhan manusia ia amat jelas. Kemenangan Liga Perdana Inggeris oleh mereka melengkapkan piala liga yang kesembilan belas yang dimenangi dan merupakan rekod terbaru dalam sejarah liga bola sepak England. Kadang-kala kita ambil mudah pencapaian sebegini tetapi dalam zaman yang cenderung kepada perspektif pemikiran materialism, kehendak untuk menang yang tertanam dalam minda pemain – dilambangkan oleh simbol idea Alex Ferguson yang tidak pernah berpuas hati dan sentiasa mengejar sesuatu yang lebih daripada yang sebelumnya – setiap tahun, merupakan sesuatu yang perlu diperhatikan.

Mungkin di sini terdapatnya kaitan, dan hubungan, budaya estetika dan romanticisme dengan revolusi dan kehendak untuk revolusi. Rousseau, yang diiktiraf ramai sebagai pencetus Revolusi Perancis pada 1789, menulis dan berbicara bahawa kebebasan adalah fitrah asas manusia yang berasal dan berpandukan daripada kemampuan manusia untuk membuat pilihan kerana manusia adalah insan moral. Apa-apa usaha yang dilakukan untuk melanggar kebebasan seseorang adalah usaha untuk menafikan kewujudannya sebagai insan moral. Ketidaksamarataan yang diakibatkan oleh perkembangan masyarakat dalam bidang-bidang seni dan sains mengancam kebebasan ini. Oleh itu bagi Rousseau, untuk memastikan kebebasan terjamin masyarakat perlu bergabung dalam sebuah kontrak sosial. Yang mendasari hubungan ini bukan sains, positivism atau rasional tetapi moralitas dan keperluan untuk kebebasan.

Seratus sembilan puluh tahun kemudian, sekali lagi seruan moralitas dan kebebasan menjadi pencetus, kali ini Revolusi Iran pada 1979. Seperti yang ditulis dan digambarkan Foucault, revolusi ini unik dalam sejarah dunia kerana kerangka pemikiran yang wujud dan dominan pada masa itu tidak memungkinkan manusia untuk membayangkan satu pergerakan massa yang ditunjangi sebuah idea kebebasan yang metafizik malahan turut bersandarkan kepada Islam. Persoalan yang cuba difikirkan Foucault adalah sama ada terdapat alternatif lain kepada kebergantungan manusia moden kepada rasionaliti dan akal manusia. Kejatuhan regim Shah menunjukkan bahawa imaginasi kepada yang lain sangat mungkin. Bagi Foucault, pergerakan besar-besaran ini tidak mungkin terjadi sekiranya tiada gagasan volonté générale untuk menyatukan masyarakat Iran yang pelbagai fahaman. Dengan membangkitkan dan menterjemahlan budaya estetika dan nilai-nilai imaginasi dan heroisme yang bersangkut dengannya, revolusi menjadi suatu kenyataan.

1789, 1979, dan 2011. Peristiwa-peristiwa ini menunjukkan bahawa dunia-dunia yang baru dan lain dapat dibayangkan sekiranya kita mempunyai keberanian untuk melihat kehidupan sebagai sebuah karya seni tanpa diugut oleh rasionaliti sejagat sebagai satu-satunya penyelamat manusia. Estetika dan romanticisme untuk mencetuskan revolusi puitis bagi menjatuhkan feudalisme, kerajaan dan pihak lawan, sepertimana pernah dilakukan Rousseau, Shariati, dan Xavi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: